Tuesday, 10 April 2012

Edisi camping di Langkawi

Believe me,
I am recreationista, am not fashionista !

28 Mac 2012 - 3 April 2012, kami telah 'diarahkan' dalam bahasa yang mudah (agak keterpaksaan) mengikuti budak undergraduates bercamping di Pantai Tengah, dekat-dekat dengan Pantai Cenang, Langkawi. 

Kami bertolak seawal jam 11 malam (Rabu ) dari UPM - dan sampai di Jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 630pagi. Disebabkan aku ni, pengunjung setia Langkawi, so...aku kira di lantik sebagai tourist guide tak bertauliah oleh DrW. So, sbg penasihat..aku kenalah bagi panduan kat budak2 ni mana nak beli tiket, tempat nak shopping murah-murah, persediaan menghadapi kastam, cara packing barang dan mcm2... Ceh...poyos..

kami dapat feri paling awal sekali..pukul 7am. So, ape lagi...kalut gila nak punggah barang yang dah macam isi kargo masuk dalam feri. Pilot feri dah buat muka ketat...15 minit bagi pon tak siap punggah lagi. Mana tak bnyak.. Mau kanopi, katil, periuk kuali semua depa duk angkut. Mak ai....camping ke ape ni??

45 minit dalam feri...tak sempat aku nak sambung tido..bdk2 duk excited bagai. First time gi Langkawi..aku plak ngan kak Arni..dah malas nak bergambar. Maklumlah...dah kali ke berapa kami mai
Lokasi camping - Pantai Tengah, Langkawi...sila cari..

sesi memasang khemah dan mengemas barang-barang

aku tunjuk skills memasang khemah...haha....

prepare bahan masakan.... Hehe...dah bukan keje kami ye? ni keje...para adik-adik sekalian..

dah siap naik semua khemah...ape lagi, kami berpusu-pusu ke pantai. dalam 100 meter dari tapak khemah.. So, ape lg..diorg hula-hula la

klik klik klik

aku pon nak came-wore jugak.. ahaks

petang-petang seronok - malam tu kami takde sebarang aktiviti. Hanya ada sesi briefing ringkas. sebab masing-masing kepenatan seharian memunggah barang... Khemah aku n kak Arni bersaiz paling besar. Untuk 4 men..tp yang bestnya, kami berdua je dalam khemah tu. Kira..spacious lah. Nak letak beg & barang yang agak banyak.  tengah sedap-seap layan mata...tetiba aku terjaga. Bunyi dentuman guruh kat langit dan kilat semakin menjadi-jadi. deru angin makin kuat... Burrr....hujan turut dengan begitu lebat. 

tetiba rasa tempias mengena muka - alamak! khemah ni macam bocor je. Kak Arni dah sedikit kalut..first time dia gi camping... Tetiba rasa air semakin laju di lantai khemah... Alamak!!  Aku cepat-cepat keluar dari Khemah...check khemah kosong kat sebelah. Kering lah... Khemah kami je yang basah. Pantas, aku arahkan kak Arni sambar semua barang...angkut pindah khemah sebelah... Sepantas kilat

Basah kuyup aku...khemah kecik tu..kami tarik ke bawah kanopi utama.. Kurang-kurang dapat elak hujan yang semakin lebat mencurah..

khemah kami yang tengah-tengah..poyo paling gah dan besar...tapi, hampeh...bocor

bayangkan pukul 2 pagi, masing-masing menunggu bawah kanopi kesejukan..khemah dah masuk air..banjir.. Ada satu kemah siswi relaks je kat bawah..sorang pon tak keluar.. Ceh...bagus betol kemah diorang

experience tu memang tak boleh nak dijangka..yelah..siang panas kemain.. Malam hujan lebat mencurah-curah. So, solusi kami.. sebelum tidur, pastikan beg & barang2 dah siap simpan dlm plastik sampah kaler hitam tu... 

