Saturday 19 May 2012

Pemenang Teka Untuk Dapat Hadiah!


sebenarnya nak bagi saguhati kat mereka yang sudi join teka teki saje-saje belog diana@b.k.k.c


AUTO DUNIA BLOG &  PERMOTORAN



Cikgu Kita





p/s lama dah peram hadiah yang tak seberapa tu. Cuma masa jek tak berapa nak ada untuk selesaikan urusan pos mengepos ni..


- TAHNIAH -

6 Rutin Penjagaan Wajah


1 Minum air kosong sebanyak 8-10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit.

2 Sebelum tidur, basuh muka dengan air bersih. kulit muka yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang

3 Jangan lupa cuci muka anda sebelum beriadah atau bersenam

4 Amalkan 3 penjagaan kulit wajah. MENCUCI, MENYEGAR, MELEMBAP - Pertama, cuci muka dengan pencuci muka berasaskan glycerin. Selepas mencuci gunakan toner (penyegar) disusuli pelembap (moisturiser)

5 Pastikan anda melindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Gunakan krim pelindung SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan

6 Jika anda mengalami masalah kulit serius, berjumpalah pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat



adapted from : RAPI. Bil. 188

Langsung tidak

langsung tidak
terdetik dihati ini
walau sepicing


langsung tidak
terkeluar bicara ini
bukan datang dari hati


langsung tidak
berharap pada yang tiada
mengingin pada yang bukan hak


langsung tidak
menjatuh dan merendah
lagi menghukum mudah menghakimi


langsung tidak....

Taman Alam Kuala Selangor - Background


Taman Alam Kuala Selangor or Kuala Selangor Nature Park is a unique slice of landscape made up of 497 acres (201 hectares) of secondary forest; formerly a mangrove forest. After the land was reclaimed along the coast, the mangrove forest was unable to sustain itself. Thus the secondary forest is now mainly dominated by strangling figs and other coastal trees like the Cordia dichtama; along with the mangrove fern. Mangroves however still cover about 234 acres (95 hectares) of the park. These trees have been allowed to rejuvenate within the boundaries of the park.
There are four clearly marked trails varying from 30 minutes to 80 minutes - maps of which are available at the entry point.
One of the trails has the flora marked with explanation.
Trail
Distance
Return Time
Egret 80min
550m
30min
Macaque
436m
25min
Eagle
988m
50min
Langur
1100m
80min


Facilities at KSNP
Visitor Centre
Open 7 days a week including public holidays from 0900 to 1800. T-shirts, souvenirs and MNS books/merchandise can be purchased here.
Slide shows on mangrove ecology, conservation and other Park related activities are available on request (please make prior arrangements with the Park Office).

Seminar Hall
An air-conditioned hall equipped with basic facilities with accommodation for approximately 80 people maximum is also available to rent.

Accommodation
There are 4 A-frame huts, 8 chalets, 2 dormitoriesm, a hostel and a common dining hall. 

Flora & Fauna at KSNP
KSNP has 3 distinctive habitats these being the Brackish Water Lake System, Secondary Forest and also Mangrove forest.


Brackish Water Lake System
The lake at KSNP is man-made and was created for birds to roost and feed. It also acts as a safe nesting area for approximately 156 bird species, 57 of which are migratory. There are 3 Watch Towers and Bird Hides situated around the lake where one can observe many bird species including the Brahminy Kite Haliastur indus, Blue-throated Bee-eater Merops viridis and Black-capped Kingfisher Halcyon pileata to name a few.

Also around the lake area or close by, you can also see plants such as the Sea Hibiscus Hibiscus tiliaceus, Noni Morinda citrifolia and Nypa Palm Nypa fruticans.

Secondary Forest
The Secondary Forest region covers an area of approximately 450 acres which is made accessible by 4 trails. The secondary forest is predominantly a mixture of Strangling Figs, coastal trees such as the Cordia dichotoma, climbers and of course the mangrove fern.

Within the forest, there is a variety of animals including Plantain Squirrels Callosciurus notatus, Oriental Whip Snake Ahaetulla prasina, Four-lined Tree Frog Polypedates leucomystax, Green Crested Lizard Bronchocela cristatella and many other reptiles and amphibians. Of the primate species to be found in the forest there is the highly mischievous and noisy Long-Tailed Macaques Macaca fascicularis and notably the distinctive Silvered Leaf Monkey Presbytis cristata, an endangered species and logo of KSNP.

