Showing posts with label Respon Kepada. Show all posts
Showing posts with label Respon Kepada. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

Kesedaran tentang bahaya kolestrol

assalamualaikum ;p
hehe
salam ceria..

bila tengok tajuk entri, musti rasa...dah mula dah cik puan ni nak membebel..
dah mula lah tu 'gejala' yang boleh buat orang malas nak baca ye...;p
pepon, this is trully my community service - nak baca...baca...tak nak takpe...

berbalik kepada satu laporan akhbar hari ini berkenaan Malaysia berada di tempat 'teratas & pertama ' (sabas & tahniah...hehe) carta yang menghadapi masalah obesiti tertinggi di kalangan negara Asean.

Seperti biasa, Hot fm pagi tadi telah membangkitkan isu ini...maka ramailah yang memberi komen dan pandangan. Namun, daku tetibe terasa harus memberi 'sepatah dua kata' tentang tahap Kesedaran Masyarakat Tentang Bahaya Kolestrol (dah macam tajuk thesis pulak ye?)

seorang pemanggil (seorang wanita, ibu) mengatakan bahawa dia dan anaknya merupakan penggemar tegar makanan segera/fast food. Boleh dikatakan, hampir setiap hari dia akan menikmati makanan segera bersama-sama dgn anaknya. Mungkin dia merasakan dia berada dlm zon 'OK' dan 'selamat' dengan mengatakan, cara pemakanan tersebut tidak menjejaskan berat badan beliau - yakni berat bandan still maintain pd tahap standard dan pada kadar  BMI yang sepatutnya....

tetibe daku rasa nak membebel ;

akak..meh saya cakap ni....
perkara yang perlu kita fikirkan disini adalah kadar kalori yang tinggi..bukan OBESITI akak...

kebanyakkan drpd kita, hanya melihat masalah obesiti yang harus ditangani, 
Persepsi kita..orang OBES..mesti banyak KOLESTROL...
orang OBES mesti akan menghadapi risiko penyakit serious seperti serangan jantung dll...

padahal kite terlepas pandang terhadap orang kurus yang slim melim yg  tidak menjalani gaya pemakanan & gaya hidup yang sihat..

secara theory , jika kita mengamalkan cara pemakanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi, ini akan menyebabkan berlakunya pemendapan kolestrol pada dinding salur darah. So,keadaan ini akan menyebabkan inding salur darah menjadi sempit dan menyukarkan aliran darah ke jantung. Untuk berfungsi dengan baik, jantung harus mempunyai oksigen yang mencukupi. So, boleh korang bayangkan tak..kalau jantung kita tak cukup oksigen?... Mau berhenti serta merta....takutnya...


Menurut Dr. Yap Sau Peng, (Pakar Kardiologi Hospital Pakar Puteri Johor Bahru ), 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah.


Beliau berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari.proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia",

So, apa lagi...SAYANGI JANTUNG KITA...awasi corak pemakanan jugak ( mengingatkan diri sendiri...)


KURANGKAN KOLESTROL DALAM MAKANAN
TAMBAHKAN OKSIGEN DALAM JANTUNG (erkk..cam tak kena je moto ni...)


Thursday, 3 November 2011

hehe....................;p

continued tadi... ;p


DUA

kenapa mencari pasangan sempurna - sedang diri.....?

nak lelaki tinggi SEDANG KITA KEMETOT
nak lelaki hencem SEDANG KITA JERAWAT PENUH KAT MUKA
nak lelaki kaya SEDANG KITA SIKIT TAK BERHARTA
nak lelaki pandai SEDANG KITA TAKNAK BERUSAHA

nak itu..nak ini...SEDANG KITA TAK BUAT APA...;p

* mak aku selalu kata : 

" ukur baju kat badan sendiri..jangan kat badan adik kau. Dah dia saiz S, ko saiz L..bukan nak kate muat, karang tetas semua jahitan...!"

* aku jugak selalu dengar :

" lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..!"

* pernah jugak terbaca :

" nak carik pasangan kena sekufu, takdelah rasa diri serba tak ada...."

* dan orang-orang tua selalu pesan:

" carik lelaki yang baik..yang boleh buat imam dalam solat..yang boleh tegur bila bukak aurat..yang terbuka bila kita beri nasihat..."

hehe...

" tapi...yang mencari tu pon kena perbaiki diri..nak dapat pasangan yang baik, takkan nak dapat kat disco, mestilah kat tempat baik-baik...macam mesjid..."

hehe...

Mencari yang sempurna, sedang diri....

Assalamualaikum - salam sejahtera........

