Showing posts with label StUDy o StUdY. Show all posts
Showing posts with label StUDy o StUdY. Show all posts

Friday, 27 September 2013

Iklan Kekosongan Jawatan di 3 Kampus Baru UiTM : UiTM Jasin, UiTM Tapah, UiTM Pasir Gudang Oktober 2013

Sebenarnya baru sedar minggu lepas yang UiTM ada offer iklan kekosongan jawatan untuk 3 Kampus Baru UiTM di 3 Negeri :


  1. UiTM Tapah, Perak
  2. UiTM Jasin, Melaka
  3. UiTM Pasir Gudang
Tarikh akhir : 7 OKTOBER 2013

Memandangkan ketiga-tiga kampus masih belum beroperasi, maka segala iklan dan borang boleh di download di kampus-kampus negeri yang sedia ada. Sebagai contoh :

  1. UiTM Pasir Gudang - boleh refer pada website UiTM Johor (Segamat). Try taip kat google : johor.uitm.edu.my. (nak paste link kat sini, website uitm johor tak boleh bukak since tadi..advisable guna INTERNET EXPLORER.. 
  2. UiTM Tapah, Perak - boleh try link ni Iklan Kekosongan Jawatan UiTM Tapah @ search kat google - perak.uitm.edu.my
  3. UiTM Jasin, Melaka - hah, yang ni pon same try tak boleh bukak2 .. @ search kat google : melaka.uitm.edu.my
cth jawatan di UiTM Tapah... ada banyak lagi. nak upload pdf format kat belog ni tak boleh.. so,kena carik kat website uitm sendiri lah ye?... :)


p/s carik ikut kampus cawangan. jgn carik ikut kampus induk (shah alam) utk permohonan kampus cawangan... 

uitm dihatiku ...kiki..sempat menyelit ;)

Wednesday, 20 June 2012

Jatuh dan bangun itu lumrah



first of all (macam nak buat PC pulak..hehe) ,
 nak cakap rinduuuu...sama ini belog
nak cakap sorriiiiii... pada pemenang sebab tak posto-posto hadiah lagi

tuan punya belog baru bangkit dari 'kejatuhan'
setelah down sampai dasar bumi
akibat dari kata-kata sindiran, kritikan yang membina & menjatuhkan beberapa minggu yang lalu
semasa sesi proposal defend ! (huk..huk...huk..)
Sampai sakit kepala rasa mau pecah, menangis dan menangis...
ambil masa untuk recover, dan bangkit dari 'kejatuhan'

orang kata..."itulah hidup manusia yang buat master (by research) & phd"
up and down tu dah jadi lumrah
selagi tak dapat segulung ..atau sebuku master/pHD
selagi itulah..hidup kami penuh dengan warna warni stress dan depress..

bukan setakat menanges tak berlagu,
terkadang ada rasa nak quick & tarik diri
ada masa jugak rasa nak bercuti panjang...
tapi mengenangkan pengajian ni dibiaya orang..paham-pahamlah..
takkan nak buat sukasuki hati kan?
nak kena saman?

ape pun yang jadi...kami kena lalui jugak
takkan nak lari dan sembunyi.
gagah dan gugahkan diri 
tempuhi saja apa yang bakal menanti

doakan kami masih kuat, larat, tabah, gagah, tekun, fokus, rajin, semangat, positif untuk teruskan semua ini...hihihihi...

Thursday, 17 May 2012

Isu sampah....

Aku takde idea
Haaaahaahaha..
dua kali sudah aku kena sound manja ngan lecturer pasal tak fokus pada benda yang aku nak buat
" saya suh awak propose case studies, bukan buat satu thesis lagi. Kalau gaya macam ni..lagi dua tahun lah asignment awak nak siap.."
lebih kurang begitulah bebelan kaseh sayang lecturer buatku

Aku gelak-gelak
senyum macam kerang busuk
Haha...
dah kena bebel...nak buat apa lagi?
takkan nak jawab balik..

