Showing posts with label Cantik oh Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik oh Cantik. Show all posts

Thursday, 12 January 2012

3 Blog Tudung Untuk Cuci Mata



Web Tudung Online Yang Paling Menarik Mata



SEBAB:
1. Model yang menggayakan tudung ni cantik orangnya - sedap mata memandang. Putih melepak.
tulah....nak promote barang kena tunjuk pengenalan yang bagus. orang kata.."jatuh cinta pandang pertama.."
kalau yang gayakan tudung tu cantik, confirm kita sendiri akan tertarik
dan selalu berangan-angan kalau kita pakai tudung tu kita akan jadi secantik model tersebut (perasan ok?)
Padahal....rupaku rupamu jauh bezanya bagai langit dan bumi...

2. susun atur website ni (betul ke term ni?) sangat mudah. Orang kata simple and practical. Senang nak selak-selak tudung yang ada dalam collection. Guidelines untuk jadi pembeli online pun mudah untuk difahami - step by step - Yelah..ada sesetengah online biz tu sedikit caca marba. 

3. penghantaran puas hati. cepat seperti yang dijanjikan. Bagi tudung yang ber' owning tu..mereka akan post di dalam kotak (cantik tu...tapi selalunya dah kemek bila sampai kat penerima - mungkin berlaku campak mencampak semasa proses penghantaran)

4. kualiti - den puas hati. Even, warna dia berbeza dari dalam web ni... Owning dia tak patah. Kalau terhimpit kat mana-mana boleh iron dan rapikan semula.. Takdelah kemek-kemek macam apam balik..

5. goreng pisang panas. Laku...sangat. Kalau dia  keluarkan produk baru ... jangan tunggu lama-lama. Kekadang tak sampai petang pun  tudung dah sold out. Ye.. Pernah lah sekali tu aku terlupa nak respond pada order confirmation. Tup..tup...tudung tu dah ada orang lain beli. Nasib baik ada tudung lain yang lebih kurang sama...

Sugarscarf :: Malaysia Online Hijab Store


secara jujur belum pernah lagi beli mana-mana tudung dalam website ni. selalunya kita akan usha-usha je. Yelah..macam web kat atas. Selalu sangat nampak tanda not available pada tudung yang di iklankan.

Website ni very minimal - simple sangat. Bukak-bukak je terus ada form order..hehee...

Macam JS, model yang menggayakan tudung nipun qute miut. 


Tudung, Cotton, Chiffon and Jacquard : Exclusive at Asterisk Boutique, Malaysia

Hah, ni lagi satu website tudung. berbeza dengan dua website di atas.  asteriskboutique ni adalah pemborong tudung di Selangor. Tudung dijual secara borong pada harga yang berpatutan. Tapi, kalau berminat nak beli sikit pon boleh.

Tak seperti web lain - tudung disini hanya digayakan oleh patung-patung Pan Asia..hehe..yang jugak tak kurang comelnya..



Tuesday, 15 November 2011

Kesedaran tentang bahaya kolestrol

assalamualaikum ;p
hehe
salam ceria..

bila tengok tajuk entri, musti rasa...dah mula dah cik puan ni nak membebel..
dah mula lah tu 'gejala' yang boleh buat orang malas nak baca ye...;p
pepon, this is trully my community service - nak baca...baca...tak nak takpe...

berbalik kepada satu laporan akhbar hari ini berkenaan Malaysia berada di tempat 'teratas & pertama ' (sabas & tahniah...hehe) carta yang menghadapi masalah obesiti tertinggi di kalangan negara Asean.

