Monday 31 October 2011

Cantik oh Cantik!

Sape nak cantik? Angkat tangan macam saya.....Hehe...
Oh, please....wajah anda tak cantik mana cik puan diana. Kulit muka..Auw....serius tak lalu i nak tengok..dengan parut jerawat melata-lata, itu belum lagi pori-pori yang bukak ngalahkan serombong kapal... Ada pulak tompok-tompok degil yang dah mula bikin onar - pigmentasi kate deme....Kulit kusam, langsung tak bermaya. Apatah lagi nak berseri dan berkilau-kilauan...Like glow....n beauty tu. Serius....

kecantikan - beauty - sinonim dengan wanita. jika 1 nafsu lelaki, diunjukkan hanya untuk 'itu'..maka, sembilan lagi nafsu wanita terarah pada 'itu'...'ini'...'disitu'....'disana'... Salah satu daripadanya, ingin kelihatan cantik. terutama sekali cantik luaran ; manusia mana tak suka menda yang cantik. Ye tak?...Nak beli ikan pun, cari yang mata bersinar-sinar - badan segar bugar tak kemek dan lembik-lembik... Huh.....

dan kecantikan wanita, sesungguhnya dikaitkan dengan muka - kulit muka specifically. Kalau muka dah mulus dan berseri-seri...tak pakai make up dah nampak cantik. Ye tak? Atau ini just opinion aku yang maha jujur lagi telus. Dan bila kulit muka kita tidak mematuhi piawaian kecantikan yang ditetapkan persatuan Kulit Kulit Cantik Sedunia, maka dengan serta merta kita akan terarah pada satu tebiat, mencari solusi bagi mendapatkan kulit wajah yang diingini.... Solusi, yang meliputi aspek luaran dan dalaman... Ya, pencarian produk kosmetik yang boleh mencantikkan wajah secantik Snow White....

dan kita akan menjadi seorang desperado - apabila JERAWAT sudah bermaharajalela di atas permukaan kulit wajah. Dan semakin desperadooooo apabila jerawat itu memuntahkan nanah yang menyakitkan. lalu meninggalkan parut kekal yang tak enak dimata. Semakin tak tentu arah bila ada insan yang prihatin tentang anda "....D, kenapa kulit muka U?." Sebarang bentuk ke prihatinan, diterjemahkan sebagai satu sindiran... (padahal....takde makna diorang nak perli-perli pon....they just curious)

maka, anda menjalankan tugas penyelidikan dengan jayanya - Majalah dibelek dari kulit ke kulit, membaca testimoni keberkesanan produk pada wajah si polan-si polan... lalu, hati dah tertarik. Terpedaya dek kecantikan kulit wajah (yang entahkan ye ke tak....padahal efect solekan dan photoshop banyak main peranan..) 

trial set dibeli - facial pun jalan sekali . Seminggu dua pakai dah nampak kesan. Mak oi..serius, jerawat dah semakin berkurang. Parut pun dah semakin pudar. hati tambah ceria, facial kedua laju terlaksana. Akhirnya termakan pujukan. Rawatan laser boleh bunuh bakteria, siap boleh lancarkan peredaran darah katanya (serius..tak paham...tapi iakan...)

minggu ketiga -wajah dah berseri-seri. Parut jerawat dah mula pudar. Kulit cerah macam bidadari (sendiri perasan - sendiri puji..) Biasalah manusia, tak pernah puashati. Nak kulit gebu macam kak Ct - set peeling dibeli pula. Dengan harapan, nak cantik serta merta. 

sebulan dua - elok sahaja. Masuk bulan ketiga, rasa tak selesa. Kulit dah rasa gatal-gatal katanya, Bila kena panas dah macam udang kena panggang. Ei....nape gitu jadinya?

sedar diri - cepat berhenti. kulit wajah dah sepeti biasa. takde jerawat, takde parut. Entah kenapa bintik-bintik hitam pulak timbul. alahai.....pigmentasi kata mereka. Jeragat kata orang Melayu...

Ei..nape gitu jadinya?....





to be continued:
izinkan daku membebel..... ;p





Friday 28 October 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama




SENARAI PESERTA





Berkumpulan

Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo
Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid

Juri Tetap
Datuk Chef Wan
Zainal Abidin Hassan
Dato Siti Nurhaliza

Juri Jemputan
Imran Ajmain


Barisan peserta
Anje (Achong dan Joey)
chefwan kata : confius...pd minit pertama kedua..orang tak gelak-gelak
aku : sendiri rase..ntah ape jelah..


Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
zainal abidin kata : rasa ade sedikit lawak...boleh buat lebih baik minggu seterusnya
aku : hehe...dah biase ngan lawak2 suhaimi ngan sudin...yolah..org Johor..mana tak dpt channel Singapore ye tak?..
* sudin tu anak s.samsudin tau? - yg geng bujang lapok tu....


Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
kata datuk CT: syabas...inilah melawak bukan sekadar cerita...plus costume ngan make up...
aku : lawak sempoi.....buat aku gelak...gelak....tengok muka pon dah terasa lucu..


bila tengok barisan juri tetap dan jemputan....erkkk...aiyak.....retis ada...tukang masak ada...footballer pon ada... Very the versatile... Tapi, terdetik kat hati - mana otai-otai pelawak sejati Malaysia, Singapura & Indonesia....?

tapi......
bukankah jauhari yang mampu mengenal manikam?

Aku, isteri, dan buku entah kemana.......

Esok cuti..yey...STOP. tak berapa nak bergumbira. 
last week, kunun-kunun hajat di hati nak tour KL...nak naik komuter  bersama adikku dayah yang kononnya datang bercuti ke rumah kami. Namun, habuk. Her sis ni ajak dia melanguk depan TV melayan Mochachino yang hangin tak tentu pasal... Hujan dentam dentum diluar membantutkan hasrat kami. Plus minus cik hubby chubby keje memanjang, langsung tak bercuti...24/7...

*mocha is my kucing..hehe....just added chino kat belakang nama dia sbb tuan punye mocha suka minum cappucino. especially ice blended.

So, this week..begitu jugak alkisahnya...daku berduet ngan mocha mengemas rumah.. Seriously, sangat seronok OK dapat mengemas rumah seminggu sekali. Bayangkanlah.....ape ke pesyen manusia, hari sabtu dah mop. dan akan mop sekali lagi pada hari ahad. Serious..daku addicted keje mop mengemop ni.. Kat dapur, jangan cakaplah... Lepas masak je terus nak mop lantai...rasa tak best kalau nampak ada bendasing di atas lantai ( itu kalau masa aku begitu lapang sekali ye.....)

sebab tulah fokus daku dah berlarian jauh..bila nak mula ngadap buku je..teringat baju tak basuh... So, apa lagi...sudahkan membasuh. Lepas tu...dah basah lencun (makcik ni kalau masuk bilik air....dia jirus badan dia sekali ke ape..??)... 

bila dah basah, rasa tak selesa....tak jadilah nak sambung study.... So, kona ke dapur....lap-lap ape yang patut..gosok itu gosok ini....

lepas itu, sempat jeling-jeling luar rumah, menyapu pulak dia ni......rumput yang dah berjiran dengan pokok bunga, aku musnahkan satu persatu..Puas hati aku! 

itu belum lagi, kalau daku dah masuk ke bilik setor.mau segala kotak aku  geledah..bukak..susun...bukak..susun... Entah apa jelah kerja aku ni....

karang dah tengahari, sebuk nak memasak pulak...maka, kelentang kelentung seisi dapur. mendengarkan chef tak bertauliah sibuk umpama masak kenduri kendara. Yang kelakarnya jiran2 sebelah rumah dah bercerita ngan mertua...katanya hari-hari aku menumbuk...tak kira pagi petang....Itupon tebiat aku, tak suke guna blender...syok pakai lesung....entah ape-ape jelah...


bila difikir-fikir kembali..waaa...sangat tercabarnya tugas seorang isteri....yang belajar dan bekerja..


namun, selalu letak dlm hati, selalu be positive...rezki belajar Allah nak bagi....bukan semua orang dapat..ye tak? 


nah, menuju bulan kelima perkahwinan....baru terasa nak tune kepala.... Yup! after 7 weeks, progress research tak nampak walau sebesar zarah...congak-congak 24 months....kepala dah mula rasa rungsing. kena ikut schedule..tak boleh sesuka suki hati nak berhoneymoon... * evenhoney moon tak pergi lagi..dek keje yang macam-macam...sabar jelah duhai hati....


8am - 5pm = keje-keje hanya di opis
5pm - 8pm = masak, makan, kemas apa yang perlu
9pm - 12pm = ngadap buku..ngadap buku..ngadap TV jugak....kacau hubby chubby...hehe 
530am/6am  = kalau larat bangun pagi, buat breakfast mana yang sempat...




Sunnah Potong Kuku



RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;


Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Amalan Sunat Hari Jumaat

SATU
Perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."" 


DUA
Membaca surah Al Kahfi - tidak kira pada siang hari atau malam hari.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

TIGA
Memperbanyakkan berdoa - terutama sekali pada waktu-waktu mustajab. 

