Sunday, 15 January 2012

Masalah jeragat atau pigmentasi


Got lots of stress lately
and this one, added up tones of tense (sangatlah tonnes kan? Poyo)

huhu
jeragat? pigmentasi? bintik-bintik hitam?
which one is best describe my condition rite now?

or i'll say it as bintik-bintik hitam ala polka dot comel yang tumbuh merata-rata di atas permukaan kulit
hurmm
kalau jerawat, dah boleh ai picit-picit..sampai keluar segala isi  putih macam nasik tu... (jangan tiru aksi ini..merbahaya ya..)
ni menda yang even dengan kulit....nak korek-korek, gores kasik hilang....susah ma..

jeragat ni macam ape? lebih kurang macam ni lah dik non ye...
ala...sengaja amik pics closed up.. nak tunjuk rupa sendiri tak berapa nak close

kehadiran jeragat, pigmentasi ini umpama mimpi ngeri buat wanita2 yg menjaga kecantikan wajah seperti i.. (sila muntahkan balik ye nasi minyak yang dah makan tadi kat majlis orang kawen..)

dek kerana kekuatiran yang ada - maka merajinkan diri mencari sedikit info berkenaan jeragat, pigmentasi, bintik-bintik hitam, polka dots (ape2 sajelah labu...)


apa itu jeragat atau pigmentasi ? 
tompok2 hitam yang disebabkan penghasilan melanin pada kulit. ia biasanya berwarna coklat muda, tua dan sedikit hitam. (tak seperti tahi lalat ye...??) Dengan mudah terdapat pada pipi, dagu, dahi.. 





Punca-punca jeragat atau pigmentasi?
salah satunya disebabkan terdedah kepada cahaya UV (yakni yang terdapat dalam cahaya matahari) - seperti yang kita sedia maklum...negara kita ni panas terik. Maka nisbah wanita yang terdedah kepada masalah jeragat adalah tinggi jika nak dibandingkan negara-negara lebih sejuk yang lain...
ada orang kata, ia bolejh jugak disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan kita. yang ini ada fakta bercanggah sikit - ada kata makan pil perancang boleh menjadi punca masalah jeragat..dan ada pulak kata, pregnant boleh menyebabkan kita menghadapi masalah pigmentasi - yang ni...silalah fikir betul-betul ye? takut tersalah fakta pulak...
penggunaan kosmetik yang tidak bersesuaian - mengikut pengalaman ai...tak kiralah kosmetik bermutu tinggi ke..bermutu rendah ke..ia boleh menyebabkan pigmentasi. (yang ni mesti ada kaitan jenis bahan yang digunakan...)
kurang rehat, tak cukup tidur jugak dikatakan boleh menyebabkan jeragat. ( mungkinlah kot...) 
keturunan - (ai.....boleh diwarisi dari generasi ke generasi ke?) nampak gaya aku dan adik2 aku mempunyai potensi amat besar utk mewarisi jeragat emak - huhu..
Cara untuk merawat/mengatasi masalah jeragat atau pigmentasi?
rawatan biasanya dikaitkan dengan penggunaan kosmetik - hah..yang ni..memang banyak sangat produk kecantikan di pasaran. Cuma, pandailah selidik dan pilih sebelum menggunakannya
rawatan laser - dengar macam extreme kan? tapi rawatan laser kosmetik ni tak sedahsyat namanya. (Sebab den pernah buat laser)... bila kita dah terdesak...dah banyak cara kita gunapakai - dah banyak kaedah kita try... Kita akan sapu je bila orang kata yang ini berkesan. yang itu OK....
yang paling menarik, aku rasa adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sehat. Orang kata beta carotine baik untuk kulit. Vitamin A (yang aku tahu vit A baik untuk mata..) beta karotine banyak terdapat dalam sayuran berwarna oren, kuning dan hijau... (rasanya hampir kesemua sayur ni..)




Saturday, 14 January 2012

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2012

Yes, Lee Chong Wei Menang !

Berhempas pulas menewaskan Cheng Long !