nasib baik ada satu khemah kosong yang bagus kondisi nya..kalau tak..mau masing-masing tido mencangkung. Macam 2 orang staff fakulti tu...rela tidur mencangkung ke pagi katanya. Sebab malas nak memunggah barang. Boleh macam tu?

laporan hari seterusnya lain gambar jelah...malas ah nak tulis...hahaha..
van antik yang banyak berjasa kpd kami sepanjang trip di Langkawi..cayalah..15 tahun masih kukuh. ada bran?
berkunjung ke rumah uncle Dr.
all solid woods without nails...pergghh..terkesima jab
minggu yang sudah Tun Mahathir datang sini..+  20 billionaires seluruh dunia

borak borak sambil minum petang
dari kiri Dr., Ibrahim (Nigeria), aku, Amin (Nigeria), Kak Arni, Haslam (India) plus Parisa (Iran) - tulah classmates aku

Parisa teruja gila dengan rumah ni..terus nak ajak bakal hubby pindah duk Malaysia..hehe..

singgah kat rumah adik Dr di Pantai Cenang..wahh...yang nipon rumah unik..penuh dengan art..

sabtu pagi, we all ada lite discussions dengan local operators di Kilim Geopark..

sabtu petang...layan ombak kat Pantai Tengah..mandi nye je tak.. malas nak memberatkan beg dengan baju basah nanti

ahad pagi - MORNING WALK - bersama Eersyad Mubarak.. nature guide/residence di The Datai Langkawi... nasib baik free of charge..kalau tak, tak termampu sorang2 nak membayar dia yang selalu entertain VVIP u...
fiza, aku & parisa yang ala-ala kuhsyuk mendengar..padahal..banyak tak paham dari tahu... Accent dia dah tak macam orang Malaysia..serious, aku respect dengan ilmu yang dia ada..

lepas morning walk..terus gi island hopping tengahari buta...





Isnin pagi, kemas-kemas semua benda...shopping kat Pekan Kuah..naik feri pukul 230pm.. Sampai lebih kurang 330pm di Jeti Kuala Perlis. Punggah lagi barang masuk dalam mini bas yang dah sesak!
terus balik UPM

FINISH!










Monday, 9 April 2012

Tips berkhemah dalam hujan

Camping in the rain!

Macam best je kan? nampak sungguh menyeronokkan ye adik-adik... No No No...bermain hujan itu tidak seindah mana. Ada kilat yang sambar menyambar di luar sana yang boleh mendatangkan malapetaka. So, sebelum terkena...mari kita berjaga-jaga

tips ni peringatan buat aku  jugak..sebab terlupa dan terlalai dengan cuaca. 
Kusangkakan panas sampai ke petang, membawa ke malam... Rupa-rupanya guruh sabung menyabung di malam buta

1. Perhatikan perubahan cuaca persekitaran korang
contohnya, jika beberapa hari yang lalu..hujan mulai turun...walaupon kadang-kadang dan jarang-jarang. namun kemungkinan untuk hujan turun lagi pasti ada. 

2. Bawak beg plastik banyak-banyak
Malaysia masih menggunakan plastic beg dalam urusan jual beli seharian kita. biasanya plastik beg yang masih elok ni aku simpan kat satu tempat untuk digunapakai semula.  So, lipat elok-elok..kemas-kemas..selit dalam backpack korang.

lagi satu..orang yang suka bercamping ni akan bawak plastik sampah siap-siap.. Yang kaler hitam tu.. Selain untuk buang sampah dan memuatkan baju basah/kotor korang.. Plastik sampah ni jugak boleh diguna untuk cover backpack korang. Caranya..sumabt je backpack korang dalam plastik sampah. Pastu ikat rapi-rapi.. 

3. Old newspaper boleh digunapakai
boleh digunakan sebagai bahan api...in case, kayu api korang semua dah basah.. Gulungkan surat khabar lama..dan sumbat dalam sepatu lembab/basah.. Percayalah...ia akan mepercepatkan proces pengeringan. Suratkhabar akan menyerap kelembapan

4. perhatikan perubahan bentuk muka bumi
macam batu-batuan dan tebing yang berdekatan. Hujan yang berterusan boleh mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh. So, berjaga-jaga !

