Showing posts with label Petua Oh Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua Oh Petua. Show all posts

Monday, 31 October 2011

Cantik oh Cantik!

Sape nak cantik? Angkat tangan macam saya.....Hehe...
Oh, please....wajah anda tak cantik mana cik puan diana. Kulit muka..Auw....serius tak lalu i nak tengok..dengan parut jerawat melata-lata, itu belum lagi pori-pori yang bukak ngalahkan serombong kapal... Ada pulak tompok-tompok degil yang dah mula bikin onar - pigmentasi kate deme....Kulit kusam, langsung tak bermaya. Apatah lagi nak berseri dan berkilau-kilauan...Like glow....n beauty tu. Serius....

kecantikan - beauty - sinonim dengan wanita. jika 1 nafsu lelaki, diunjukkan hanya untuk 'itu'..maka, sembilan lagi nafsu wanita terarah pada 'itu'...'ini'...'disitu'....'disana'... Salah satu daripadanya, ingin kelihatan cantik. terutama sekali cantik luaran ; manusia mana tak suka menda yang cantik. Ye tak?...Nak beli ikan pun, cari yang mata bersinar-sinar - badan segar bugar tak kemek dan lembik-lembik... Huh.....

dan kecantikan wanita, sesungguhnya dikaitkan dengan muka - kulit muka specifically. Kalau muka dah mulus dan berseri-seri...tak pakai make up dah nampak cantik. Ye tak? Atau ini just opinion aku yang maha jujur lagi telus. Dan bila kulit muka kita tidak mematuhi piawaian kecantikan yang ditetapkan persatuan Kulit Kulit Cantik Sedunia, maka dengan serta merta kita akan terarah pada satu tebiat, mencari solusi bagi mendapatkan kulit wajah yang diingini.... Solusi, yang meliputi aspek luaran dan dalaman... Ya, pencarian produk kosmetik yang boleh mencantikkan wajah secantik Snow White....

dan kita akan menjadi seorang desperado - apabila JERAWAT sudah bermaharajalela di atas permukaan kulit wajah. Dan semakin desperadooooo apabila jerawat itu memuntahkan nanah yang menyakitkan. lalu meninggalkan parut kekal yang tak enak dimata. Semakin tak tentu arah bila ada insan yang prihatin tentang anda "....D, kenapa kulit muka U?." Sebarang bentuk ke prihatinan, diterjemahkan sebagai satu sindiran... (padahal....takde makna diorang nak perli-perli pon....they just curious)

maka, anda menjalankan tugas penyelidikan dengan jayanya - Majalah dibelek dari kulit ke kulit, membaca testimoni keberkesanan produk pada wajah si polan-si polan... lalu, hati dah tertarik. Terpedaya dek kecantikan kulit wajah (yang entahkan ye ke tak....padahal efect solekan dan photoshop banyak main peranan..) 

trial set dibeli - facial pun jalan sekali . Seminggu dua pakai dah nampak kesan. Mak oi..serius, jerawat dah semakin berkurang. Parut pun dah semakin pudar. hati tambah ceria, facial kedua laju terlaksana. Akhirnya termakan pujukan. Rawatan laser boleh bunuh bakteria, siap boleh lancarkan peredaran darah katanya (serius..tak paham...tapi iakan...)

minggu ketiga -wajah dah berseri-seri. Parut jerawat dah mula pudar. Kulit cerah macam bidadari (sendiri perasan - sendiri puji..) Biasalah manusia, tak pernah puashati. Nak kulit gebu macam kak Ct - set peeling dibeli pula. Dengan harapan, nak cantik serta merta. 

sebulan dua - elok sahaja. Masuk bulan ketiga, rasa tak selesa. Kulit dah rasa gatal-gatal katanya, Bila kena panas dah macam udang kena panggang. Ei....nape gitu jadinya?

sedar diri - cepat berhenti. kulit wajah dah sepeti biasa. takde jerawat, takde parut. Entah kenapa bintik-bintik hitam pulak timbul. alahai.....pigmentasi kata mereka. Jeragat kata orang Melayu...

Ei..nape gitu jadinya?....





to be continued:
izinkan daku membebel..... ;p





Friday, 9 September 2011

Bila Batuk Datang Lagi....

-assalamualaikum-
huk..huk.(background muzik)

-selamat pagi-
huk..huk..(background lagi)

ehem..ehem...menaip entri sambil melegakan tekak,
lantas teh panas kuhirup pelan -pelan...

dah beberapa hari batuk-batuk..inipun sejak menjejakkan kaki ke bumi S.alm/Klang ni...
sebelum ini elok sahaja, sehat ceria lagi beraya sakan di Johor..
tup..tup..

entahlah, adakah tahap 'kemurnian' udara Key El semakin tercemar dek 'asap dan debu' yang dibawa dari seberang? eh..korang tahu kan, kat seberang nu ada kes 'pembakaran terbuka' lagi...

 dah lah  cuaca panas dan kering dek perubahan Monsun Barat Daya...adududu...

