Showing posts with label JalaN JalaN caRi Makan. Show all posts
Showing posts with label JalaN JalaN caRi Makan. Show all posts

Sunday, 29 April 2012

Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan

" Yang...masak apa rini?"
" Belum masak lagi. Ingatkan nak masak lewat sikit. Nape?"
" Masa balik keje tadi tetiba orang terbayang-bayang sotong goreng tepung. Nyum..nyum..sambil drive terasa   terliur pulak. Yok, kita makan ikan bakar?"
" Erkk...sampai terliur-liur pulak? kalah orang ngidam...."


So, ape lagi. Lepas maghrib...berdessup kami bergerak ke Tanjung Harapan. Dari rumah kami di Telok Gadong ke Port Klang tak jauh mana... Kejab je sampai. 
Nasib baik pergi weekdays dan orang belum sebuk keluarkan duit gaji , So, orang tak berapa nak ramai. kalau weekend,nak cari parking agak susah sikit (kena menapaklah ye..??)


kat area sini memang banyak restoren ikan bakar.. Yang kami selalu pergi restoren ni lah. Memang puas hati. Masakan dia mengikut selera aku yang agaaaakkk 'cerewet ' ni..

hubby kan 'ngidam' sotong goreng tepung. So, dia ambil sotong kurita (heehehehe..) yang bersaiz besar 2 ekor. Lepas tu..segenggam udang (erkk...dalam 5-6 ekor) untuk buat tomyam, kembung 3 rasa, dan kangkung goreng belacan

makan sambil menikmati udara pantai yang syahhhhduuu..
dihiasi gemerlapan lampu kapal yang sedang berlabuh * ceh....macam romantik


alhamulillah..terlaksana impian my hubby nak makan sotong malam tu.. 
sekali bukan sotong aje yang kami makan da



So, sesiapa area Lembah Klang yang terasa nak pekena seafood fresh sambil dibuai bayu laut yang dihiasi indah lampu kapal...sila lah kemari ye?

Tuesday, 20 March 2012

Destinasi cuti di Pulau Perhentian 1

Tiba-tiba! Itu sahaja kesimpulan yang dapat aku katakan pada percutian ini. Yang caca marba dan kelam kabutnya itu. Usah nak bercerita bagai kat entri ini... So, focus pada Laporan Lawatan Sambil Belajar makcik D ni ke Pulau Perhentian *...hehehe...


dipendekkan cerita...kisah kami bermula begini
Harga Tiket Bas Mahligai
Shah Alam - Jeti Kuala Besut : RM43 seorang
So, pergi balik : RM86
setelah dicampur tolak..kami akhirnya mengambil keputusan untuk naik bas sahaja. Kami bertolak pukul 830 malam dari Shah Alam dengan menaiki bas Mahligai. For your info, hanya ada dua bas sahaja yang akan straight ke Kuala Besut (Jetty) - Bas Mahligai dan Bas Trans Rengit.

Dek kerana bas ni akan berhenti kat beberapa tempat untuk ambil penumpang - maka, perjalanan agaaaak mengambil masa.. Dan masa-masa itu adalah begitu 'mencemaskan' bila pundi dah tak mampu bertahan. Perut pulak bergendang sayang mintak di isi. 'Makcik, aku lapar!'

Serius ! Aku terrrlupa sangat-sangat. Mana ada R&R. Mati-mati aku tolak pelawaan mak mertua aku untuk makan nasi sebelum naik bas.. Konfiden jek aku jawab.." takpe..nanti kami makan kat R&R.." Aku lupe la.. Aku bukan balik Johor.. Ayoo...

Nasib baik ada biskut cekelat yang sempat aku rembat kat kedai sebelum naik bas. Dapat jugaklah buat alas perut... Adooiii...


