Tuesday 15 November 2011

Kesedaran tentang bahaya kolestrol

assalamualaikum ;p
hehe
salam ceria..

bila tengok tajuk entri, musti rasa...dah mula dah cik puan ni nak membebel..
dah mula lah tu 'gejala' yang boleh buat orang malas nak baca ye...;p
pepon, this is trully my community service - nak baca...baca...tak nak takpe...

berbalik kepada satu laporan akhbar hari ini berkenaan Malaysia berada di tempat 'teratas & pertama ' (sabas & tahniah...hehe) carta yang menghadapi masalah obesiti tertinggi di kalangan negara Asean.

Seperti biasa, Hot fm pagi tadi telah membangkitkan isu ini...maka ramailah yang memberi komen dan pandangan. Namun, daku tetibe terasa harus memberi 'sepatah dua kata' tentang tahap Kesedaran Masyarakat Tentang Bahaya Kolestrol (dah macam tajuk thesis pulak ye?)

seorang pemanggil (seorang wanita, ibu) mengatakan bahawa dia dan anaknya merupakan penggemar tegar makanan segera/fast food. Boleh dikatakan, hampir setiap hari dia akan menikmati makanan segera bersama-sama dgn anaknya. Mungkin dia merasakan dia berada dlm zon 'OK' dan 'selamat' dengan mengatakan, cara pemakanan tersebut tidak menjejaskan berat badan beliau - yakni berat bandan still maintain pd tahap standard dan pada kadar  BMI yang sepatutnya....

tetibe daku rasa nak membebel ;

akak..meh saya cakap ni....
perkara yang perlu kita fikirkan disini adalah kadar kalori yang tinggi..bukan OBESITI akak...

kebanyakkan drpd kita, hanya melihat masalah obesiti yang harus ditangani, 
Persepsi kita..orang OBES..mesti banyak KOLESTROL...
orang OBES mesti akan menghadapi risiko penyakit serious seperti serangan jantung dll...

padahal kite terlepas pandang terhadap orang kurus yang slim melim yg  tidak menjalani gaya pemakanan & gaya hidup yang sihat..

secara theory , jika kita mengamalkan cara pemakanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi, ini akan menyebabkan berlakunya pemendapan kolestrol pada dinding salur darah. So,keadaan ini akan menyebabkan inding salur darah menjadi sempit dan menyukarkan aliran darah ke jantung. Untuk berfungsi dengan baik, jantung harus mempunyai oksigen yang mencukupi. So, boleh korang bayangkan tak..kalau jantung kita tak cukup oksigen?... Mau berhenti serta merta....takutnya...


Menurut Dr. Yap Sau Peng, (Pakar Kardiologi Hospital Pakar Puteri Johor Bahru ), 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah.


Beliau berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari.proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia",

So, apa lagi...SAYANGI JANTUNG KITA...awasi corak pemakanan jugak ( mengingatkan diri sendiri...)


KURANGKAN KOLESTROL DALAM MAKANAN
TAMBAHKAN OKSIGEN DALAM JANTUNG (erkk..cam tak kena je moto ni...)


10 comments:

Anonymous said...

huhu
baru jewk update pasal bnda yg sama..
berkenaan dgn obesiti!
hehehe

Kakzakie Purvit said...

Betul ramai yg menyangka yg gemuk banyak kolestrol tapi sebenarnya tidak. Sebab kalau kurus tapi tak jaga makan risiko kolestrol hinggap tetap tinggi.

aamalinaazman said...

hehehe
comei la moto tu
heeee
tulah skrg ni kalau bole mang nak jauh sgt mkn fast food =]

Niena Muhammad said...

mak niena mmg titikberatkan soal pemakanan..tpi blkg dia kitorang makan jer...kekadang tu org kurus kolestrolnye jga tggi

wahida said...

adoi la...n3 mcm ni la buat aku menggigil rasa cuak...

aku antara penggemar mekdi...

SoLy SoLicious said...

moh le mkn oat mcm saye..heee

Unknown said...

slamt tak obes hehe

Unknown said...

junkfood ni mkn seminggu sekali je.. huhuhu :D

Wanie said...

org kurus pn ade masalah dengan kolesterol..tapi kalau org yg dah menopause faktor utama kolesterol tinggi sebab hormon..tak semestinye org obes kolesterol tinggi kan..tapi pape pun risiko nak dapat penyakit jantung tinggi la bagi yg obes ni..

Puan Kutu said...

setuju..tu sebab ramai org yg kurus dan punya berat badan ideal tp kolestrolnya tetap tinggi..

sila amalkan pemakanan sihat.Sekian terima kasih..:)