Dan dek kerana dia mengatakan aku ni 'sangatlah bercita-cita tinggi'
melebihi angkasa gamaknya
Maka, aku sediakan tiga usul lain dalam kadar cincai & malas otak mahu berfikir

  • aku nak buat jugak pasal isu buang sampah merata-rata sukehati makbapak pelawat kat natural areas, eg: sungai....dalam jajahan takluk selangor je
  • aku propose nak observes interpretive signboard sepanjang boardwalk kat Taman Alam Selangor yang langsung aku taktahu kat mana..apatah lagi nak jejakkan tapak kaki kat sana..
  • aku nak buat ala-ala planners dedikasi yang kunun tahu potensi Taman Alam Selangor utk wujudkan recreation opportunities melalui kekdah SWOT ANALYSIS
Serius, aku rasa macam nak buat isu sampah je.. Aku malas nak pikir tentang keperluan subjek ni yang kerjanya mengalahkan thesis aku. Terkadang nyesal jugak amik subjek ni..hukhukk...dah terlebih rajin katakan. bukan perlu @ wajib pon..sesaje nak menambah ilmu didada & jugak memintak kerja menimpa-nimpa...



p/s : sudahkan sikit-sikit, biasa-biasa sahaja

p/s/s : utamakan apa yang perlu..yang ni...tak berapa nak utama sangat. Dah busy, malas nak pk grade dah...tak kesahlah nak bagi A ke B ke...depends lah.. tak larat nak pk satu menda ni aje.. Sedang 2,3 menda lain nak kena sudahkan jugak

Monday, 14 May 2012

It's already 0256am...

Aiyak..
Sudah pagi ma...
14 May 2012 ka..

Haiyaaa...
tak tido lagi
esok mau pigi UPM
ada kelas dr.rohaya

esok mau hantar proposal
aduhai.....

jangan esok..aku rupa gini
udahlah ye?

Bila isteri buat sepah..


aku ni memang ada satu kepelikan yang amat jelas
langsung tak buleh nak tinggal
atau buang jauh-jauh

sejak dari zaman sekolah lagi
inilah tebiat aku yang kureng comey
hahahaha
kalau studi dah macam kapal karam

masa diploma kat jengka dahulu
satu bilik berempat
memandangkan ruang  meja tak berapa nak bagi aku hak untuk bersepah-sepah begini
maka aku bukak segala jenis buku penuh satu katil
kalau nak tidur, aku susun sepanjang tepi katil elok-elok
sanggup tau, tido sipi-sipi sebab taknak bagi buku kena tindih

buat degree kat shah alam,
aku rasa amatlah beruntung bila ditempatkan sebilik dua orang
hahahahahaa..
spacious untuk aku bukak segala mcm buku
poyos rajin giles studi kan?
haip ..tapi aku tak kacau kawasan orang tau?
territory aku  biasanya sebelah tingkap..

sebab tu bila member2 sebuk nak duduk menyewa kat luar kolej uitm
aku tak berapa berminat nak join
yelah...satu rumah 7,8 orang... dah lah bilik sempit
pastu barang banyak
semak lah....

ni bila dah kahwin
nasib baik dapat rumah sebiji
yang luas dan lapang
duduk pulak berdua

lagilah heaven...

dah lah aku rembat satu bilik untuk workstation aku...
ni pulak dah bertapak ke wilayah encik hubby...
'lokasi depan TV' semaksimum mungkin aku gunakan bila encik hubby pergi kerja



p/s : berlaku pada waktu-waktu tertentu jek ~ heheheeheh...... hari-hari lain, rumah aku bersih berkilat tau? tak bersepah-sepah macam ni... ceh..puji diri sendiri..

Sunday, 13 May 2012

Don't Disturb Me !

Jangan tak terkejutlah kalau wanita melayu terakhir cam aku ni transform jadi increadible hulk time hujung-hujung sem begini.

DOn'T DISTURB ME ! ok?

Ayooo...En Hubby Chubby pun takut nak menegur si isteri yang muka macam keli kena salai...#hahahaaa...
Stress bertan-tan kemain katanya...

