Showing posts with label Mochachinno. Show all posts
Showing posts with label Mochachinno. Show all posts

Tuesday, 24 April 2012

Kucing duduk

Hehe..inilah penghibur hati namanya..
hanya dia seekor yang duk temankan aku hari-hari kat rumah
Teman aku berbual tau ? (mesti orang sebelah cakap aku ni agak kureng betul sikit..hehe..pot pet pot pet ngan kuching hari-hari..)

tengoklah gelagat Mocha ni..pantang nampak bantal, cepat jek dia landing
kalau nampak benda lembut-lembut, terus buat aksi mengurut...
heheee
aksi ini semulajadi..tiada sebarang bantuan manusia waima haiwan sekalipon #

Saturday, 14 April 2012

Tuan dan kucing sama-sama selesema

Empat hari sudah aku di kampung
abah dah selamat pi umrah..
harap-harap semua OK
sehari dua sebelum bertolak
abah demam pulak...


balik-balik sini
tekak rasa perit sekali
hidung dah mula tersekat
mata dah rasa panas
erkk...petanda tak berapa nak baik
aku selesema..


sampai kat rumah
Mocha napaknya semakin OK
mata dah kurang berair
selesema nampaknya masih ada
hee...kucing bersin-bersin comey..
Pernah dengar?


hehe..
sekarang
kami berdua sama tak sehat
hehe...sama-sama selesema
sama-sama bersin..


mocha yang tidur pun nak berbantal....

Tuesday, 10 April 2012

Ubat kucing selesema dan sakit mata

dua hari lepas
kami perasan
sebelah mata Mocha asyik berair
so, my hubby chubby taruk eye mo..

pagi tadi
bila belek-belek Mocha
terperasan kedua2 belah mata dia dah sepet
siap berair lagi
erkk...
Mocha sakit mata lah..

kata hubby
malam sebelumnya dia dah asyik bersin
selesema gamaknya

so, tadi
ambil ubat kat Klinik Veteriner
hehe..dah macam ubat manusia pulak kan?
Harga : RM10

Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Port Klang


* seksa nak bagi kucing makan pil selesema...mau diterajam diterkamnya kami..
lepas bagi makan ubat..mocha terus tido dengan lenanya.

Aduhai..kesiannya nak tinggalkan beliau beberapa hari
petang nanti kami nak balik ke kampung di Johor..walau ada adik ipar tengok2an dia..
tp hati masih risau..takut sakit mata dia tak baik-baik...



Monday, 26 March 2012

Kes culik kucing berleluasa

 
huhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

sedihnya..
Mocha kesayanganku telah tidak pulang-pulang sejak semalam

Mocha !
Kemana perginya dikau
kemana?
kami buat-buat macam biasa..dalam hati..Rinduuu rasanya
biasanya pagi-pagi lagi dia dah bising..kejutkan kami awal pagi
mintak my hubby bg dia makan..


dalam kita sebok nak gi keje
dia sebok nak keluar...


bukan kita taknak bagi dia keluar...
tapi, tengoklah..apa jadi pada dia skang?


cepatlah Mocha balik...
Mummy dah beli makanan dan pasir baru untuk Mocha tau?

huhu
mesti ada orang yang kurung Mocha dalam sangkar ni
kalau tak Mocha mesti dah cabut lari balik rumah

Mocha..gigit tau tangan pencolek tu..
Jangan bagi dia bawak lari Mocha lagi...
huhu

Mocha
Baliklah...






Friday, 9 December 2011

Kuku dan taring kucing..merbahaya tak?

hai uolls....
aku sedang menaip menggunakan tangan kanan....sebelah tgn kerana tangan kiri mula merasa bisa-bisa disebabkan gigitan dan cengkaman kucing 'bertuah' aku Mocha pagi tadi...


memang dah boleh agak...tangan ini akan membengkak...
yelah..masa kuku dia cekau tangan aku...terasa menusuk hingga tulang temulang (perasaan jek....entah sampai tulang ke tak...hehe)
dan kini...tangan dah rasa bisa...
bila salah gerak je...mak ai....ngilu
sama dengan perasaan aku selepas operation perforated appendicitis atau dalam bahasa mudahnya....apendiks pecah..hujung tahun lalu...


entahlah...aku ini..kategori manusia yang amat susah untuk sembuh dari luka...
kalau kena gigitan pacat pun...akan membuatkan kulit gatal-gatal..dan kadangkala sampai ke tahap bernanah...
hhmmm...


orang operated apendiks....seminggu dua dah sihat....luka dah boleh baik dalam masa sebulan..
tapi aku...setengah tahun pun ...luka pembedahan taknak cantum sempurna...
er....sorry terbercerita pasal apendicitis pulak...


so, berbalik pada persoalan di atas....
kesan gigitan dan kuku kucing merbahaya tak pada kita?
harap-harap tak merbahayalah...sebab Mocha memang duduk di dalam rumah aje..
dia tidak dibenarkan keluar rumah sama sekali..
so, dia tak terdedah pada jangkitan kuman @ bakteria harapnya...