Mangrove Forest
The Park’s mangrove forest represents part of a complex coastal wetland system, which provides an extremely important intermediate stage between the land and aquatic environment. In this unique environment you will not only find rich biodiversity but also specialist adaptations that plants have adopted to cope with the anaerobic and highly saline conditions found in this type of environment.

Within the mangrove forest you will find 4 different families of mangrove trees and a total of 13 species of mangrove trees such as Bruguiera cylindrica that is found here.



sources :

Panduan Perjalanan ke Taman Alam Kuala Selangor


  • dari Klang (Jln Kapar) Route 5 - Kuala Selangor




  • dari Jln Kapar, Klang - Kuala Selangor



  • dari Lebuhraya Guthrie Corridor & Lebuhraya KL - Kuala Selangor





Friday 18 May 2012

Mudahnya Tanam Cili Padi Sendiri Dirumah

Memandangkan diri sedang dalam 'tempoh' menjadi suri rumahtangga 'separa masa'. So, aku telah merajinkan diri untuk mencuba-cuba bercucuk tanam..


benih cili padi yang aku beli kat Cameron Highlands bulan yang sudah
semai beberapa minggu lalu

* beli tanah campuran yang dah siap kat nursery
* kalau rajin boleh mix tanah sendiri = sabut kelapa + tanah + pasir + batu 
* tips : elakkan tanam biji rapat-rapat macam aku ni.....susah nak pisahkan bila perlu pindah pasu lebih besar
* letak pasu di bawah redup, elakkan panas & hujan

excited kan, tengok kesuburan pokok ni
memang * terbaik lah biji benih ni

setelah enam minggu (lebih kurang..)

bila pokok cili ni dah agak besar dan boleh hidup sendiri
sediakan pasu yang lebih besar saiznya untuk menggalakkan pertumbuhan akar
pasu terpakai - projek pokok aku yang tak mampu nak survived !


isi tanah dalam pasu
*tanah yang dah well mix - hubby aku mintak budak2 kontrak indo & bangla buatkan siap-siap. 


pisahkan anak-anak pokok tersebut. pastikan akar masih melekat elok pada tanah

buat lubang kat tengah-tengah pasu
* pakai lah apa yang patut, jgn jadi macam aku..main taram je guna tangan. aku memang kategori semberono jek...hehe

masukkan anak pokok cili elok-elok

* siram sedikit dengan air dan tabur baja 
* satu pokok untuk setiap pasu supaya dapat mengelakkan persaingan dan mempercepatkan proses tumbesaran..hehe....


jeng jeng jeng
Projek pokok cili padi merah aku
ada empat pasu kesemuanya


Tak sabar nak tengok pokok-pokok ini membesar dengan jayanya.
Harap sangat takde kumbang atau semut yang berkenan

MiSSion Accomplished




Update versi autopublish je

sekarang ni update versi autopublish je
tu yang tak pernah nak jenguk or balas balik kunjungan orang kat belog lapuk ni

mungkin, satu ketika nanti
bila dah free sikit dari menda-menda 'buku&seangkatan dengannya'
bolehlah aku nak hatrik
blogwalking ke belog2 yang dah lama aku tak jenguk

serius
RINDU...



p/s Ini pun entri autopublish di tengah mlm buta - pukul 0137am waktu laptop aku skang ni. Musti para isteri & ibu-ibu, bapak-bapak sudah dibuai lena ya? adik-adik student mcm aku kompem nga stay up kan?
Caiyok!!!



Thursday 17 May 2012

Isu sampah....

Aku takde idea
Haaaahaahaha..
dua kali sudah aku kena sound manja ngan lecturer pasal tak fokus pada benda yang aku nak buat
" saya suh awak propose case studies, bukan buat satu thesis lagi. Kalau gaya macam ni..lagi dua tahun lah asignment awak nak siap.."
lebih kurang begitulah bebelan kaseh sayang lecturer buatku

Aku gelak-gelak
senyum macam kerang busuk
Haha...
dah kena bebel...nak buat apa lagi?
takkan nak jawab balik..