Seperti biasa, Hot fm pagi tadi telah membangkitkan isu ini...maka ramailah yang memberi komen dan pandangan. Namun, daku tetibe terasa harus memberi 'sepatah dua kata' tentang tahap Kesedaran Masyarakat Tentang Bahaya Kolestrol (dah macam tajuk thesis pulak ye?)

seorang pemanggil (seorang wanita, ibu) mengatakan bahawa dia dan anaknya merupakan penggemar tegar makanan segera/fast food. Boleh dikatakan, hampir setiap hari dia akan menikmati makanan segera bersama-sama dgn anaknya. Mungkin dia merasakan dia berada dlm zon 'OK' dan 'selamat' dengan mengatakan, cara pemakanan tersebut tidak menjejaskan berat badan beliau - yakni berat bandan still maintain pd tahap standard dan pada kadar  BMI yang sepatutnya....

tetibe daku rasa nak membebel ;

akak..meh saya cakap ni....
perkara yang perlu kita fikirkan disini adalah kadar kalori yang tinggi..bukan OBESITI akak...

kebanyakkan drpd kita, hanya melihat masalah obesiti yang harus ditangani, 
Persepsi kita..orang OBES..mesti banyak KOLESTROL...
orang OBES mesti akan menghadapi risiko penyakit serious seperti serangan jantung dll...

padahal kite terlepas pandang terhadap orang kurus yang slim melim yg  tidak menjalani gaya pemakanan & gaya hidup yang sihat..

secara theory , jika kita mengamalkan cara pemakanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi, ini akan menyebabkan berlakunya pemendapan kolestrol pada dinding salur darah. So,keadaan ini akan menyebabkan inding salur darah menjadi sempit dan menyukarkan aliran darah ke jantung. Untuk berfungsi dengan baik, jantung harus mempunyai oksigen yang mencukupi. So, boleh korang bayangkan tak..kalau jantung kita tak cukup oksigen?... Mau berhenti serta merta....takutnya...


Menurut Dr. Yap Sau Peng, (Pakar Kardiologi Hospital Pakar Puteri Johor Bahru ), 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah.


Beliau berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari.proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia",

So, apa lagi...SAYANGI JANTUNG KITA...awasi corak pemakanan jugak ( mengingatkan diri sendiri...)


KURANGKAN KOLESTROL DALAM MAKANAN
TAMBAHKAN OKSIGEN DALAM JANTUNG (erkk..cam tak kena je moto ni...)


Tuesday, 1 November 2011

Jangan Beli, Guna, Pakai, atau apa sahaja.... Ini bukan Sabotaj !

Kosmetik Berbahaya, Kosmetik Beracun !
PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU
Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.




2011
Bil
Nama produk
No. notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
1
Sensual Whitening Cream
NOT100751321K
Merkuri  








2010


Bil
Nama produk
No. notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
1
NV Toner Treatment No 1
NOT05010130KE
Hydroquinone & Tretinoin
2
NV Toner Treatment No 2
NOT05010129KE
Hydroquinone & Tretinoin
3
Zara Rejuvenation Cream
NOT04081873KE
Hydroquinone 
4
Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream
NOT081201209K
Tretinoin
5
Pigmentation Recovery Complex
NOT081200745K
Tretinoin
6
De Putih Night Cream
NOT05100878KE
Tretinoin
7
BML HB LOTION
NOT090701336K
Tretinoin & Hydroquinone
8
Krim Malam Shana
NOT090600820K
Tretinoin & Hydroquinone
9
Natasya Gold Krim Herba
NOT091100971K
Tretinoin & Hydroquinone
10
Biotox Whitening Hydro Cream
NOT007061310K
Dexamethasone
11
Yoko Whitening Cream
NOT080100330K
Tretinoin
12
Sue Beauty Night Treatment Cream
NOT080600138K
Tretinoin






























2009



Bil
Nama Produk
Notifikasi
Bahan Kimia yang dikesan
1
Felisa Gentle Peeling Solution *
NOT07080210KE
Tretinoin
2
Krim Malam Rahsia Rimba
NOT080801112K
Hydroquinone
3
Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KE
Hydroquinone
4
~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KE
Hydroquinone
5
Magixpress Lightening Plus
NOT07121009KE
Hydroquinone
6
A.Vant Cream
NOT05022860KE
Tretinoin
7
Eriesya Spa Beauty Cream
NOT07122412KE
Hydroquinone
8
Natasya Krim Herba
NOT07090337KE
Hydroquinone & Tretinoin
9
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
NOT03090150KE
Tretinoin
10
Ratna Sari Whitening Night Cream
NOT080700826K
Tretinoin
11
ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
NOT04082451KE
Hydroquinone
12
Chantique - Whitening Night Cream
NOT04121404KE
Tretinoin