Hancuss mood aku hari ni

salam semua...
pagi jumaat....pagi yang seharusnya indah..
namun....

hai...mengeluh dalam-dalam

ini mocha...sudah buat hal lagi...

tengok

apa yang dah mocha lakukan?

ni 'tanda kasih' mocha buat mama....aduhai...
tangan dah terasa membengkak..
darah pulak dah keluar
bisa ni...

tahu tak mocha?
sakit ni....

pagi tadi..sewaktu kami sibuk-sibuk nak pergi kerja.....
mocha berjaya meloloskan diri..
keluar dari rumah...

ingatkan nak bagi dia main kat luar sekejab
tup..tup ada pulak kucing lain datang...
entah apa yang 'diborakkan' mereka

kami pulak dah nak pi kerja
terpaksa paksa dia masuk
dia melawan..siap tak takut dengan penyapu dan kayu...
garang bukan main..
zappp...tetiba tanganku dicekaunya
Ya Allah..bisa sangat...

kuku dia mencengkam kuat tangan aku
terasa sampai ke daging....
sakit dia..sampai membuat tangan aku mengigil....

sebenarnya ni bukan pertama kali mocha buat hal...
sebelum ni....habis kaki aku dikerjakan..
sampai la ni berparut dalam...

entahlah..
terus terang..bertahun-tahun kami hidup dengan kucing
membela berpuluuh-puluh ekor kucing kampung
tak pernah pulak 'diorang' se brutal ini...

semua orang cakap mocha ni pelik..
dia garang..tak mesra alam..tak manja macam kucing-kucing yang lain....
bila dah naik angin..macam orang kena sampuk...

mocha..mocha
tangan kiri mama pulak tu dicekaunya..
susahnya mama nak buat kerja hari ni..
sebab terasa tak selesa dan bisa-bisa...
dah letak minyak gamat..
tapi darah still keluar...

mocha
mocha


Friday, 18 November 2011

Mochachinno nak dimandulkan?

selamat malam....


dia buat hal da....
yup...sampai menaikkan temperature si 'mama' bila dia dah berani :
kencing atas buku dan fail2 mama dia atas meja
pancut sesuka hati tepi heater mama dia
jugak tinggalkan jejak kat depan sliding door
itu belum lagi nampak penyapu jatuh, terus jadi jamban dia

ada sekali tu...
mama dia tengah kusyuk menghadap journal,
dia datang sebelah mama dia
dengan lagak nak bermanja
dia gesel-gesel kat tepi mama...
lalu dia kuis-kuis beg sekolah mama..
tak sempat mama nak buat apa..
dia dah cittttttt.... atas beg dan sleeping bag mama dia.....!!!!!!!

malam tu jugak, pukul 1 pagi...
terpaksa mama 'selesaikan' apa yang patut....

mama dah tak boleh tahan sabar..
mama datang dekat dia..
piat telinga dia
tanda bagi amaran & pengajaran
jangan buat lagi....

tapi!
dia tetap buat hal lagi.....
jamban dia kat mana-mana dalam rumah
nasib baik mama kunci semua pintu bilik...
kalau tak?


hari-hari mama kena mop rumah..
Mocha.... 
Mocha...
orang kata, bila dia dah menggatal nak mengawan..
rupa gitulah jadinya..
katanya nak 'tanda tempat'
nak pikat betina...
hhmmm
entah sapelah yang nak berkenan kat dia
garang kemain...

Mocha
Mocha

apa harus mama buat?

Wednesday, 16 November 2011

Memperkenalkan....mochacinno

hai, my name is mocha but my 'mama' simply put my name as 'mochachinno'
coz
she loves to drink cappuccino - the ice blended one with pearl inside....

this is my routine, almost everyday - no..almost every single hour..haha
sleep

coz 
i got nothing better to do than this...SLEEP
both of them (mama+papa) wont let me go outside...
huh
boring

waaa...so soft and comfortable my mama's pillow.. her bantal busuk soo busuk...
seldom basuh, because she loves the 'strong' smell. The originality from her childhood time...


hehe.....
sometimes, i disturb my mama coz she sticks the whole day with this kind of white paper - full with alphabet which i cant read..hehheee

Mama..LOVE U