5. Kilat/petir merbahaya
Kilat yang sabung menyabung amat menakutkan.. Berhati-hati dengan pokok yang berdekatan. Khemah seharusnya tidak  diletakkan di bawah dahan pokok yang kurang selamat. dikhuatiri, petir yang menyambar pokok akan menyebabkan pokok tumbang dan megenai khemah

6. Lembab dan leceh
memang kita tak berapa suka bila camping dalam cuaca lembap. kemungkinan khemah, sleeping bag, kasut, baju akan basah. dan ini mendatangkan ketidakselesaan. Jika cuaca tidak hujan pada siang hari. biarkan barang-barang lembab di luar khemah..anginkan ia untuk mengelakkan bau yang kurang senang 


* yang penting.,.jangan banyak mengeluh.. bila kita telah bersedia untuk melakukan outdoor recreation seperti cmaping, trekking, hiking begini..kita seharusnya telah menjangkakan kemungkinan yang bakal tiba. Kita perlu belajar untuk menerima kekurangan dan tidak mengharapkan keselesaan... So, no complaint ! 

makan asal isi perut 
tidur biar boleh lelap
duduk tak minta selesa

SENARAI PEMENANG ABPBH 2011

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz AF
Penyanyi Wanita Popular
Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular
Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Artis Baru Lelaki Popular
Johan As’ari
Artis Baru Wanita Popular
Tasha Shila
Artis Komedi Lelaki Popular
Johan RL
Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Artis Duo/berkumpulan Popular
Jac Victor, Ning Baizura, Shila Amzah
Pengacara TV Lelaki Popular
Zizan Razak RL
Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Pengacara Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail
Pengacara Radio Wanita Popular
Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Datuk Sheila Majid
Anugerah Seri Perak
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
Bintang Paling Popular Berita Harian 2011
Aaron Aziz

Friday, 30 March 2012

STICKY POST : BKKC nak bagi ole-ole

< BKKC nak bagi ole-ole >

Yey!

Sepanjang BKKC pergi ber'camping' ni nak tinggalkan belog dengan Giveaway
Perhentian Island
Malacca
Cameron Highlands
Langkawi Islands

Tunggu !

Thursday, 29 March 2012

Makanan Merangsang Metabolisme

1. 5 cawan teh hijau sehari - merangsang metabolisme dan membakar 200 kalori sehari

2. Amalkan susu soya, tahu dan kacang soya dalam pemakanan seharian. ia mengandungi estrogen yang mampu menyeimbangkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan rasa lapar

3. Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang boleh menimbulkan rasa lapar

4. Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan, tuna, salmon, kekacang dan ayam untuk makan tengahari, daging merah tipis atau produk berasaskan soya bagi makan malam

5. Amalkan makan kekacang antara makan tengahari dan minum petang. badam boleh merangsang kalsium yag diperlukan untuk pembentukan tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang cantik selain bantu mengawal berat badan

6. tukar diet bebas lemak dan karbohitrat kepada diet sihat yang seimbang dengan mengawal peratusan makanan yang diambil

Adab bercuti menurut Islam

Wah !! Bercuti sakan ye makcik gayah ni ?

Bercuti-bercuti jugak...tapi, jangan sampai ter'lagha'
seeloknya adab seorang Muslim harus kita pelihara. 
Ok, disini ada beberapa panduan yang  aku rasa boleh kita kongsi bersama. 