Dan dek kerana dia mengatakan aku ni 'sangatlah bercita-cita tinggi'
melebihi angkasa gamaknya
Maka, aku sediakan tiga usul lain dalam kadar cincai & malas otak mahu berfikir

  • aku nak buat jugak pasal isu buang sampah merata-rata sukehati makbapak pelawat kat natural areas, eg: sungai....dalam jajahan takluk selangor je
  • aku propose nak observes interpretive signboard sepanjang boardwalk kat Taman Alam Selangor yang langsung aku taktahu kat mana..apatah lagi nak jejakkan tapak kaki kat sana..
  • aku nak buat ala-ala planners dedikasi yang kunun tahu potensi Taman Alam Selangor utk wujudkan recreation opportunities melalui kekdah SWOT ANALYSIS
Serius, aku rasa macam nak buat isu sampah je.. Aku malas nak pikir tentang keperluan subjek ni yang kerjanya mengalahkan thesis aku. Terkadang nyesal jugak amik subjek ni..hukhukk...dah terlebih rajin katakan. bukan perlu @ wajib pon..sesaje nak menambah ilmu didada & jugak memintak kerja menimpa-nimpa...



p/s : sudahkan sikit-sikit, biasa-biasa sahaja

p/s/s : utamakan apa yang perlu..yang ni...tak berapa nak utama sangat. Dah busy, malas nak pk grade dah...tak kesahlah nak bagi A ke B ke...depends lah.. tak larat nak pk satu menda ni aje.. Sedang 2,3 menda lain nak kena sudahkan jugak

Kenapa aku nampak dia macam Anil?

sedang mata blur-blur mengadap lappy ni
sesekali nak jugak jeling-jeling rancangan yg tayang kat astro memalam buta ke pagi ni

channel 104 AXN
cerita 24 ni aku nampak gaya lelaki ni seiras si Anil Kapoor
alah...anil kapoor. takkan tak kenal kot
gaya macam cik gayah kepoychi..

actor feymes bollywood tu
masalahnya pemes ke, kalau aku sebut sekali orang dah tak buleh nak imagine wajah macho dia..??

meh aku tepek gambo si anil kapoor yang aku cilok dr mr google





p/s : perlu ke aku nak highlight mamat ni yg entah kan pelakun tambahan, tempelan..kat dlm citer ni 

p/s/s: kalau dia pon..buat apa aku nak sebuk2 jaga tepi seluar dia..dah tentu dia tak kenal aku...



Monday 14 May 2012

Kenapa cinta selalu menipu...

Love is blind, marriage is the eye-opener.


just kidding..jangan pulak ada yang takut nak kahwin ye??....


masa bercinta - aduh-aduh..aduh..wanginya bau. macam segelen Enchanteur sembur kat badan. Sampai terngiang-ngian ke malam

dah kahwin - tahu lah ko, peel bini ko macam mana... Bukan main liat nak mandi pagi, jangankan kata bau bedak. Bau sabun kat baju pon dah tak hingin nak lekat.


masa bercinta - langkah longkang pun terkepit-kepit.. almaklumlah pompuan melayu terakhir katakan
dah kahwin - baru ko tahu aku juara melompat mengangkang. hah ! dah takde control cun. nak cepat !! Semberono je dia berjalan. 


masa bercinta - merajuk majuk manja. you tarik muka, i pujuk. u lari, i kejar. U jump..and i pun apa lagi. Off course lah jump sekali.
bila dah kahwin - mengadalah bini aku ni. takde masa nak layan rajuk ko. Game bola ni lagi besh dari memandang muka ko yang macam tempe. Ade begitu?


masa bercinta - jalan kepit tak lepas tangan. 
bila dah kahwin - hamik kau. sebatu bapak kau tinggalkan aku. Eee...bapaknya, udah tak takut bini kena culik ke?


masa bercinta - senyum sipu malu-malu. bila ketawa tutup mulut. aduiii...sweetnya girlfriend aku ni...meoww
bila dah kahwin - mak ai..ghupe gini bini aku. ketawa, mengilai tak dapat nak beza


masa bercinta - terlanggar batu, batu kena maki hamun. siap kena lempar masuk dalam longkang lai. Punyelah sayang awek
bila dah kahwin - emak ko ni buta ke apa? batu besar depan bijik mata tak nampak ke?




p/s: 1001 macam peel & karenah kan? ...


p/s/s : ada pepatah kata : 


wanita selalu menginginkan suaminya berubah selepas berkahwin. contohnya, daripada smoker, dah retire. Walhal...
lelaki pulak selalu mendambakan si isteri sama seperti masa mula-mula naik pelamin. Contohnya, nak saiz bini yang 32-28-37 tu maintain sampai ke anak cucu..muka tegang macam dolu-dolu.. Walhal...


p/s/s/s : ape nak dipelikkan.hidup ini kan bukan statik pada satu keadaan jek..kita berubah, dia pun berubah. Asal untuk kebaikan, tak memudaratkan, & menghilangkan kasih sayang... tak menjauhkan kita dari Tuhan....

