Monday, 23 April 2012

Sibuk buat diri lebih semangat

Assalamualaikum semua...

Hari ini hari Isnin yang penuh semangat 
sebabnya?
hari ini D ada kelas dari pagi sampai ke petang..

Erkk...?? apa pulak yang semangatnya bila ada class?
Bukan kalau takde class lagi best ke? boleh duk melepak layan drama korea dari pagi sampai ke malam ke..??
Hehe..
NO NO NO
bagi aku lebih baik ada kelas, lebih baik aku sebuk kesana kemari, lebih baik jadual aku packed.
Kalau tak..asyik bermalasan aje kerjanya..

Sibuk akan menjadikan aku produktif & tak membuang masa

Yelah..kalau banyak sangat masa lapang
kita akan suka bertangguh kerja
sengaja buat thesis lambat-lambat
lepas tu malas nak perah otak nak fikir itu ini
Sebab kita akan bagi alasan pada diri kita
Alah..banyak lagi masa.. Buat apa nak rushing? buat pelan-pelan sudah...

akibatnya,
keje sikit pun tak siap-siap
dalam tak sedar masa terbazir macam tu aje....
kalaulah masa yang terluang tu digunakan buat benda lain yang lebih berfaedah.
kan lebih bagus?



p/s     tuan punya belog mengingatkan diri untuk tidak buat kerja last minute dan asyik melayan koreaaaaa je

p/s/s   teka-teki dah tutup hari ni. nak check siapa yang layak dapat 'habuan'  yang tak seberapa nanti.    

         Tunggu...

Sunday, 22 April 2012

Teka untuk dapat hadiah !

Memandangkan ketidak sempatan aku nak buat give away sedangkan hadiah sudah aku siapkan satu persatu
So, aku terasa rendah hati ingin memberi seikhlas hati
Sedikit tanda hati

Itu pun kalau ada lah yang sudi nak meneka

SOALAN 1. Apa ini?

SOALAN 2. Dimana ? 
[ boleh nyatakan lokasi, negeri, atau apa saja ikut suka hati... ]



HADIAH akan diberi berdasarkan sedikit ketepatan korang meneka..
dan kalau lebih  dari seorang yang memberi jawapan betul, tepat lagi padat...
penentuan  akan diadili secara random


TARIKH TUTUP : 22 / 4/ 2012 jam 12oo mlm

HADIAH nya adalah RAHSIA..


CARANYA? : comment je kat entri ni.. Tak susah kan?




* hint : tak jauh dari kampung halaman aku....

Wednesday, 18 April 2012

LOVE RAIN

love rain !
i love
not rain, the artist..
but rain, the hujan..


"romantiknya, jatuh cinta dalam hujan..."

tertengok cerita ni kat KBS
baru episod 1
aku start fall in love..


lakonan yooNA, dan Jang Geun Suk!



Synopsis
“Love Rain” depicts a 1970′s pure love and a love from the present day at the same time. It shows how the offsprings of a previous ill-fated couple, who met in the 1970s, managed to meet and fall in love.
Seo In Ha (Jang Geun Suk) and Kim Yoon Hee (Yoona), a art student and a shy beauty, met and fell in love with each other during college in the 1970s but unfortunately their love was fated to never be.
Now in the present 21st century, Seo In Ha’s son, Seo Joon (Jang Geun Suk) (a liberal photographer) meets and falls in with Kim Yoon Hee’s daughter, Kim Ha Na (Yoona), a cheerful and energetic girl who’s personality is different from her mother’s.
Will their love for each other keep them together or will they have to face the same fate as their parents? (Source)









* selamat menonton & tersenyum panjang macam  aku...

Tuesday, 17 April 2012

Coklat wajib bila ke Langkawi

Bila ke Langkawi, coklat berdua ni wajib aku rembat:
1) Ritters Sport

Satu, kegemaran my hubby chubby. Masa kami ke Langkawi awal bulan 2 yang lepas..my hubby borong setiap flavors. Sabor jelah kan? Dah muk..muk pon nak makan cekelat lagi? hehe....gurau manje yek darling ai

Ritters Sport menjadi pujaan hatinya

So, masa aku ke Langkawi dua minggu lepas, berkali-kali hubby pesan suruh aku beli coklat Ritters Sport Raisins and Hazelnut ni bebanyak. Tapi..entah kenapa, memandangkan sound aku tak berapa OK, dan kekalutan nak cepat-cepat berbelanja..aku hanya ambil Raisins&Hazelnut ni satu bar je.. Yang enam bar lagi, aku amik Strawberry Yogurt, Almond, Biscuits....dan lain-lain. 

Siap dia buat muka tak puas hati..." orang kata Hazelnuts yang banyak-banyak tu yang...."

2) Coklat DAIM
yang ni macam specialty je kan? special request dari ramai manusia luar Langkawi.. Masa mula-mula dengar nama coklat ni, alahai...teringat nama Tansri Daim tu kan? Beria-ia aku ingat ini local brand chocolate... Padahal..coklat Daim ni teramatlah glamer kat obersea.. * kata lecturer aku yang pernah study kat UK..