Ala...tak lama. Sebulan je.. Dapat lepaskan bulan May ni..
Hingga habis minggu exam, 
lepas tu baru boleh HOREY HOREY.......




p/s : our first anniversary terjatuh kat bulan yang amat kalut bagi aku - ceh....Madu di Bulan kena tangguh ke satu tarikh yang aku sendiri tak dpt nak confirm bila.. Sabar ye cayang..



Tuesday, 1 May 2012

Yes, aku tak tido semalaman

Hah?
Jam dah menginjak angka 5.06pagi
Waktu dah menghampiri Subuh
sedang aku, masih utuh menghuni bangku keras ini
tanpa kusedari...semalaman sudah aku tak tido.

Incik suami sedang lena dibuai TV
Man U vs Man City punya penangan
Cik Isteri pulak duduk sorang-sorang dalam bilik studi
wah...benar-benar pasangan sejoli

u tak tido
i pon tak tido jugak lah..


Monday, 30 April 2012

Ini laptop sula bikin hal punya

Plap ! 
Blank !
Hitam !
Takde kaler ! 


Misteri laptop gelap gelita  tiba-tiba buat aku, seriau.
Alamak, ini laptop mau bikin hal ma..
Mentang-mentang dah guna setahun..dia mahu buat peel
boleh pulak tiba-tiba blank time guna


Hadooii..masa-masa inilah dia nak buat hal
baru fikir-fikir nak tambah RAM sebelum install SPSS
dia dah tunjuk perangai tak elok..


Ya Allah, janganlah dia buat hal masa-masa aku amat memerlukan dia ni...
# pssss..jangan buat perangai ek? eden nak guna lagi setahun 5 bulan ni...

Sunday, 4 March 2012

Sindrom Stay Up lewat malam...

Memandangkan malam dah ke pagi...
So, tetiba terasa nak share lah apa yang selalu berlaku time kunun-kunun rajin nak stay up mlm ke pagi ni..

sindrom mulut nak mengunyah -

sama kan? sama kan? bila dah larut malam..mula lah terasa nak bancuh nescaffe 3 in 1 lah... nak bukak tin beskut meri lah.. nak kunyah kopok lah.. padahal baru minit pertama nak telek buku kan? dah terasa energy hilang..lemah jek biji mata. nilah masalah utama..bila stay up memalam... dalam tak sedar..yang kunun2 'makan biskut kering aje' dah menjadikan badan kita tak berapa nak kering. 

sindrom lemah lutut nak ke tandas

mana tak lemah. jam dah ke angka dua..perut pulak boleh buat hal. masa nilah dia nak melabur bagai. kalau kat rumah boleh lah jugak.. Ini kat asrama. Dengar-dengar...macam semua dah tido.. Intai-intai dah takde sorang pun lalu lalang. Haiyak...berani ke sorang-sorang nak ke toilet? Masa zaman aku duk hostel dulu..aku memang berani gila.. dari kat jengka sampailah ke shah alam.. buat perangai basuh baju pukul 1 pagi.. alasannya, takde orang ganggu..Yelah..tempat mencuci tu kan limited. kalau waktu siang..punyalah beratur tunggu turn..mengalahkan beli pisang goreng panas pulak!
dan selalunya..selepas habis sem..baru aku dengar cerita-cerita seriau kat block aku.. masa tu baru rasa seram. padahal selama ni rileks je duk lalu lalang 'tempat tu' ..

sindrom berFB bagai - 

nilah orang kata kebaikan teknologi dah jadi ancaman buat kita. bila online je..laju nak selak FB.. Lepas tu mulalah upload gambo..lepas tu mulalah comment sikit-sikit kat page orang.. lepas tu jadi ahli mesyuarat tingkap..lepas tu.. Ehh..dah pagi.. Keje tak siap lagi 

sindrom download drama korea -

hah..nipun jadi ancaman pada aku.. kunun nak jengah-jengah je. terus termelekap. bukak website itu...website ini.. apa lagi download drama lah. dan..dan sampai ke sudah hard disk penuh dengan menda cerita yang entah apa-apa. sabo jelah...