Sesak nafas, seram sejuk bila.....

sesak nafas, seram sejuk...
debar bukan main..
rasa nak pengsan pon ada..


pernahkah anda mengalami situasi ini?
bila?
dimana?




satu
bila tengok perlawanan badminton yang melibatkan Lee Chong Wei dan memana regu dari China..
tak kira lah Lin Dan ke... Chen Long ke... Ah Fat ke... Lau Suk ke.. (hahaha...)
sesak je rasa dada ni..
lagi-lagi bila saling eko mengekor..
servis bertukar tangan..
kejab dia 12... kejab yang lagi satu tambah mata jadi 11..
kekadang dia ketinggalan dibelakang..
kekadang bersaing point..
adussss...
sesak nafas ni...

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2012


Lee Chong Wei vs Chen Long

Thursday, 12 January 2012

3 Blog Tudung Untuk Cuci Mata



Web Tudung Online Yang Paling Menarik Mata



SEBAB:
1. Model yang menggayakan tudung ni cantik orangnya - sedap mata memandang. Putih melepak.
tulah....nak promote barang kena tunjuk pengenalan yang bagus. orang kata.."jatuh cinta pandang pertama.."
kalau yang gayakan tudung tu cantik, confirm kita sendiri akan tertarik
dan selalu berangan-angan kalau kita pakai tudung tu kita akan jadi secantik model tersebut (perasan ok?)
Padahal....rupaku rupamu jauh bezanya bagai langit dan bumi...

2. susun atur website ni (betul ke term ni?) sangat mudah. Orang kata simple and practical. Senang nak selak-selak tudung yang ada dalam collection. Guidelines untuk jadi pembeli online pun mudah untuk difahami - step by step - Yelah..ada sesetengah online biz tu sedikit caca marba. 

3. penghantaran puas hati. cepat seperti yang dijanjikan. Bagi tudung yang ber' owning tu..mereka akan post di dalam kotak (cantik tu...tapi selalunya dah kemek bila sampai kat penerima - mungkin berlaku campak mencampak semasa proses penghantaran)

4. kualiti - den puas hati. Even, warna dia berbeza dari dalam web ni... Owning dia tak patah. Kalau terhimpit kat mana-mana boleh iron dan rapikan semula.. Takdelah kemek-kemek macam apam balik..

5. goreng pisang panas. Laku...sangat. Kalau dia  keluarkan produk baru ... jangan tunggu lama-lama. Kekadang tak sampai petang pun  tudung dah sold out. Ye.. Pernah lah sekali tu aku terlupa nak respond pada order confirmation. Tup..tup...tudung tu dah ada orang lain beli. Nasib baik ada tudung lain yang lebih kurang sama...

Sugarscarf :: Malaysia Online Hijab Store


secara jujur belum pernah lagi beli mana-mana tudung dalam website ni. selalunya kita akan usha-usha je. Yelah..macam web kat atas. Selalu sangat nampak tanda not available pada tudung yang di iklankan.

Website ni very minimal - simple sangat. Bukak-bukak je terus ada form order..hehee...

Macam JS, model yang menggayakan tudung nipun qute miut. 


Tudung, Cotton, Chiffon and Jacquard : Exclusive at Asterisk Boutique, Malaysia

Hah, ni lagi satu website tudung. berbeza dengan dua website di atas.  asteriskboutique ni adalah pemborong tudung di Selangor. Tudung dijual secara borong pada harga yang berpatutan. Tapi, kalau berminat nak beli sikit pon boleh.

Tak seperti web lain - tudung disini hanya digayakan oleh patung-patung Pan Asia..hehe..yang jugak tak kurang comelnya..



Wednesday, 11 January 2012

Berebut TV

Hai...kisah berebut TV ni rupa-rupanya tak pernah habis...
dari kecik berebut dengan adik beradik yang lain...
kita nak tengok cerita hongkong TVB, diorang nak tengok kartun
bila dah besar sikit..
kita dah mula layan Japanese drama di TV suria (dulu tv12 singapore)
mak nak tengok derama-derama Melayu yang berjuraian air mata tu..
bila dah masuk U, kita nak marathon cerita korea,
mak dah bising suruh tutup TV, dia kata nanti meletup..
bila duk rumah sewa, kita tengok je apa yang ada..
sebab Tv dah tinggal satu kaler
bila dah kahwen ni..ingatkan kita hidup dengan laptop kita je..
rupa-rupanya dah banyak derama Melayu tiru style citer korea..
tu pasal lah kite dah jadi hantu derama...

tapi semalam...
kita nak tengok Vanilla Coklat...
abang kita pulak dah tercongok layan Sel VS Kelantan..

kita dah buat muka...
dia bagi chance waktu rehat je..katanya...

huhu....kita cari akal
kita masuk bilik yang dah macam stor
kita adjust tV buruk mak yang tinggal satu kaler...