                                             
Macamlah coklat Daim ni tak jumpa kat luar Langkawi kan? ada..tapi harganya..mahal sikit daripada harga kat Langkawi. Alah..alang-alang dah pi Langkawi, tak memborong coklat. Pasti tak sah kan?

Monday, 16 April 2012

PAKEJ MINUMAN KURUSKAN BADAN DI RAMPAS !

Ceh!
Aku tak terkejut...dah banyak kali kes sama macam ni terjadi
Produk kena rampas!
Declare makanan supplement kesihatan..
Declare takde bahan sampingan..
Declare natural... bla...bla...bla...


Oh pelease....
bila kes dah masuk akhbar
bila wartawan dah mula bertanya
mulalah kata ada isu sabotaj
mulalah bagi alasan salah pembekal bahan..


itu..ini....beria-ia menafikan
padahal produk dah bertan-tan masuk kat perut pengguna
so, itu nak bagi jawapan macamana?


So, girls outside there...
Please lah..ada rasa sangsi sikit
perbetulkan persepsi korang
cepat tak semestinya baik


nak kurus tak semudah nak teguk air tanpa makan nasi
nak kurus tak perlu hanya bergantung pada 'benda' tu aje..


please....






p/s : aku bercakap bersandarkan experience aku...


p/s/s :benar, bila terdesak dan hendak sangat jadi cantik.. kita sanggup berhabis. Ingat, yang habis bukan sahaja duit. tapi...body dan isi body korang semua.. Nanti masa muda jek selim melim bergaya.. Dah tua sakit-sakit. Sape yang susah?

Saturday, 14 April 2012

Bercuti di Cameron Highlands 1

Memandangkan harini aku selesema
dan kepala toink-toink
tak boleh nak pikir ape patut aku tulis kat entri ni
so, aku nak buat sedikit catitan percutian mini ke Cameron Highlands

Jadual merayap aku untuk BULAN MAC & APRIL 2012
8, 9 10 Mac - aku ke perhentian dengan my hubby dengan dua orang adik (teha&dayah)
15, 16 Mac - aku ke Cameron Highlands dengan hubby,mak abah, adik lelaki yang baru kahwin & teha
28 Mac- 3 April - aku ke Langkawi
10 - 13 April  - aku balik kampung di Johor

Kami gerak pada pagi 15 mac, seramai 7 orang..menaiki dua buah kereta. adik aku Nuzli dah siap-siap booked bilik di Desa Anthurium, Apartment. Rm250 untuk satu malam

Apartment ni terleltak di lokasi paling strategik
di antara Tanah Rata dan Brinchang
Apartment yang sesuai untuk memuatkan seisi keluarga
bagi aku, ia sangat selesa
3 bilik yang luas
turut disediakan tilam tambahan sebanyak 3 biji
so, aku bagi..bukan setakat 7 orang ko boleh sumbat
berbelas orang pun mampu ok?
dengan ruang tamu yang luas lagi...

duduk di balkoni sambil hirup udara sejuk cameron sambil isap rokok
haha....itu kat abah aku lah...

pemandangan sekitar..



to be continued



Tuan dan kucing sama-sama selesema

Empat hari sudah aku di kampung
abah dah selamat pi umrah..
harap-harap semua OK
sehari dua sebelum bertolak
abah demam pulak...


balik-balik sini
tekak rasa perit sekali
hidung dah mula tersekat
mata dah rasa panas
erkk...petanda tak berapa nak baik
aku selesema..


sampai kat rumah
Mocha napaknya semakin OK
mata dah kurang berair
selesema nampaknya masih ada
hee...kucing bersin-bersin comey..
Pernah dengar?


hehe..
sekarang
kami berdua sama tak sehat
hehe...sama-sama selesema
sama-sama bersin..


mocha yang tidur pun nak berbantal....

Wednesday, 11 April 2012

Buat penggemar kucing sepertiku

uwarghh....i woke up , mommy

let's go darling...we should run away

mommy, i wanna milk

soo sleepy..cant watching the Voice..

oh mak kau!


Kucing katak

hehe..tetibe post begini,
bukan ape..teringat kucingku bernama Mocha yang sedang sakit mata
kesian Mocha..

Tuesday, 10 April 2012

Ubat kucing selesema dan sakit mata

dua hari lepas
kami perasan
sebelah mata Mocha asyik berair
so, my hubby chubby taruk eye mo..

pagi tadi
bila belek-belek Mocha
terperasan kedua2 belah mata dia dah sepet
siap berair lagi
erkk...
Mocha sakit mata lah..

kata hubby
malam sebelumnya dia dah asyik bersin
selesema gamaknya

so, tadi
ambil ubat kat Klinik Veteriner
hehe..dah macam ubat manusia pulak kan?
Harga : RM10

Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Port Klang


* seksa nak bagi kucing makan pil selesema...mau diterajam diterkamnya kami..
lepas bagi makan ubat..mocha terus tido dengan lenanya.

Aduhai..kesiannya nak tinggalkan beliau beberapa hari
petang nanti kami nak balik ke kampung di Johor..walau ada adik ipar tengok2an dia..
tp hati masih risau..takut sakit mata dia tak baik-baik...