Friday, 9 December 2011

Kan bagus kalau serajin ini ....

hai uolls....selamat pagi !!
haip..tak tido lagi? buat ape tuh??...
asignment melambak?
quiz dah start...?
test dah berpusu-pusu?
atau tesis tak settle lagi?... mestilah kan...
tak hujung sem..mana thesis nak siap khan...harus lah kan....


malam ini...aku menggugah diri...menghadap lappy kesayangan hamba....
beserta...
buku buku yang harus berselerakan....

pagi ni...aku tak bukak estro....hanya melayankan irama Kpop....yang sebuk menyanyi pagi-pagi buta..
sedang sang suami...lena tidurnya..
kalau hari cuti, rajin jugak sidia duduk di sebelah isterinya ini..
konon-konon nak temankan si isteri sambil melayan bola di estro..
tup..tup..dia dah lelap...
sabor jelah...

apepon..dengan harapan..dapat sudahkan barang sehelai dua research proposal ni....
dah lama karam di lautan hindi...hehe...
ni baru nak bernafas balik...
baru dapat ketenangan fikiran...
alhamdulillah..


chaiyok!!
gambatte!!!
aja aja fighting!!

Monday, 21 November 2011

Menggigil tengok duit

gigil tengok duit?
pehal pulak si diana ni kan?

nak tanya korang, pe perasaan korang mase first time ptptn masyuk dalam akaun korang?
gedebuk....selepuk...
mase tu, korang check tengok-tengok akaun yang kosong kering kontang dah berisi rm3 ribu ++ (degree)..
musti korang suka kan?
siap hoyeh..hoyeh lagi!!

masa tu, bermacam menda lah terbayang kat kotak kepala..
1001 menda rasa nak listkan atas papaer..
nak beli itu..ini..
belanja itu...ini..
kan..kan...
yang pompuan kaki melaram tu, habislah dah plan nak cari baju sedondon tudung..
siap kaler lipstick nak sama-sama gitu.....

yang lelaki pulak..
dah congak-congak nak beli motor...
downpayment mintak mak ayah tokok tambah kan?
bulan-bulan...?
omak bapak ekau jugak kena membayarnya...

tapi, perasaan itu tak sama saat ini..
perasaan seronok tu jadi macam...entahlah.....
jadi BEBAN kot...
ek..nape cakap beban pulak..?? elaun dah masuk riban-riban lagi..
sedebuk 6 bulan ..Yup 6 bulan!!!!!!

dan angka 6 bulan tu yg menyebabkan hati aku kurang senang...
memanglah angka kat dalam akaun berdigit-digit..
tapi....
yang berdigit-digit tulah buat aku mengigil....seriau...

duit, bermaksud tanggungjawab
tanggungjawab bermaksud amanah...
amanah ni....(serasa nak mengigil tangan ni...pegang amanah..)
amanah yang perlu disiapkan within 24 months...
'my research'..............
and i have another 21 months to go....


Ya Allah, permudahkanlah urusan ini.....








Saturday, 19 November 2011

Ce teka

tak perlu disebut kan..tarikh gambar ni dimeterai
tu
2005
dah hampir 7 tahun berlalu...
tak sangka, pejam celik pajam celik masa berlalu...
meninggalkan momen diploma yang penuh manis & pahitnya

manisnya...terlalu indah untuk dikenang
pahitnya...aduhai..kalau boleh ku buang dari ingatan..
alangkah bagus




sebenarnya, nak mintak korang teka....agaknya yang ne satu ek, Cik Puan Diana ni?

Thursday, 17 November 2011

Gejala tak siap keje sekolah

assalamualaikum...


hehe..entri pagi ini sebeanrnya ada kena mengena dgn tuan empunya belog, cik puan diana...
yang ekcekli dah seriau dah kecut perut, sebab keje sekolah tak siap...
hahahaahaaaa


Maka muncullah gejaa seperti ini....try korang imbas zaman sekolah korang...
apa yang korang rasa bila keje sekolah tak siap?