A Love to Kill

* Noted, tahu cerita ni dah lama dah..
sebelum Shin Min-A glamer dalam cerita my girlfriend is Gumiho lagi
tapi, aku baru dapat tengok  dan menghayati satu episod demi episod 
sangat  sarat dengan emosi, rasa macam nak tumbuk pun ada, nak menangis pun ada..
membebel sorang-sorang jangan cakaplah


Tahun : 2005 
Pelakon : Shin Mi-Ah, and off course Bi- Rain (takkan tak kenal kot...??)

Sinopsis:
Kang Bok Gu (Rain) , a K-1 fighter menyimpan dendam pada Cha Eun Suk (Shin Mi-A), seorang artis yang dikatakan menjadi punca kematian abangnya.(Minku)

Eun Suk & Minku adalah pasangan kekasih, sebelum Eun Suk menjadi pelakon dan terkenal. Bok Gu merasakan Eun Suk umpama kacang lupakan kulit setelah menjadi terkenal, berikutan tersebarnya gossip Eun Suk bakal bertunang dengan ank seorang koglomerat di korea.(Kim Ju Sung)

keraa salah paham tersebut, Bok Gu nekad untuk menuntut bela. dia berjaya menjadi body guard Eun Suk yang diupah oleh  (Kim Ju Sung). 

Bermula saat itu, dia merancang untuk menjatuhkan Eun Suk...






So, ape kesudahannya?
erkk..taknak cerita. sebab nak layan sendiri kat KBS.






It's already 0256am...

Aiyak..
Sudah pagi ma...
14 May 2012 ka..

Haiyaaa...
tak tido lagi
esok mau pigi UPM
ada kelas dr.rohaya

esok mau hantar proposal
aduhai.....

jangan esok..aku rupa gini
udahlah ye?

Bila isteri buat sepah..


aku ni memang ada satu kepelikan yang amat jelas
langsung tak buleh nak tinggal
atau buang jauh-jauh

sejak dari zaman sekolah lagi
inilah tebiat aku yang kureng comey
hahahaha
kalau studi dah macam kapal karam

masa diploma kat jengka dahulu
satu bilik berempat
memandangkan ruang  meja tak berapa nak bagi aku hak untuk bersepah-sepah begini
maka aku bukak segala jenis buku penuh satu katil
kalau nak tidur, aku susun sepanjang tepi katil elok-elok
sanggup tau, tido sipi-sipi sebab taknak bagi buku kena tindih

buat degree kat shah alam,
aku rasa amatlah beruntung bila ditempatkan sebilik dua orang
hahahahahaa..
spacious untuk aku bukak segala mcm buku
poyos rajin giles studi kan?
haip ..tapi aku tak kacau kawasan orang tau?
territory aku  biasanya sebelah tingkap..

sebab tu bila member2 sebuk nak duduk menyewa kat luar kolej uitm
aku tak berapa berminat nak join
yelah...satu rumah 7,8 orang... dah lah bilik sempit
pastu barang banyak
semak lah....

ni bila dah kahwin
nasib baik dapat rumah sebiji
yang luas dan lapang
duduk pulak berdua

lagilah heaven...

dah lah aku rembat satu bilik untuk workstation aku...
ni pulak dah bertapak ke wilayah encik hubby...
'lokasi depan TV' semaksimum mungkin aku gunakan bila encik hubby pergi kerja



p/s : berlaku pada waktu-waktu tertentu jek ~ heheheeheh...... hari-hari lain, rumah aku bersih berkilat tau? tak bersepah-sepah macam ni... ceh..puji diri sendiri..

Sunday 13 May 2012

Don't Disturb Me !

Jangan tak terkejutlah kalau wanita melayu terakhir cam aku ni transform jadi increadible hulk time hujung-hujung sem begini.

DOn'T DISTURB ME ! ok?

Ayooo...En Hubby Chubby pun takut nak menegur si isteri yang muka macam keli kena salai...#hahahaaa...
Stress bertan-tan kemain katanya...

Ala...tak lama. Sebulan je.. Dapat lepaskan bulan May ni..
Hingga habis minggu exam, 
lepas tu baru boleh HOREY HOREY.......




p/s : our first anniversary terjatuh kat bulan yang amat kalut bagi aku - ceh....Madu di Bulan kena tangguh ke satu tarikh yang aku sendiri tak dpt nak confirm bila.. Sabar ye cayang..