1. Tentukan destinasi
elakkan dari tempat-tempat maksiat kerana ia boleh merosakkan jiwa, terutama kanak-kanak. Pergi berhibur itu tidak salah..tetapi harus diingat, ada batasan yang perlu dijaga


2. Pilih lokasi percutian ikut kemampuan
jauhkan diri dari pembaziran. pilih tempat percutian mengikut bajet dan ekonomi masingp-masing. Jangan mudah terpengaruh dan terikut-ikut gaya kawan-kawan yang lebih mampu dari kita


3. Solat jangan diabaikan
yang membezakan seoran Muslim dengan manusia yang lain adalah solatnya. Solat jamak dan qasar juga boleh dilakukakan mengikut keadaan dan syarat yang telah ditetapkan.


4. Jaga makan minum, pastikan ia bersih dan halal
makan minum perlu diberi keutamaan, kerana ia akan menjadi darah daging kita. seterusnya memberi kesan kepada doa dan ibadah kita sehari-hari. Bila ingin bercuti ke luar negara misalnya, lakukanlah persediaan awal dengan membuat sedikit penyelidikan berkenaan restoren dan tempat makanan halal yang ingin kita tuju. 


5. Amalkan doa musafir dan ikuti panduan Rasulullah
Rasulullah jika bermusafir di tempat tinggi dan berbukit akan menyebut ' Allahuakbar'. Perjalanan menuruni bukit pula beliau akan menyebut ' Subhanallah'. Baginda juga akan membawa dia apabila tiba di satu-satu tempat. Bila balik dari musafir, bainda tidak akan balik pada waktu malam secara mengejut. baginda akan pergi ke masjid, bersolat dan duduk sebentar menunggu hari siang baru pulang ke rumah. 


6. Dalam kenderaan, pasanglah CD yang berfaedah
sebagai manusai kita tidak menjangka takdir yang bakal menimpa. Bahaya datang tanpa dipinta, ajal hadir tnpa mengikut waktu, sebagai umat Islam kita harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan


7. Bawa balik buah tangan
kepada jiran terdekat dan saudara mara. pemberian, walaupun sedikit dan urah adalah tanda penghargaan dan ingatan kepada orang yang baik dengan kita

Wednesday, 28 March 2012

Tips pemilihan beg percutiaan

Jika percutian itu sehari dua, satu beg sahaja sudah mencukupi. Bagaimana denga percutian yang berhari-hari lamanya. Ada yang menjangkau sehingga seminggu dua? pasti beg yang akan dibawa akan lebih dari satu. Mungkin dua, mungkin tiga, empat, lima.....??
Membawa bagasi yang terlalu banyak tika percutian pasti mendatangkan sedikit kesukaran kepada kita. penjagaan, keselamatan beg lah..itu ini.. Oleh itu, disini ada sedikit panduan bagi mereka yang merancang untuk melancong lama, tetapi ingin membawa bagasi seminimum mungkin...


1. Kongsi barang
pabila melancong secara berkumpulan, korang mungkin boleh berkongsi barang-barang asa seperti toiletries ; sabun, syampoo, ubat gigi dll. ataupon jika selesa, boleh menggunakan barang mandian yang disediakan oleh pihak hotel,


2. Susun rapi pakaian
lipat dan susun barang dengan rapi dan kemas. susunan mampu memuatkan semua barang dengan sempurna. Jangan main bantai sumbat ye?


3. Bawa pakaian senang kering
bawa baju lebih tidak sepatutnya di praktikkan sewaktu melancong. bukan apa...baju yang telah digunakan ini akan menambah beban kepada kita ketika pulang nanti.. So, pilih baju yang boleh kita basuh dengan mudah dan cepat kering. Kalau pergi ke tempat yang perlu melakukan rekreasi air, pakaian mudah kering adalah menjadi keutamaan. Ini untuk mengelakkan beban yang lebih berat ketika pulang nanti


4.  Pilih beg yang sesuai
beg yang dibawa perlu mengikut kesesuaian tempat yang ingin dituju. Backpack adalah bagi percutian yang santai dan simple. Beg beroda sesuai untuk tempat penginapan yang selesa dan praktikal. ini mengelakkan kita dari mengusung beg beroda yang berat dan besar kesana kemari.


