Tuesday, 20 March 2012

Destinasi cuti di Pulau Perhentian 1

Tiba-tiba! Itu sahaja kesimpulan yang dapat aku katakan pada percutian ini. Yang caca marba dan kelam kabutnya itu. Usah nak bercerita bagai kat entri ini... So, focus pada Laporan Lawatan Sambil Belajar makcik D ni ke Pulau Perhentian *...hehehe...


dipendekkan cerita...kisah kami bermula begini
Harga Tiket Bas Mahligai
Shah Alam - Jeti Kuala Besut : RM43 seorang
So, pergi balik : RM86
setelah dicampur tolak..kami akhirnya mengambil keputusan untuk naik bas sahaja. Kami bertolak pukul 830 malam dari Shah Alam dengan menaiki bas Mahligai. For your info, hanya ada dua bas sahaja yang akan straight ke Kuala Besut (Jetty) - Bas Mahligai dan Bas Trans Rengit.

Dek kerana bas ni akan berhenti kat beberapa tempat untuk ambil penumpang - maka, perjalanan agaaaak mengambil masa.. Dan masa-masa itu adalah begitu 'mencemaskan' bila pundi dah tak mampu bertahan. Perut pulak bergendang sayang mintak di isi. 'Makcik, aku lapar!'

Serius ! Aku terrrlupa sangat-sangat. Mana ada R&R. Mati-mati aku tolak pelawaan mak mertua aku untuk makan nasi sebelum naik bas.. Konfiden jek aku jawab.." takpe..nanti kami makan kat R&R.." Aku lupe la.. Aku bukan balik Johor.. Ayoo...

Nasib baik ada biskut cekelat yang sempat aku rembat kat kedai sebelum naik bas. Dapat jugaklah buat alas perut... Adooiii...


Kenapa kami naik bas? Ini alasan konkrit bagi aku :
  1. perjalanan jauh - 12 jam kot. so, untuk agak memenatkan jika hanya seorang sahaja yang terpaksa drive dari S.alam - Kuala Besut. Kalau pergi beramai-ramai..boleh lah tukar2 drive.. Ni sorang je pilot nya.. Kata hubby aku : Seronok apa vacation, bila badan dah penat drive seharian? Lebih baik naik bas..boleh rileks...tidur lama-lama. Sampai kat destinasi, badan tak letih, boleh enjoy the travel.."
  2. confirm lagi sahih ! kedua-dua kami tak tahu dan tak pernah ke terengganu/kelantan... So, nak drive? Mau sesat kemana-mana. Payah pulak nak bertanya orang sepanjang perjalanan..hehe.. 
Kami sampai awal sangat, lebih kurang 620am di K. Besut Jetty..  Usai menunaikan solat Subuh, kami duk melepak kat satu kedai ni (rasa-rasanya kedai mamak  ni je yang dah bukak*). Breakfast sikit-sikit sementara menunggu my mischievous sisters sampai....

bagi yang travel tanpa pakej macam kami ni..korang tak perlu rasa risau takut tak dapat boat. Sebab ada saja cik abang yang memang akan approach korang utk naik boat service mereka. dan orang macam aku - memang sangat pantang didesak-desak. lagi orang push, lagi aku buat muka seposen. Tak suke!

mischiveous sisters aku sampai, betol-betol selepas aku decided satu company boat ni... 

* Tips: Korang boleh tawar menawar harga tau? pepandai lah korang ayat-ayat cinta sama itu bapak-bapak...hehe
Harga Tiket Kuala Besut Jeti ke Pulau Perhentian Besar 
Sehala : RM35.00 
Total : RM70 pergi dan balik utk seorang

* Tips : Nasihat aku..cari pengusaha boat yang ada office & proper sikit macam company kat atas ni. Jangan main terima janji dengan orang perseorangan yang offer services kat tepi jalan. Bukan aku nak kata yang takde office tu tak boleh percaya.. Tapi..entahlah... Ini nasihat orang situ kat kami. Kami accept jelah#

* Tips: Kalau naik boat PERGI - bagi TIKET PERGI SAHAJA kat pengusaha boat tu. TIKET BALIK korang sendiri simpan ! Jangan sesekali bagi kedua-duanya. Ada kes, sekumpulan mat salleh kena kelentong. * Kesian diorang. Dahlah kena maki..kena bayar lain pulak tu..