Kenapa kami naik bas? Ini alasan konkrit bagi aku :
  1. perjalanan jauh - 12 jam kot. so, untuk agak memenatkan jika hanya seorang sahaja yang terpaksa drive dari S.alam - Kuala Besut. Kalau pergi beramai-ramai..boleh lah tukar2 drive.. Ni sorang je pilot nya.. Kata hubby aku : Seronok apa vacation, bila badan dah penat drive seharian? Lebih baik naik bas..boleh rileks...tidur lama-lama. Sampai kat destinasi, badan tak letih, boleh enjoy the travel.."
  2. confirm lagi sahih ! kedua-dua kami tak tahu dan tak pernah ke terengganu/kelantan... So, nak drive? Mau sesat kemana-mana. Payah pulak nak bertanya orang sepanjang perjalanan..hehe.. 
Kami sampai awal sangat, lebih kurang 620am di K. Besut Jetty..  Usai menunaikan solat Subuh, kami duk melepak kat satu kedai ni (rasa-rasanya kedai mamak  ni je yang dah bukak*). Breakfast sikit-sikit sementara menunggu my mischievous sisters sampai....

bagi yang travel tanpa pakej macam kami ni..korang tak perlu rasa risau takut tak dapat boat. Sebab ada saja cik abang yang memang akan approach korang utk naik boat service mereka. dan orang macam aku - memang sangat pantang didesak-desak. lagi orang push, lagi aku buat muka seposen. Tak suke!

mischiveous sisters aku sampai, betol-betol selepas aku decided satu company boat ni... 

* Tips: Korang boleh tawar menawar harga tau? pepandai lah korang ayat-ayat cinta sama itu bapak-bapak...hehe
Harga Tiket Kuala Besut Jeti ke Pulau Perhentian Besar 
Sehala : RM35.00 
Total : RM70 pergi dan balik utk seorang

* Tips : Nasihat aku..cari pengusaha boat yang ada office & proper sikit macam company kat atas ni. Jangan main terima janji dengan orang perseorangan yang offer services kat tepi jalan. Bukan aku nak kata yang takde office tu tak boleh percaya.. Tapi..entahlah... Ini nasihat orang situ kat kami. Kami accept jelah#

* Tips: Kalau naik boat PERGI - bagi TIKET PERGI SAHAJA kat pengusaha boat tu. TIKET BALIK korang sendiri simpan ! Jangan sesekali bagi kedua-duanya. Ada kes, sekumpulan mat salleh kena kelentong. * Kesian diorang. Dahlah kena maki..kena bayar lain pulak tu..

Teruja ! tu lah perasaan aku yang boleh aku conclude masa tu. Tangan memang cengkam kuat kat handle bot tu. Dayah memang excited tapi  menjerit-jerit bila bot melambung tinggi bila langgar ombak. Teha pulak buat muka tak de perasaan konon enjoying the view. Hubby aku duduk kat belakang sekali, sebelah driver, hahaha.. dah macam kedi golf pun ada bak kata Teha sebab dia pass life jacket kat kitorang. tapi experience naik speed boat memang superb ! Even, this is not my first experience... Ke'excited'an aku terserlah... Kalah budak-budak bawah umur..Hahaha

* Tips : Naik speedboat ni gaya dia macam naik kuda pulak - yang lebih parah bila alas duduk korang tu dah tak rupa kusyen. Langsung takde daya mengerap hentakan punggung. So, apa yang korang perlu lakukan. Jangan keraskan tubuh badan. Lembutkan badan korang macam orang menari ballet..hehe.. Percayalah, makin keras tubuh korang..makin sakit pinggang dan tulang belakang. Terutama untuk makcik-makcik macam aku ni..hehe

Perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Besar mengambil masa  kira-kira 45 minit. 


To be continued ;p


Klik SINI Untuk Baca Lagi Tentang  Bercuti di Pulau Perhentian


 < Sedikit panduan buat korang yang tercari-cari info cuti-cuti ke Pulau Perhentian,totally tanpa pakej agen perlancongan. Percayalah. Ia lebih berbaloi-baloi...>

Wednesday, 11 January 2012

Ayam Penyet Ekspress

ye..betul..nama restaurant ni AYAM PENYET EKSPRESS..

kami berdua ni...suka makan nasik (sebab tu lah kami gemuk..)
kalau berdating...dah tengahari mesti nak pekena nasik..(itupon kalau keluar rumah tak makan apa-apa)
so, masa pusing-pusing kat Sunway Pyramid.. tak rasa tekak nak menjamah fast food..
try lah cari ala-ala lidah Melayu ni...
terjumpalah AYAM PENYET EKSPRESS..

aku sebenarnya, sudah terjebak dengan ayam penyet..sejak berani cuba-cuba makan kat satu restaurant di Seksyen 7, Shah Alam (belakang wisma Jakel)
masa tu cakap dengan en, Hubby " ai...ni rasa macam lauk yang selalu mak masak? apa kes...ayam goreng dengan sambal je...."