Mengikut telekan nujum pak Belalang aku ni. batuk secara general boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1 - Batuk berkahak
2 -Batuk tak berkahak 

dan situasi aku sekarang ni, jatuh kepada jenis ke2- Batuk tak berkahak.. Korang pernah alaminya kan? Perit..kering..gatal tekak sampai rasa nak masukkan tangan ni utk garu tempat yang gatal tu..

dek kerana kedegilan dan kekerasan tempurung kepala otak aku ni, aku masih betah untuk tidak mengambil ubat batuk, dengan harapan dapat pulih secara super power natural. Dan macam terbayang-bayang kat mata bulat aku ni, nak buat preskripsi sendiri.. terasa nak try petua yang pernah aku amalkan dulu...

-Petua Mengurangkan Batuk - 
1 ) Minum madu - ada orang kata letak dalam air suam,tapi bagi aku. The best and  perfecto is minum madu macam tu aje. Ei..janganlah korang togok sebotol pulak. Pakai sudu..barang 2 sudu ke.. Masuk terus ke anak tekak. Biarkan beberapa saat, sebelum minum air masak...

2) Teh + Limau/ Lemon - buat teh pekat-pekat. Perahkan limau ke dalamnya. Minum terus. Oooppsss...tapi jangan pulak korang taram teh o ais Limau kat kedai Mamak nu...lagi dahsyat batuk korang nanti

3) Kicap + Limau - yang nipun aku pernah buat masa kecik-kecik dulu..tak tahu lah sape yang mengajarnya.. Tiba-tiba dah tahu jek..hehe....mungkin sebab selalu dengar orang pesan macam tu. Apa yang logiknya kicap dgn batuk pon aku tak pasti lagi. Kicap kaya dengan protein..dan adakah protein membantu merawat batuk?...cik puan profesor, sila buat research ini ye?




pesanan penaja: sebenarnya banyak lagi petua untuk menghilangkan batuk. To be honest, 3 kaedah di atas yang selalu aku cuba. And believe me, yang paling suksess sekali adalah kaedah pertama tu. Sebab daku pernah batuk berbulan-bulan, sampai terpaksa buat x ray paru-paru untuk pastikan bukan tibi atau penyakit lain. Tapi , tak tahu apa punca, dah keluar masuk klinik dan spital..at last, someone advice me Madu aka Honey... alhamdulillah..sehari makan je.. Batuk tak berkahak aku pulih. Dengan Izin Allah....




p/s kalau boleh cari madu asli..bukan madu buat kuih tu...bukan apa, kekadang madu ni dah tak ori..ada yg ditokok tambah dengan nanas lah...mcm2 lah.. (aku masih tak jumpa madu asli..pasal itulah batuk aku tak hilang lagi..)
p/s/s batuk aku tak baik-baik sebab aku selalu 'terminum ais  bila beraya kat rumah orang. Sungguh pantang digoda si Diana ni...hehe


Friday, 12 August 2011

nak buat macamana bila panas dalam?

serius...2 hari lalu aku kerisauan melanda lubuk hatiku
melihatkan my hubby yang demamnya, sikit punya lain...
tak selsema..tak batuk....
tapi sakit sendi...sakit kepala...kesejukan yang amat (sehingga terketar-ketar walaupun sudah dibaluti comforter)
terutama pada waktu malam..memang tak tidur dibuatnya,

hospital pulak hanya bagi paracetamol 500mg...spesis panadol kan?
so, solution aku

PERTAMA:

ambil barang segenggam dua asam jawa (dalam paket utk masakan). Bancuh bersama air...dan lumurkan diseluruh kepalanya...

biarkan beberapa minit atau jam....Sambil tengok TV, sempat massage kepala my hubby....dari leher ke dahi..ulang-ulang-ulang..sampai sidia puas hati..OK?


KEDUA

nasib baik..alhamdulillah sangat-sangat. Kat depan rumah kami, dah sedang elok pokok bunga raya mengeluarkan bunga warna merah dan putihnya

ambil beberapa helai...daun bunga raya berserta bunga-bunganya sekali. Kemudian rendam di dalam mangkuk berisi air...dan ramas-ramaskan ia sehingga mengeluarkan lendir

air bunga raya ini..digunakan untuk membilas kepala yang dah berlumur asam jawa tadi. Boleh juga digunakan untuk mandi bagi menyegarkan tubuh..





p/s: kita hanya berikhtiar,DIA yang menentukan..

pesanan penaja: perkara-perkara di atas menjadi amalan kami sekeluarga sejak dari kecik lagi...Betapa rajinnya mak aku mengurus dan melayan karenah kami ketika demam dan sakit. Semuga Allah memberi kekuatan dan keajaiban kepada kami sekeluarga agar emak cepat sembuh..