Teruja ! tu lah perasaan aku yang boleh aku conclude masa tu. Tangan memang cengkam kuat kat handle bot tu. Dayah memang excited tapi  menjerit-jerit bila bot melambung tinggi bila langgar ombak. Teha pulak buat muka tak de perasaan konon enjoying the view. Hubby aku duduk kat belakang sekali, sebelah driver, hahaha.. dah macam kedi golf pun ada bak kata Teha sebab dia pass life jacket kat kitorang. tapi experience naik speed boat memang superb ! Even, this is not my first experience... Ke'excited'an aku terserlah... Kalah budak-budak bawah umur..Hahaha

* Tips : Naik speedboat ni gaya dia macam naik kuda pulak - yang lebih parah bila alas duduk korang tu dah tak rupa kusyen. Langsung takde daya mengerap hentakan punggung. So, apa yang korang perlu lakukan. Jangan keraskan tubuh badan. Lembutkan badan korang macam orang menari ballet..hehe.. Percayalah, makin keras tubuh korang..makin sakit pinggang dan tulang belakang. Terutama untuk makcik-makcik macam aku ni..hehe

Perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Besar mengambil masa  kira-kira 45 minit. 


To be continued ;p


Klik SINI Untuk Baca Lagi Tentang  Bercuti di Pulau Perhentian


 < Sedikit panduan buat korang yang tercari-cari info cuti-cuti ke Pulau Perhentian,totally tanpa pakej agen perlancongan. Percayalah. Ia lebih berbaloi-baloi...>

Monday, 19 March 2012

Kes culik budak-budak..jangan biarkan jadi trend

Bukak Tv - Tengok berita..
Seorang kanak-kanak diculik ketika membeli kad topup


ya Allah..
dalam sebulan dua ni..
kes culik kanak-kanak seolah mula menghiasi dada akhbar
dah macam musim pulak


Hati dah mula tumpang risau..
Tengok anak-anak jiran bermain sana-sini
Ke hulu hilir dengan basikal
Dari pagi ke tengahari, tengahari membawa ke petang...
Tanpa pengawasan..pulak tu?


Mak bapa mungkin kerja
Akak abang ke sekolah katanya
Lalu..si kecil itu..siapa yang tengok-tengokkan?


Bak kata Kak Rokiah Propa
" Jaga - jaga, ada yang perhati..."










Nauzubillah..
Mintak dijauhkan dari malapetaka *

Sunday, 18 March 2012

Ingin update belog tetapi...

Ingin update belog.. tetapi terlalu M.A.L.A.S 

 
ingin bercerita tentang ini...

dan tentang ini....



Tapi, nantilah ye? bila mood rajin dah mai....


Mereka adik-adik ke?

Oooopsss...
Laser benar mulut makcik sorang ni kan?
Suka hati je panggil orang adik-adik...
Ingat diri tu sempurna sangat ke?


Nak kena saman ni..mulut takde insurans makcik ni..hehe
STOP!
Ayat entri di atas bukan ayat penyata, OK?
Ayat entri di atas adalah ayat tanya yang wujud dari rasa ingin tahu 


Sesetengah orang sering menyamakan karakter seseorang yang soft spoken dengan adik-adik...* toink!
Kena lepuk!


Aku sendiri jugak - selalu telek dan belek (dari jauh ye? bukan main raba-raba..Tit...*)
Dia ni..kategori manysia soft spoken ke..adik-adik ek?
Aku bukan manusia prejudis, yang akan menjatuhkan hukum pd benda/perkara yang aku nampak & tahu.
Sebab aku percaya, mata selalu menipu...


Soft spoken @ adik -adik...
Sungguh ! Aku salute pada kebolehan mereka berkomunikasi..
Bercakap satu-satu, tersusun bunyinya. 
Bila bercerita buat kita rasa 'terpikat'
Seronok nak mendengar..bukan?


Ingat mudah ke nak susun ayat penuh berhemah tu..
Ingat sempoi ke nak buat orang suka dengar apa yang kita nak cakap..


Susah tau?




* mereka bukan adik-adik..walau itu yang aku fikir pada awalnya. mereka orang-orang berbakat yang soft spoken...hehe..aku bercakap tentang ON AIR...hehe

Tuesday, 6 March 2012

Panduan bercuti ke Pulau Perhentian

Memandangkan keinginan untuk pergi ke Pulau Perhentian, buat pertama kalinya sepanjang 28 tahun (ooppss...rasa-rasanya baru 18 tahun..hehe) menetap di muka bumi ini seakan menjadi kenyataan. 

So, disini aku ingin kongsikan serba sedikit panduan yang aku rasa harus 'ditelek & dibelek' sebelum merancang untuk bercuti ke Pulau Perhentian.