kesimpulannya, AYAM PENYET telah menepati piawaian selera aku - It's Indonesian Food , and I am Javanese..Of course lah ada persamaan. Ye tak?


restaurant ni nampak agak  eklusif dari luar..tapi bila dah masuk..mesra alam gitu...
terasa macam betul-betul di Indonesia..dari waitress sampailah ke cashier..haruslah Indo..ye tak?


bagi daku - yang paling best sambal dia....PEDAS..TERBAKAR..MELETUPS....tapi SEDAP!




* baru tahu pecal lele tu....ikan keli berlada... Sabor jelah....

Saturday, 7 January 2012

Kali ke Empat ke iCity

salam semua....
sungguh..rindu bangat sama ini belog & kawan2 yang tak pernah jemu datang berkunjung
Thanks tau!


So, 2012 telah pun membuka tirainya - 
pertambahan tahun bererti bertambahlah lagi nilai pada umurku..
of course..terasa.. 
27 years dah berlalu dengan pantas....
huhuhu...


2012 ape yang kami buat ye?
untuk kesekian kali - aku berkunjung ke iCity..
kali keempat rasanya...
yelah...rumah sewa aku dulu bersebelahan icity..bila ada member dtg rumah je..mesti diorg ajak pusing2 icity..
so, keterujaan nak melawat icity dah pudar...


light n colors

family all together

yes, It;s true! I dah gumuk....huhuhu

ceh....

Friday, 11 November 2011

2012 Amazing Travel Deals Air Asia

On da way semalam, dari UPM, my hubby chubby ada sebut pasal Air Asia promotion - his colleague cakap ada menda menarik.

So, pagi ni. try usha jugak. Memang adalah..heheee


Booking period: 7 Nov - 13 Nov 2011
Travel Period : 3 Jan - 31 March 2012

so, ada 2 hari lagi sebelum tarikh tamat..
apa lagi..pergilah usha2 mana yang patut..
daku bukan taknak planning menda2 vacation ni...
takut tak jadi nanti..
yelah, dulu pernah booked pakej nak ke Bali/Phuket untuk honeymoon -
last-last tak jadi ... habis deposit burned

sekarang ni pulak kena tengok jadual...maklumlah orang tengah study
Oh Yeh !
cuti sem pertengahan January - February 2012
Oh Yeh!


Tuesday, 1 November 2011

Bercuti........bagi idea sikit

penat dah membebel pasal kosmetik metik, habis penuh segala enti ngan huruf2 kecik besar - kecik besar yg menyakitkan korang nak baca. Hah, pada muka!
Sesekali kena bahasa..hehe...
STOP !


Nak bercuti !
I wanna ESCAPE !
Nak jenjalan !
Nak makan angin !


Tapi, kemana?
Between these 2 months.....
Ada cadangan....??
Dekat-dekat je.....

Tuesday, 18 October 2011

Classrooms in the woods : Ayer Hitam Forest Reserve

bajet tiang signboard tu nak tertanggal OK? thats why i peluk kuat-kuat..


trekking up and down for almost half an hour ..mostly semua pancit sebab dah lame tak masuk hutan...
seriously, aku sorg terlebih excited

ingatkan bekas penempatan orang asli - rupa-rupanya..budak-budak yang buat kem hutan sebelum ni...

kem hutan * ala-ala survivor - a group of student will be left alone kat dalam hutan for almost a week. Macam survivor - everything set up sendiri...

puas hati - cantik - this blue lagoon 


lupa diri sebentar bila dah menghadap air -  tapi sekejab jek...sejukkkkkkk


pesanan penaja:
Ayer Hitam Forest Reserve being managed by UPM for the purpose of research. 

It is strictly closed to public !
so, sesapa yang trekking (yang aku sedar, banyak blog posted about trekking activities here.Are considered illegal..)


p/s teringin nak naik Broga Hills...Pe lagi?...Get urself fit Diana..instead of Fat..hahaha...

p/s/s seriously, i miss soo much Endau Rompin Narional Park, and Taman Negara Kuala Tahan...