Yes, dapat jugak tengok TV3
walaupon kaler dah jadi kuning semacam

janji kita layan Vanilla Coklat...
biar abang kita layan bola kat luar sorang-sorang
kita tak heran TV kita kelam
kita tak heran TV dia jelas

yang penting dapat tengok Vanilla Coklat....



Ayam Penyet Ekspress

ye..betul..nama restaurant ni AYAM PENYET EKSPRESS..

kami berdua ni...suka makan nasik (sebab tu lah kami gemuk..)
kalau berdating...dah tengahari mesti nak pekena nasik..(itupon kalau keluar rumah tak makan apa-apa)
so, masa pusing-pusing kat Sunway Pyramid.. tak rasa tekak nak menjamah fast food..
try lah cari ala-ala lidah Melayu ni...
terjumpalah AYAM PENYET EKSPRESS..

aku sebenarnya, sudah terjebak dengan ayam penyet..sejak berani cuba-cuba makan kat satu restaurant di Seksyen 7, Shah Alam (belakang wisma Jakel)
masa tu cakap dengan en, Hubby " ai...ni rasa macam lauk yang selalu mak masak? apa kes...ayam goreng dengan sambal je...."

kesimpulannya, AYAM PENYET telah menepati piawaian selera aku - It's Indonesian Food , and I am Javanese..Of course lah ada persamaan. Ye tak?


restaurant ni nampak agak  eklusif dari luar..tapi bila dah masuk..mesra alam gitu...
terasa macam betul-betul di Indonesia..dari waitress sampailah ke cashier..haruslah Indo..ye tak?


bagi daku - yang paling best sambal dia....PEDAS..TERBAKAR..MELETUPS....tapi SEDAP!




* baru tahu pecal lele tu....ikan keli berlada... Sabor jelah....

Antara chef dan customer.......

selamat pagi semua...
dah breakfast..??

pagi tadi, daku telah berjaya menambahkan timbunan lemak..
bihun goreng plus minus nasi goreng... (sedikit..sedikit OK?)
rancangnya..nak berkematu dalam library..
sebab itu isi tangki penuh-penuh
takdelah nanti..dia meragam mintak diisi...

berbalik kepada perihal makan, selera dan citarasa antara kita amat berbeza-beza..
oleh itu, definisi sedap kini perlu mengikut tekak masing-masing..
ada mengatakan tat telur itu sedap..Yummy.. tapi bagi aku uwekss... NO! Sebab ada telur yang banyak  selalu buat aku loyar..
ada cakap nasi beriyani itu nikmat..tapi bagi aku. Oh NO! Banyak sangat minyak dan haruman...tak suka!

sedap pada lidah dan mulut suamiku - adalah kari melayu (bersantan dan sedikit cair)
sedap pada lidah dan mulut daku - adalah kari ala India/Mamak/Jawa (tanpa santan dan pekat)

sedap pada tekak dan selera suamiku bila asam pedas, (ada campuran sedikit serbuk kari dan daun kari)
sedap pada tekak dan selera daku bila asam pedas , ( rasa masamnya kuat, pedasnya menyengat dan daun laksa/ daun kesom)

Nampak tak? bertapa berbezanya kami.....
dalam rumahtangga, orang kata....gaya masakan akan mengarah ke kehendak si customer (alah...si suami)
Itu orang katalah....ye?
Yang aku kata..lain pulak..

Kerana akulah chef de cuisine- so, 'customer' akan makan apa yang chef masak! (walaupun customer ada dip culinary....)
Hehe.....
Customer boleh request apa sahaja..namun, style masakan..chef yang tentukan....
Hehe.....
Customer boleh complaint kurangkan pedas.. tapi tak boleh langsung tak pedas
Customer boleh complaint kurangkan masin...tapi jangan pulak langsung tak berasa garam
Hehe.....

Note : Kalau 'customer' manyak cakap...'customer' kena exchange job dengan 'chef '.Boleh?