1. Ambil tahu latar belakang tempat yang korang hendak kunjungi. 
Dalam kes ni- mestilah Pulau Perhentian. Ye tak? Tapi..harus diingat. Pulau Perhentian terbahagi kepada 2 : Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kalau nak kata mana lebih menarik..memang susah nak cakap. Yelah...every person have different perception on things. Some might felt it suites enuff for them..and some may be not. 

Info lanjut : 

2. Kenalpasti senarai penginapan dan aktiviti yang disediakan- chalet/motels/resort yang terdapat di Pulau Perhentian 
                   

3. Rajinkan diri untuk jadi spy
Hehe..cari feedback/komen chalet/motel/resort yang korang dah fall in love (sesuai dengan isi poket & kehendak korang). Macam aku..aku suka usha dalam virtualtourist, and tripadvisor. Just nak tengok visitors' review and their opinions. Yelah..kalau semua kata tempat tu macam hampeh...kenapa masih nak pergi kan? Tapi kalau their review varied..ada yang komplen tak OK..and majority cakap OK. So, tepuk dada tanya selera. Kalau dah selera Beriani Gam tu..takkan lah nak dapat dengan RM1.20 kan? Itu nasik lemak telor suku boleh lah...hehe

Contoh : 

5. Hubungi chalet/resort/motel dalam kadar segera untuk membuat tempahan. Di musim cuti (peak time) biasanya jumlah pelawat meningkat dengan begitu mendadak. So, cepat!
biasanya kawan percutian pulau akan ditutup pada bulan Disember - Febuary di pantai timur disebabkan musim monsun. Kebanyakan services+hospitality providers akan mula beroperasi pada bulan March. Bulan April, May pula merupakan peak season dimana pulau perhentian akan menjadi tumpuan pelancong asing disebabkan musim sejuk di negara diorang. * Masa ni korang akan confuse, aku kat Malaysia ke kat Miami ni?"

6. Rancang perjalanan korang betul-betul  ! How to get there !
Macam biasa, ada 3 kaedahnya : korang nak terbang, naik bas, atau naik kereta...
  • Terbang : 
    • memandangkan Kuala Besut lebih dekat dengan Kota Bahru. So, korang yang dari ceruk dunia mana pun akan dihantar sampai ke lapangan terbang Kota Bahru. dan dari Kota Bahru Airport ke Kuala Besut jetty tu korang kena naik kenderaan darat ; samaada teksi atau bas ekpress. Tambangnya belum dapat dipastikan berapa. Tapi..dengar-dengar RM78 satu kereta. So, pandai-pandailah korang pujuk cik abang teksi tu ye?
  • Naik bas : 
    • KL - Kuala Besut Jetty( Mutiara & ekpress Mahligai ) - 930 pm - 630 am
    • KL - Jerteh (dari Jertih ambil teksi ke K.Besut jetty- 20 minit perjalanan)
    • Shah Alam - Kuala Besut Jetty (Mahligai & Rengit Ekspress) - 830pm - 630am
  • Naik kenderaan sendiri :
    • KL - Karak - Raub - G.Musang - K.Krai - Jerteh - K. Besut (8 hours)
    • KL - Karak - Kuantan -K. Terengganu - Jerteh - K.Besut

* tengok jadual perjalanan anda.. jangan sampai tertinggal bot tau? 



7. Pakaian & barang yang dibawa perlu bersesuaian -
Terutama pada cik adik, kakak-kakak, makcik-makcik.. (termasuk aku...). Sila bawa pakaian dan beg yang bersesuaian. Tak perlu lah luggage yang beroda banyak dan besar gedabak.  Keadaan bot ini tak sama dengan feri ke langkawi. Nasihat aku..janganlah nak pakai heels 3 inch bagai..mau terjelepuk karang. Pakailah yang selesa dan mudah...hehe

8. Ambil langkah-langkah keselamatan awal- 
Pastikan barang yang kita bawa dijaga seeloknya. Terutaman wallet, duit, kamera tu ye?.. Nasihat aku - kalau nak masuk air dan teringin nak bergambar. Belilah waterproof pouch/casing. Macam aku...beli untuk kamera biasa sahaja. Untuk DSLR..harga casing untuk underwater dia..mak ai.. Mahal kedano (kata mak aku....)

One more thing, kalau rasa diri tu cepat ditimpa sakit - macam aku yang selalu sakit kepala bila penat dan cuaca panas. Bawak2lah pil yang berkenaan. 