Thursday, 13 October 2011

Plan tak jadi, kali ni jadi...

assalamualaukum
salam sejahtera
salam 1 Dunia (boleh?)

masih ingat tak ? (bajet diri femes ala Ct Nurhalijah sampaikan orang perlu nak ingat kat ko, Diana hoiiiiiii)
last week, daku ada bercerita pasal classroom in the woods ....
pasal planning nak [ buat class + bermandi manda + trekking + picnicking ] di Ayer Hitam Forest Reserve, Puchong - So, plan last week tak menjadi, pasal Dr. M nak ajak kami-kami  yg poyo dan gojes ni...kritik dan 'kondem' paper orang...hahahaha....

Dah la, aku buat sandwich pepagi buta, bajet nak makan tepi sungai, last-last makan berjemaah dalam kelas jek...sungguh tak romantik.
This week, aku dah tak buat segala sandwich mawich ni - sebab derang dah pakat nak tapau nasik lemak jek.....hehe....sebab derang malas nak masak...kihkihkih....
aku macam biasalah, chef yang tak bercuti...24/7. So, pepagi tadi sempat gak bersilat bagai kat dapur menyediakan hidangan lagi gojes, dan marveles


french spiafinalouf - sebut betol-betol..its french OK?...idgham kena betol....
atau dalam bahsa saintifiknya roti telor ber set sos mekdi ahakss!!!
pemalas ini bini olang....breakfast laki ko roti telor jek...????


ok ape..alternate lah kan?
semalam nasik goyeng...semalam lagi bihun goyeng...semalam yang sudah-sudah cekodok ikan bilis, semalam yang sudah-sudah sebelumnya lempeng....
ok ape...kan?


So, macam biasa - hari kamis, daku tinggalkan belog tanpa tuan..sebab daku dah nak gerak... (still sempat hapdet dalam kete ni..)
OK..uolls...
berjumpa esok k?....
tak sabor nak hapdet pasal Ayer Hitam Forest Reserve...
yahooo..aku bawak 'Nickhun'...







Friday, 5 August 2011

Misi tak mustahil

Bos takde?
yes.. Line Clear.......hehehehee

so pagi-pagi lagi aku dah menjalankan misi dan visi macam makcik bedah, 
bawak beg besar-besar aku masuk opis orang (actually opis lama aku jugak dulu..)

misi apakah?

misi ini


ini

ini


dan banyak lagi



misi yang aku rasa mustahil sikit aku nak buat....
misi menjual kuih raya air tangan sendiri  tunjuk-tunjuk yang dari tahun ke setahun aku rancang tapi tak  buat-buat. akhirnya terjadi secara tidak sengaja..


AMIN
permintaan menggalakkan rupa-rupanya...





Tuesday, 26 July 2011

Jalan - Jalan Gemukkan Badan

arini...maybe akan Busy.. (hehe..nak prepare report utk Dr.P..pastu nak ke library..nak kesana sini)
so, terpaksa tinggalkan Uolls dengan pics berikut

nikmatilah ye..

sambil berjalan
sambil makan angin
sambil gemukkan badan..

hahaahaaa

Menu:

nasi lemak
sambal asam + kicap

sotong goreng tepung
udang goreng tepung
kangkung belacan

siakap 3 rasa....


- TABLE for TWO -
lokasi : Muara Sg. Duyung, Melaka


cendol Icecream
cendol jagung
terbaek!!!!


Lokasi: Depan Menara Jam Besar, Banda Hilir, Melaka


Monday, 25 July 2011

Hotel Puri Melaka

hehe..tak sangka ramai tak tahu kan?
lokasi pada entry PAGI TADI (sila Skroll ke bawah untuk tahu)

lokasi pics pagi tadi adalah disini...
di dalam bangunan ini

sangatlah nostalgia kan?

kepada sesiapa yang meneka Melaka...anda memang betul ! Walaupun agak ragu-ragu. Ye tak?