Thursday 10 May 2012

Dua kegembiraan.

Seboleh daya, kami akan atur masa untuk balik Johor sebulan sekali...
Hanya bulan 5 ini..
Masa kurasakan begitu terbatas
almaklumlah, sem dah hujung-hujung ni
macam-macam perkara perlu disudahkan
Dengan proposal defend lagi, assignment yang agak complicated gayanya..


ditambah-tambah kesibukan Encik Hubby chubby 
next week UiTM nak berkonvo 
Staff kena bersiap siaga nampak gayanya
OT.OT.OT. hari-hari.....


Dalam kelibut mencari untuk balik Johor
tup..tup... SMS adikDayah berbunyi kat BB aku
" Teha dapat Shah Alam..."


Ye?
Horreyyyyy
Ada dua kegembiraan disini


Pertama - Gembira adik bongsu aku diterima masuk UiTM
nampak gaya, bakal tercapai lah impian dia nak jd cekgu Inggeris..hohohohoo...


Kedua - MakAbah nak datang.. Horey!!
Shah Alam ngan Klang..alahai..tak jauh manalah nak singgah


Haruslah..anak masuk U kan? Mesti berbondong-bondong datang menghantar
Bukan nak jakun, tapi lebih kepada nak meraikan


Nanti apa pulak kata si bongsu
semua akak-akak & abang masuk U 
emakAbah berhantar berjemput
dia yang last ni..takkan takde kot?


Pepon, alhamdulillah Ya Allah...




p/s : Muga ada kegembiraan lain, untuk kami sekeluarga nanti..Amin



Aku & Kuch Kuch Hota Hai






  1. Cerita ni release 1998. Masa tu aku form 2 kat SMKTD. hehe.....
  2. Gila tak tengok? Siap pinjam CD member-member lagi
  3. Hafal lagu Kuch-Kuch Hota Hai..classmate aku tulis kat kertas pastu photostat bagi kat aku yang beria-ia nak menyanyi.. 
  4. sampai skang aku masih boleh nyanyi dan miming lagu-lagu dalam KKHH.. punyelah kuat memori aku kan?
  5. Sangat layan lagu tema KKHH version piano..
  6. Jadi lagu tema 'cinta monyet ' ......aku ke yang buat tu? No komen...
  7. scene paling aku suka - masa nyanyi ramai-ramai kat summer camp tu.. hehe..lalala...larki badi anjali hai...
  8. scene paling aku sedih - bila Salman nak lepaskan anjali pada rahul masa majlis perkahwinan diorang.. Uoolls... aku nangis teresak-esak tau 
  9. lepas anjali jadi feminin kan dia banyak pakai sari kan? aku suka sari kaler hitam... yang kena tiup angin atas kapal lalu tersingkap..ala-ala terbang tu
  10. dialog paling aku ingat - " rahul is a cheater, he is a cheater'. itu je...
  11. cinta perlukan pengorbanan - anjali pendam rasa pada rahul, salman 'melepaskan' anjali walau terlalu amat sayang padanya...
  12. kuch kuch hota -sesuatu berlaku dalam hati aku
  13. malam tadi..bila cerita ni diulang tayang..terasa macam terimbas semua memori zaman sekolah duk asrama dulu...*

Tuesday 1 May 2012

Yes, aku tak tido semalaman

Hah?
Jam dah menginjak angka 5.06pagi
Waktu dah menghampiri Subuh
sedang aku, masih utuh menghuni bangku keras ini
tanpa kusedari...semalaman sudah aku tak tido.

Incik suami sedang lena dibuai TV
Man U vs Man City punya penangan
Cik Isteri pulak duduk sorang-sorang dalam bilik studi
wah...benar-benar pasangan sejoli

u tak tido
i pon tak tido jugak lah..


Belog berwajah baru

hehe...
comel ke tak?
dalam nada tak malu aku bertanya...


pukul 4am aku godek2 belog ni..cari free template lah..
ceh, terbuang masa duk ngadap menda ni..
ape-ape jelah ko Diana..
kalau suh buat keje ..1001 alasan
wat menda alah takde pekdah ni..tekun pulak aku..




* hehe...tengok berapa lama template no buleh bertahan..karang aku buhsan. Aku carik yang lain
* mampuih nak tukar sumer color font.. sape suh hapdet entri guna kaler putih... Padan muka!