9. Sediakan cash money yang secukupnya - di Pulau Perhentian ade bank x?
biasannya bilik yang kita book kita bayar deposit je kan? tak wat full payment. So, sediakan cash yang mencukupi. Termasuk untuk aktiviti bersnorkelling...isi perut...mana tahu nak barbeque ke..other fees macam coservation fees tu... dll. Rasa-rasanya kat sana takde ATM machine kan?.. Erkk...kalau resort yang bertaraf bintang tu boleh lah guna kredit kad. Tapi..kalau nak merasa lepak-lepak makan warung tepi pantai tu... perlu bayar cash kan? 





Kucing pun pandai merengek

Sedang menghadap laptop sebenarnya..entah kenapa..dari kami masuk ke rumah tadi. Si Mocha ni asyik menggesel-gesel. Pulak tu..merengek-rengek mengalahkan budak kecik.


Tengok tu..bertabah betul depan pintu. Merengek nak keluar lah tu...
* bawah pintu terpaksa ditutup dengan kain  - sebab tadi sebelum masuk rumah ternampak anak ular kecik..

Yelah..harini seharian aku di UPM. Ada kelas & asignment yang perlu dihantar
My hubby pulak keje macam biasa..
So, takde orang yang 'bagi izin ' untuk keluar rumah..
Duduk terkurunglah dia sepanjang hari ni..tak dapat keluar dating lah tu..hehe...

" eh Mocha..ko ingat ni pukul 12 tghari ke? ni 12 tgh malam la... Pg tido .."

buat muka seposen...dan masih taknak tido....

Mocha...Mocha... Kenapalah kau ni.. Tak pernah buat peel rupa gini..

Monday, 5 March 2012

Waterproof zip pouch – Persediaan untuk posing dalam air di Pulau Perhentian

Excited nak main air. Yey...seronok!

Ok. Memandangkan kami amat gila kamera (especially daku & my mischievous sisters itu...).maka kemana sahaja kaki kami melangkah, pasti ada sedozen dua ( ntah berapa G memori SLR aku ni..) gambar yang terabadi dalam hardisk laptop aku.

So, untuk percutian kali ini....kepala asyik memikir. Bagaimana caranya nak mengabadikan gambar kami yang seronok sangat nak masuk air?

Alah....macamana ni? Takkan nak angkut DSLR yang gedabak tu? Siapa pulak yang nak usung kamera kesana kemari? Itu belum tolak tambah risiko kamera ‘terkena air laut’... Yelah...risiko itu perlu difikirkan. Ye tak?

Waterproof casing untuk DSLR memang ada. Tapi...harganya. Tak berapa nak ada. Yelah..kami bukan photographer tegar..nak berbelanja ribuan ringgit semata-mata nak cari waterproof casing untuk DSLR...hmm... Tak berbaloi..

So, semalam..kami keluar cari barang untuk outdoor kali ini... Excited sangat! Pergi survey outdoor gear... Masih teringat zaman muda remaja dahulu – bercamping..trekking..ber backpacking segala.. (STOP !! jangan nak melalut..). We drop by at DEUTER stockist..  Usha punya usha. My hubby kata..dah jumpa benda yang dicari. Nak tahu apa?

Ini dia.....tadaaaaa...
waterproof zip pouch ni brand Hypergear..
Harga : RM50-RM80 (depend pada brand dan kecekapan korang tawar menawar)

Mesti bagi yang tak tahu terpinga-pinga dengan menda alah ni kan? OK....purposely menda ni dibuat daripada soft matte PVC. This is 100% waterproof. Dalam ertikara lain..kalis air..




  • Simpan benda-benda berharga termasuk camera/PDA/telefon/GPS dan lain-lain.
  • Juga sesuai untuk menyimpan barang berharga seperti passport. Wallets dan kunci.
Waterproof zip pouch ni di seal sebanyak 3 layers.. just to ensure. it good enuff to protect menda-menda yang kat dalam ini drpd air...
sebelum berani..nak letak telefon..waima camera cabuk dalam ni..dan campak dalam air. Apa kata kita buat eksperimen sikit. Yelah....kalau lah leaking ke...kat mana-mana bahagian. tak ke naya nanti..
so, rendam lah waterproof zip pouch dalam baldi semalaman. nak tengok ada mana-mana bahagian berlubang tak...

Since, its properly seal...it's float easily. Hmmm..kalau terjatuh ke dalam laut. Insyaallah...menda ni akan terapung. Tapi..kalau berlubang dan masuk air...mesti lah tenggelam. Ye tak?

At the end, eksperimen berjaya !! Yay !!
Dah tak sabar nak applied kat Perhentian nanti....