Terletak diantara deretan bangunan2 lama..bersebelahan dengan Jalan Jonker/ Jonker Walk...
PURI HOTEL, ini terletak di Jln Tun Tan Cheng Lok

nampak seolah-olah sebuah lot kedai yang kecil...mm...tak jugak
bila masuk ke dalam..
aku pulak yang surprised!
mak ai...besar lah jugak...
siap ada taman di tengah2 bangunan... (terasa seperti berada di secret garden)
dihiasi lanskap yang indah berserta air terjun buatan


tak sangka kan, ada taman di dalam bangunan....
konsep taman, nak kata ala-ala China, tak lah jugak..ala-ala melayu...bukan jugak...
tapi macam mix and match..adunan Melayu dan Cina = Baba Nyonya

masuk bilik..
terus check itu ini.....mm...selesa sangat.
bilik kami di ground floor...bila bukak tingkap...menghadap taman
semua lengkap : astro ada..freeze ade...almari segala lah... Yang paling best. Tu hah, peti besi/keselamatan untuk simpan barang2 berharga pun disediakan...

selak-selak almari..tetibe ternampak..erkk... Old testament *
tak tahu ape fungsinya...tapi yang pasti hotel punya,
sebab ada tertulis...never bring out from room... 

memula masuk memang rasa takut...serius, mostly foreigner and chinese..
lepas tu nampak receptionist, cleaner, guards semua Melayu...
so, boleh accept lah...
but bila ternampak *.. terus cakap ngan my hubby.... "Yang..orang was2 nak breakfast kat sini lah.." 




Jalan Jalan di mana?

selamat pagi...semua...
hehehe...
Mood : suke sedang melanda...
alangkah bestnya..kalau tiap2 hari boleh berpoya2 tak masuk keje...
erkkk...
tapi camne nak berpoya2 kalau takde duit
nak duit kena kerja...
itulah hitungan hidup..sehari demi sehari..

merindui blog ini..tapi hanya sempat selak menyelak dua hari yang lalu...

so, hari sabtu yg lepas...kami kemana ye?
once upon a time in China...hehehe

lah tak caye...
aku gi China..balik hari jek...
MAS skang ada buatlah..penerbangan pergi balik dalam sehari...
ye...inilah buktinya...


tak percaya?
ye...
ce teka..daku dimana?
-
-
-
-
-
-
-

mesti dah dapat meneka kan?





Tuesday, 12 July 2011

Pergi mengail yey

yom gi hood..
ajak my mr demuk...

hehe..
" hood tu ape? "tanya aku ala-ala budak innocent yg tak tahu ape-ape..

"yomlah hood this weekend...ke kolam.." kata dia lagi

erkk...
hood?
" ye..hood kat kolam pak teh...." jawab dia beria2...

ooohhh.....
serius..mase mula-mula aku dengar mereka2 ni sibuk mengatakannya...aku tak nak dpt tangkap..
ayah..napi..haziq..n my demuk... berborak pasal benda2 ni..

pernah sekali ikut..lah..
hood ni mengail lah ek?
igtkan ape lah tadi..



last week..sebelom smpai kota tinggi..rombongan kami singgah muar dulu...
ayah dah gian nak meng 'hood'...
my adik ipar jugak...

so, as usual..xtvt kami...
meng'hood' di kolam pak teh...

kolam ni di persisir pantai...

so, ikan air masin lah beb..
terbaik!!
selalu mesti dapat...
sebab pak teh buat kolam ini utk famili memancing...(the other kolam utk bisnes dialah..)

pagi2 buta my father in law dah meng'hood'...hehe


my niece yg suke gelak2...

.

keje aku..
kelek kamera ni kesana kemari (tu pasal lah muka aku takde dlm pics ni..dah aku tukang amiknya..)
-
-
-
tengok mr demuk...dia nih memang suke pd kebersihan....ari2 mengelap kete. Nipun, bngun tido jek terus capai kain dan lap ape yg patut..fuh...nyaman sungguh angin laut..


gazebo atas air ni khas utk famili gathering....mak teh mmang suke melayu2 klasik...
tu pasal...perincian teratak ni.. dah mcm rumah melayu dulu-dulu dengan ukirannya yg cantek..

-
-
serius..mlm tuh aku dah tak snggup nak menunggu..
biarlah derang ber3 meng 'hood' sampai ke pagi..
kami wanita-wanita dah nyenyak...di buai aircond..

nasib kami kali ni tak berapa nak besh...ikan tak dpt..coz kolam dah naik lumpur..
tapi malam tuh...merasa jugaklah aku menyauk (eh..betul ke...???) si ketam yg main2 di gigi air kolam..
tak sangka..tak dpt kerapu..siakap...
dptlah merasa ketam...
fuh...30++ tuh...