  1. gejala sakit perut - gejala ni memang serta merta..tup..tup dia datang...Hehe..masa tu mula lah rasa perot bagai bergodak semacam. Rasa tak sedap lah..itulah..inilah.... 
  2. gejala debaran  di dada yang taknak berenti. Kalau buat test nadi, nescaya...orang duduk pon mcm berlari pecut 200 m 
  3. gejala tak senang duduk, ni punggung pon serasa mcm duduk atas bara api...panas..semacam
  4. gejala sibuk nak carik idea, nak bagi alasan ape ek nanti?
  5. gejala....'ting! menghilang serta merta..." Ni..memang tak dapat dikesan.....

hehe.....tuan empunya belog nak mengadap en Advisor harini..dengan keje yang tak sempurna.....adoyai...



Tuesday, 4 October 2011

Ketak Ketuk... Karang aku lepuk!

assalamualaikum
- selamat pagi - 

ohayo gozaimasu - bahasa Jepun
good morning - Ingeris la...
Annyunghaseyo.. ape lagikorea semestinya
Magandang umaga po -  Filipino ni...
Bon matin - french pulak..
Shubh prabhat - hindi kabhi kushi kabhi gam...hehe
Ata marie - kate orang Maori..
Bom dia - Portugese macam ni..

dah...dah..dah..kang meleret-leret sampai ke sudah...

buat adik-adik - yang dah tentu waktu & ketika ni - amat mustahil untuk berada di depan lappy - kerana sedang berpeluh ketiak - berjuang menjawab soalan - PMR - Good Luck! diucapkan...

bila teringat budak-budak amik PMR - teringat SPM - terimbas exam - terus tak 'terpuas hati' kat satu perkara ni...

perkara yang dah ku pendam bertahun-tahun - setiap musim peperiksaan - hati ini selalu berdoa - janganlah mereka...janganla golongan-golongan ni ada...janganlah-janganlah....

cik adik manis - cik akak comey - mak dara vogue bergaya yang jadi pengawas peksa - sila ambil perhatian!!!..

kasut raya anda - yang cantik bergaya - mahal kedano (kata mak aku..)....janganlah dibawak pakai semasa menjalankan tugas anda pada negara - bukan tak cantik..bukan tak ayu. Comel sangat. Tapi, amat-amat menganggu ketenteraman hati dan sanubari insan2 yang sedang berjuang di medan peksa..

dahlah memori manusia ni - tahannya tak lama - sedangkan hard disk pon boleh kena virus - apetah lg kepala berotak ni yang dah muat dek maklumat yang menunggu masa nak di download ketika peksa - 

ingat senang ke nak menghafal 60 spesis pokok kayu - siap ngan scientific name dan descriptions bagai?
ingat mudah ke nak mengingat equations math yang ape ke entahnya tu.....aku pon sendiri tak paham...
adoyaiii...tensen..tensen....

ketak ketuk...ketak ketuk......
Karang aku lepuk!




pesanan penaja :
kalau pengawas peksa rupa ni.... boleh dimaapkan yek

p/s kalau nak jaga peksa - sila pakai sandal yang tak bertumit bising ye?.... kalau nak bertumit - pakai jenis wedges/platform yang bukan dari plastik/pvc/kayu kayan yang boleh membingitkan telinga

p/s/s jugak..jangan pakai skirt singkat sangat. boleh ilang ingatan pulak nanti!

p/s/s/s tak perlu nak bersok..sek...sok..sek nyembang bagai di kedai mamak - tahu, jadi pengawas peksa bosan - ingat aku tak pernah rasa ke?..tp hormat sikit kat calon yang tengah jawab..jgn bikin aniaya orang





Thursday, 15 September 2011

Saje membebel : basic belief?

situasi 

" mak..teman orang gi jamban."
" apa nak teman-teman? Jamban kan dekat je..bukak pintu dapur. Nampak terus rumah jamban tu.."
" alah..temanlah..."
" teman..teman teman... Mengadalah kau ni. Dah tua bangka pon nak berak berteman?..."
" alah mak..."
" ko ni mengada terlebih. Karang aku lepuk budak ni. Cepat. Pergi sendiri...Karang tercirit pulak dalam seluar  tu. Siang-siang taknak berak .Dah malam buta, sibuk pulak."
" taknak..takut... Ada momok...."