Online Using Samsung Galaxy SII Wifi

Sudah berbulan guna - baru teringat. Samsung Galaxy SII kan boleh dijadikan wifi...
So, my hubby telah mengodek seketika..
dan aku pon on lah wifi lappy yang tak seberapa ni
Yippe....
Lebih laju dari biasa lah..
Kalah broadband aku yang dah macam kura-kura tu..

" RM2 sejam..."
" Buat apa?"
" Charges perkhidmatan. CyberCafe lah katakan..."
" Ceh ..cedekut !" kataku
" Nape plak kedekut?"
" Oh...service kita sepanjang hayat cuma dibayar sekali. itupun RM25.50... Oh..bukan RM100 kan?"
" RM25.50?...RM 100 ? apa tuh?" soalnya lagi terpinga..
" Eleh..itu pon tak tahu. Ke saja-saja buat tak tahu?" 
" Ye tak tahu....."
" Tak tahu, Find out lah sendiri...." usikku buat dia lagi ternganga. 


Padan muka. Nak berkira ye? Mentang-mentang tepon dia...Hmm...kalau BB aku boleh wifi. tak hingin aku nak ngendeng wifi dia...kui..kui..kui



Sunday, 4 March 2012

Sindrom Stay Up lewat malam...

Memandangkan malam dah ke pagi...
So, tetiba terasa nak share lah apa yang selalu berlaku time kunun-kunun rajin nak stay up mlm ke pagi ni..

sindrom mulut nak mengunyah -

sama kan? sama kan? bila dah larut malam..mula lah terasa nak bancuh nescaffe 3 in 1 lah... nak bukak tin beskut meri lah.. nak kunyah kopok lah.. padahal baru minit pertama nak telek buku kan? dah terasa energy hilang..lemah jek biji mata. nilah masalah utama..bila stay up memalam... dalam tak sedar..yang kunun2 'makan biskut kering aje' dah menjadikan badan kita tak berapa nak kering. 

sindrom lemah lutut nak ke tandas

mana tak lemah. jam dah ke angka dua..perut pulak boleh buat hal. masa nilah dia nak melabur bagai. kalau kat rumah boleh lah jugak.. Ini kat asrama. Dengar-dengar...macam semua dah tido.. Intai-intai dah takde sorang pun lalu lalang. Haiyak...berani ke sorang-sorang nak ke toilet? Masa zaman aku duk hostel dulu..aku memang berani gila.. dari kat jengka sampailah ke shah alam.. buat perangai basuh baju pukul 1 pagi.. alasannya, takde orang ganggu..Yelah..tempat mencuci tu kan limited. kalau waktu siang..punyalah beratur tunggu turn..mengalahkan beli pisang goreng panas pulak!
dan selalunya..selepas habis sem..baru aku dengar cerita-cerita seriau kat block aku.. masa tu baru rasa seram. padahal selama ni rileks je duk lalu lalang 'tempat tu' ..

sindrom berFB bagai - 

nilah orang kata kebaikan teknologi dah jadi ancaman buat kita. bila online je..laju nak selak FB.. Lepas tu mulalah upload gambo..lepas tu mulalah comment sikit-sikit kat page orang.. lepas tu jadi ahli mesyuarat tingkap..lepas tu.. Ehh..dah pagi.. Keje tak siap lagi 

sindrom download drama korea -

hah..nipun jadi ancaman pada aku.. kunun nak jengah-jengah je. terus termelekap. bukak website itu...website ini.. apa lagi download drama lah. dan..dan sampai ke sudah hard disk penuh dengan menda cerita yang entah apa-apa. sabo jelah...




Friday, 2 March 2012

Nak cuti sangat? Ambik kau!

Heheheeeee...
senyum segaris sampai ke hujung pipi mendekati telinga. Punyalah lebar...
senyum ada beribu makna..


senyum simpul tanda hati malu-malu
senyum sinis tanda hati tak berkenan
senyum meleret tanda hati tak mahu
senyum manis tanda hati suka


yang ni pulak senyum ape?


9, 10, 11 Mac - Pulau Perhentian ini senyum suka. yelah..ingatkan nak escape segala..
15 & 16 Mac - Cameron Highland ini senyum lebar...tak planning..tapi tiba-tiba aje..
29 & 30 Mac - Pulau Langkawi ..again!.. senyum terleret. Yang ni terpaksa ikut budak undergraduate pi site. Ape lagi? Tugas...tugas..dan tugas lah..


yang tak berapa nak senyum tu. sebab semuanya bulan  Mac. Hai...berlumba-lumba lah pulak nak kena outing.. 


bila dah jadi macam ni..kerja pun kena laju-laju. siapkan cepat-cepat...