5. beg khas untuk dokumen penting
important ! pasport, wallet, handphone...dll perlu disimpan dalam beg yang fleksibel dan selamat. biasanya, kita tidak akan meletakkan beg penting ini bersama-sama dengan bagasi pakaian kita..




NUR/ Dis 2010



Seminggu menghilang


Mulai esok malam.. 28/3/2012 - 2/4/2012 tuan punya belog ini akan menghilang...

Jeng Jeng Jeng
Tuan punya belog bersama budak undergraduates dan classmate akan bercamping di Langkawi selama seminggu

Tata belog

imbas kembali ..
" aku orang outdoor yang dah nak dekat pencen.."


camping di Kuala Merong, Taman Negara Endau Rompin Johor

Camping di Teluk Bahang, Pulau Pinang & Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Endau Rompin Selai
Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Lenggong, Perak
Kuala Gula Bird Sanctuaries - Mangrove Planting


* actually banyak lagi experience kami redah hutan tebal....dari National Park ke protected areas..ke wildlife conservation... terlalu indah utk dikenang. disimpan kukuh dalam memori

Tuesday, 27 March 2012

Rumah Mawi pulak kena rompak

Masyaallah
Nauzubillah
Macam-macam kes sekarang ni kan?
Manusia dah hilang pertimbangan..
Nafsu dah menguasi akal dan fikiran
Kederat dah taknak digunakan
Hidup senang dengan jalan paling mudah dan sia-sia

Ya Allah, jauhkan lah kami semua dari malapetaka itu...

kediaman Mawi telah dirompak awal pagi tadi (kira semalam lah...26/3/2012) di Bandar Baru Bangi..

Mawi, Ikin dan ibu mertuanya telah diikat oleh sang perompak durjana.. # nasib baiklah tidak diapa-apakan si 'kecik yang baru lahir itu..'

ikin diugut dengan menggunakan parang yang diletak di lehernya..* nauzubillah..nasib baik ikin tak tercedera...

mereka sekeluarga ternyata masih trauma...


terus teringat pada emak dan abah di kampung - beberapa bulan yang lalu musim orang merompak. siap acu senjata pada tuan rumah. ada pakcik yang cedera ditetak di badan dan kepala kerana mempertahankan diri.
rumah kami juga pernah dimasuki pencuri...tetapi pencuri hanya sempat melarikan telepon buruk adik bongsuku kerana mak tersedar ketika si pencuri sedang keluar masuk bilik...lalu mak terus menjerit sekuat hati...


* nak bawak mak balik rumah kami bila abah pergi Umrah bulan empat nanti.. risau nak tinggalkan mak berdua dengan adik perempuan kat rumah di kampung

salah ke beli pregnancy test?

Pregnancy test?
Sape Pregnant? Sape? Sape?
ala ala cik joyah kepoh yang sebok hal luar dalam kain orang lain..
Bukan saya Ok.... 
Makcik ni belum ada rezki nak timang cahaya mata (doakan ye? biaq kami cepat-cepat dapat baby..hehe)


Tadi terbaca kat FB member,
terus berdesup type kat google...
Hmm..masih Hot lagi,...baru keluar dari oven
berita sensasi katanya


Sensasi sangat ke bila seorang lelaki bergelar suami pergi ke farmasi untuk membeli pregnancy test?
Tak sensasi sebenarnya jika si lelaki yang bergelar 'suami' itu adalah 'suami' kpd manusia macam aku..
Tapi jadi tumpuan & perhatian ramai bila si lelaki yang baru bergelar 'suami' untuk kali kedua itu adalah 'suami' kepada seorang retis yang vavavoom..meletops...glamer...seantero Malaya #


korang tahu ke sape yang diorang duk borakkan kat forum tu?






# ada kajian menunjukkan, cuaca boleh membantu pasangan untuk mendapatkan anak. sebab tu..ada orang kata..nak dapat anak. pergi lah tempat sejuk-sejuk.. Macam Switzerland tu... Ooppsss..