On the way pi office pagi tadi, sebelum ke UPM - macam biasa, layan Hot Am Crew - 
dengar Usop, AG, & FBi berceloteh, boleh wat kite tersenyum2 sendiri di pagi hari - nasib baiklah i naik kete berdua ngan cik abang..kalau tak musti orang ingat i sasau..gelak dan cakap sensorang..hehe..

Nway, chot chet pagi tadi mengenai ape ek? - bagi yg dah dengar tu.....memang dah tau. ye dak? Yang tak On radio pepagi tu - meh daku nak bagitahu - mengikut laporan akhbar (tak pasti akhbar mane..) - 

60% wanita malaysia menginginkan pasangan mereka berpendapatan tinggi, berbadan tinggi, berhidung tinggi..(ece..ece..eceh..gurau ye...) dan serba serbi tinggi...termasuk berkelulusan tinggi. FULL STOP - 

so, berdering2 lah panggilan tepon ke konti HOT fm, yang mana para lelaki dan wanita menelefon bagi menyatakan pendapat deme : 

so, yang pompuan pon menyokong, keluarlah segala hujah majah yang kata mereka ada pros and cons nye.. yang lelaki pulak cuba membela kaum sejenis dan sespecies mereka. Ada yang buat aku setuju, ada yang buat aku sedikit tak bersetuju..ada yang buat aku totally reject pendapat mereka. (Kate pendapat..suke hati aku lah..aku nak cakap...ye tak?)

so, (so lagi....) Ok, besides that....hehe...Sebagai tanda respon terhadap gossip pagi tadi - aku jugak ada beberapa menda nak highligt disini..;p

SATU - 

bila diorang cakap tentang statistik..otomatik kepala hotak aku berfikir. Sample mana ek diorang amik? Site mana ek study diorang? Dan siapa pulak responden mereka? Yelah..sampai boleh mengkonklusikan wanita malaysia...sebagai itu..dan itu..dan itu... Kalau rakyat MEsia, 20+ juta....Kaum wanita Muda kita, berapa ye?.... Dan daripada kaum wanita Muda tu..berapa banyak pulak diorang amik sbg sample size? Site survey kat mana pulak ye...




to be continued ye..pasal dah nak gerak p UPM
tadaa..
abes kelas nt....bersambung bebel ke -2

Tuesday, 1 November 2011

Jangan Beli, Guna, Pakai, atau apa sahaja.... Ini bukan Sabotaj !

Kosmetik Berbahaya, Kosmetik Beracun !
PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU
Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.




2011
Bil
Nama produk
No. notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
1
Sensual Whitening Cream
NOT100751321K
Merkuri  








2010


Bil
Nama produk
No. notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
1
NV Toner Treatment No 1
NOT05010130KE
Hydroquinone & Tretinoin
2
NV Toner Treatment No 2
NOT05010129KE
Hydroquinone & Tretinoin
3
Zara Rejuvenation Cream
NOT04081873KE
Hydroquinone 
4
Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream
NOT081201209K
Tretinoin
5
Pigmentation Recovery Complex
NOT081200745K
Tretinoin
6
De Putih Night Cream
NOT05100878KE
Tretinoin
7
BML HB LOTION
NOT090701336K
Tretinoin & Hydroquinone
8
Krim Malam Shana
NOT090600820K
Tretinoin & Hydroquinone
9
Natasya Gold Krim Herba
NOT091100971K
Tretinoin & Hydroquinone
10
Biotox Whitening Hydro Cream
NOT007061310K
Dexamethasone
11
Yoko Whitening Cream
NOT080100330K
Tretinoin
12
Sue Beauty Night Treatment Cream
NOT080600138K
Tretinoin






























2009



Bil
Nama Produk
Notifikasi
Bahan Kimia yang dikesan
1
Felisa Gentle Peeling Solution *
NOT07080210KE
Tretinoin
2
Krim Malam Rahsia Rimba
NOT080801112K
Hydroquinone
3
Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KE
Hydroquinone
4
~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KE
Hydroquinone
5
Magixpress Lightening Plus
NOT07121009KE
Hydroquinone
6
A.Vant Cream
NOT05022860KE
Tretinoin
7
Eriesya Spa Beauty Cream
NOT07122412KE
Hydroquinone
8
Natasya Krim Herba
NOT07090337KE
Hydroquinone & Tretinoin
9
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
NOT03090150KE
Tretinoin
10
Ratna Sari Whitening Night Cream
NOT080700826K
Tretinoin
11
ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
NOT04082451KE
Hydroquinone
12
Chantique - Whitening Night Cream
NOT04121404KE
Tretinoin