But after few months berkongsi hidup, nampaknya 'customer'dan 'chef' dah boleh lenient towards each other...orang kata give and take. * Walau apepon, nampaknya, chef telah berjaya mempengaruhi 'customer' .


Monday, 9 January 2012

Warna Warni Masterchef Malaysia

semenjak menjadi penganggur terhormat (sebab sudah study sepenuh masa - ) hari-hari indah aku banyak dihabiskan di hadapan Tv berserta laptop dan buku-buku yang melambak di depan mata. hehe..
sampai terkadang ter' confuse ' ..aku ni study ke? tengok TV ke? layan korea ke?....
hahaha...
Punyalah tak concentrate...
dan di saat itulah, mata ni mula asyik melayan realiti siri masakan Masterchef...
dari Masterchef Australia - ke Masterchef yang ada Chef Ramsay tu.. (Hell Kitchen)

Warna Warni Masterchef Malaysia :

- Masterchef Malaysia ni lebih cool, tenang, calm.... jika dibandingkan Masterchef US. Yelah, Chef Ramsay, mak ai..tersangatlah tegas orangnya. Kritikan yang diberikan...kena tahan telinga. Kalau yang hati tisu macam aku ni.. dah sah-sah mengalir air mata.
Masterchef US

Masterchef Malaysia

- starting Masterchef yg agak penuh kontroversi - isu 'overstating' VC yang dilakukan oleh Chef Riz hangat diperkatakan. Sana sini orang duk kutuk dan perli...ada jugak yang mengur dengan cara terang-terangan. Bak kata bijak pandai " berani buat , berani tanggung..". Permohonan maaf beliau diterima... dan aku selaku peminat MC tidak meletakkan 'kekurangan' itu sebagai satu perkara ' besar' yang boleh mengurangkan rasa minat aku nak menonton... Yelah, we have other two chef yang berkaliber... So...layankan..

- kritikan Chef Wan yang mengatakan MC Malaysia ini agak ber'drama.... hehe... Tak mahu ulas panjang. Sebab everything end up well...

Mohammad Danial Firdaus
-Daniel , the youngest contestant! He really impressed me... Selalu tertanya.. Dia ni anak tukang masak ke? anak chef ke?.. Semuda ini boleh memasak dengan baik.. Ya, im admit. aku sendiri pun tak pandai nak cuba-cuba resepi baru...terutama Western..lebih selesa dengan skill memasak kampung yang tak seberapa ni..
So, Daniel.. kalau suka memasak. Gi lah amik sijil masakan or yang relate dengan bidang ni macam kulinari ke..hotel ke...  Mana tahu one day awak boleh jd Chef hebat... macam idola awak ..Jamie Oliver...

Nilah dia, JUARA Masterchef Malaysia Pertama

dentist yang pandai memasak... dah lah pandai (kalau tak..takkan jadi dentist, ye tak?)..terrer memasak pulak tu...Jelous ai...
Si empunya nama Ezani, berusia 26 tahun adalah contestant yg paling aku suka - SEBAB? dia tersangatlah tenang orangnya... Semasa sesi cabaran bersama Chef , Ezani nampak relax..tak kelam kabut. Chef yang sorang lagi tu pulak kalut untuk pastikan Ezani memasak dengan betul... 

and one more, Ezani ni terrer bab desert...(itu yang diorang warwarkanlah dalam MC ni...)
So, Ezani won RM100k and chances to write and publish her own cooking/recipes book..tersangatlah bertuah. 

Saturday, 7 January 2012

Kali ke Empat ke iCity

salam semua....
sungguh..rindu bangat sama ini belog & kawan2 yang tak pernah jemu datang berkunjung
Thanks tau!


So, 2012 telah pun membuka tirainya - 
pertambahan tahun bererti bertambahlah lagi nilai pada umurku..
of course..terasa.. 
27 years dah berlalu dengan pantas....
huhuhu...


2012 ape yang kami buat ye?
untuk kesekian kali - aku berkunjung ke iCity..
kali keempat rasanya...
yelah...rumah sewa aku dulu bersebelahan icity..bila ada member dtg rumah je..mesti diorg ajak pusing2 icity..
so, keterujaan nak melawat icity dah pudar...


light n colors

family all together

yes, It;s true! I dah gumuk....huhuhu

ceh....