Momok..Momok...Momok...
Usia berapakah kita ketika masih ditakut-takutkan oleh momok? 


Momok...Momok...Momok...sehingga kini. Aku percaya, baik aku, engkau dan korang-korang yang sedia besar panjang masih menggunakan subjek momok untuk cuba memberi peringatan. Kita cuba mendidik dengan cara menakutkan. it is a basic belief yang dipupukkan kepada kita. Dan satu hari nanti tak mustahil korang perturunkan pada anak korang...dan anak korang akan turunkan pada anak kepada anak korang, dan anak kepada anak korang akan turunkan pulak kepada anak kepada anak kepada anak korang..... dan seterusnya sehingga aku pening lalat nak kira...berapa banyak anak daaa....


Dan pada usia berapakah kita mulai percaya malam yang gelap gelita diluar sana ada makhluk asing gemuk besar hitam lagi menggerunkan kita? 
Dan sejak itu...kita melihat malam yang hilang cahaya adalah dunia serba asing yang penuh misteri
Kita mula mengaitkan yang tidak-tidak dengan malam yang tentu tak bersalah. 
Kesian malam...



Malam yang gelap, bukan kerana sifatnya gelap
Malam yang gelap, kerana tiadanya cahaya



pesanan penaja : berfalsampah di petang hari....

p/s my first class today .New environment..new experience..New things

p/s/s Dr. kata our next classes will be dalam hutan rekreasi...belajar tepi sungai sambil makan-makan... Tak sabar nak mandi air terjun soon after class finish..yahoooooo. So, ubah basic belief yang study itu 'menyakitkan'...kepada 'menyeronokkan'

Wednesday, 14 September 2011

Dari Purple ke Merah gitu.....

motip?

dari Purple

ke Red



p/s: jangan gundah, jangan gelisah pepel..aku akan sentiasa berada disisimu. Kerna kau tetap dihatiku. Ingatlah, anda janji padamu yang harus kulunaskan - kita akan tetap bertemu - selalu.... 

p/s/s merah kini menanti... doakan semangatku tetap membara sepanjang dua tahun ini. Gambatte Ikimasho..!!!

p/s/s/s poyo cam tinggal pakwe..hahhaa...mana tak rasa sedih...hampir 10 tahun uolls. i keluar masuk pepel. Dari naif sememeh..sampai graduate konon-konon best. . Dari muda bergetah remaja...sampai muda masih cun melecun dah berdua....

Thursday, 25 August 2011

Masuk sekolah balik

tadi kat sini...
baru daftar masuk sekolah

sorry for unable skodeng2 korang...



Wednesday, 24 August 2011

Wordless? No lah.....

maaf tak sempat nak berblog walking~
sehari dua ni busy kemain
mengalahkan PM lah gayanya
kesana kemari

me'nyetelkan sebeban dokumen biasiswa
macam-macam hal..
bak kata akak yang duk urus scholarship ni..
" orang nak bagi kita duit dik, takkan senang macam tu je. Kena susah sikit..."

takpelah...
yang scholarship..harap semua dokumen OK..settle dan diterima dgn aman damainya..
tanpa ada kesilapan lagi
tak larat den nak turun naik tangga ..
kalau body boleh jadi cam Ziana Zain takpe..ni lagi sakit belakang
walaupon orang kata..alah bisa, tegar biasa...
tapi aku....

alah bisa, badan sakit-sakit pulaknya





p/s: teingin pulak nak bercerita perihal scholarship aku ni...tapi masa tak berapa nak ada (ceh, poyo president)
p/s/s : bukan ape..buat panduan adik2 yg bercita2 nak jadi pendidik satu hari nanti...mana tahu..boleh bagi inspirasi ke? Tapi rasanya cik puan Hanis ni lagi layak kot nak berstory telling...
p/s/s/s Pepon..esok aku nak pi daftar sekolah balik. Sekolah baru..tak sama macam sekolah dulu-dulu...