“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.” (Riwayat Muslim).

EMPAT
Mandi sunat, berhias diri, memakai wang-wangian - namun mengikut syarak serta memenuhi batasan agama.

Sabda baginda yang bermaksud,
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


LIMA
Memotong kuku

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Thursday 27 October 2011

Set up Kepala

salam pd belog kesayangan ambe...
kawan-kawan kaki lepak & sembang di alam maya ni...

tuan belog kini sedang dalam proses ' men setting' dan meng ' clear ' segala macam menda

tuan belog mungkin akan lebih rajin menghadap buku-buku dek kerana 'seriau' melihat angka di surat perjanjian..

u breach, u pay RM100k....!!!!

terus jadi rajin plus dah kena bebel ngan advisor....
haiyoooo....
hehe..harap kerajinan ini berkekalan yek?
jangan hangat2 chicken pooo.....udahlah...










wish for me, dear frenz....
missy u..love u ollss..

Friday 21 October 2011

Fokus dah pandai berlari

assalamualaikum hari jumaat
salam ceria semua...

Mood, agak tak berapa nak stable
tidur malam pun..boleh fikir lagi
nak buat camne...
nak mula camne...
nak arrange camne...

bukan sebab kereta dah remuk
tp sebab hati gundah
petang semalam jumpa advisor
banyak kena bebel..huarghhhh...

yelah....ilmu kurang di dada
maklumat tak extra dalam kepala

camne nak buat research?

memang baca
memang study
tapi fikiran melayang entah kemana-mana
fokus dah pandai main sorok-sorok




waaa....fokus, meh lah kemari....


p/s 
buat research dahulu, sorang. Kini dah berdua
buat research dahulu, sempoi. Kini dah ada tanggungjawab
buat research dulu, tak bekerja. Kini, keje lain menanti
buat research dahulu, ada team. Kini, kena ngadap sorang-sorang








Thursday 20 October 2011

Syukur

salam,
masih di upm - setelah habis kelas Dr. Mano, duduk menikmati makan tengahari bersama teman sekuliah..
nyatanya, hari ini..tidak lagi mahu mengungkit rasa geram dah tidak puas hati semalam
benda dah jadi.... ku pujuk hati


syukur,
kami sehat walafiat
tak mudarat

alhamdulillah
masih dipanjangkan hayat hari ini...





pesanan penaja : 

buat yang memandu - please.... be extra careful. Tengok2lah kiri..usha jugak kanan..jangan lupa pandang hadapan..juga sesekali toleh ke belakang..Kerna, kami sayang nyawa kami, kami jaga diri kami...


Benda Dah Jadi, Tak Boleh nak Buat ape....

" syg nak makan apa....?" 
"ape je yang.."
" ada ayam.....nak goreng ke..nak buat kari ke...?." kepala sibuk membayangkan menu. Sesaat, segala isi peti sejuk sedang elok terbayang depan mata. Ada udang, ayam.... Ada lagi ikan siakap yang kami pancing tempoh hari...ada jugak daging dan hati rusa yang tak dimasak-masak lagi... Ada...

dammmmmm

aku sudah terkedepan

dammmm

sekali lagi kereta merempuh MyVi di hadapan. Ya Allah, depan belakang!

automatik, aku menurunkan tingkap, berdoa sangat di dalam hati. Moga yang melanggar kami bukan kenderaan besar. Yang pasti, barisan kereta dah semakin panjang di belakang.

" sayang.." aku pandang dia yang sudah meluru ke luar. Nak memastikan keadaan kereta, nak bertentang mata dengan orang belakang. Orang yang punya angkara.

sempat aku lihat mereka bercakap-cakap. riak wajahnya tanda tak senang. Segera membuat aku berfikir yang bukan-bukan..." Habislah..."

aku, masih di tempat duduk.. Terkejut. Hilang kata..

" Dayah..kete aku kena langgar... kemek depan belakang.." tanpa memberi salam, aku meluahkan rasa saat talian di hujung sana diangkat. Dan tak semena-mena air mata dah mencurah-curah. Kalah hujan renyai di luar.

" Kau OK ke tak?" soalan adik  ku sambut dengan esakan yang semakin kuat.
" OK..tapi kereta tak OK. Kenapa budak tu bawak laju. Kan ni tol...." mengadu. Lagi meluah rasa kurang senang yang membuku dalam dada. 

" Takpelah..kau kan takde apa-apa... Janganlah macam ni..." pujuk adikku. Seperti biasa. Aku akan terus-terusan menangis.
" Tapi..aku terkejut....  Tadi, baru kita cakap pasal laptop kau yang rosak.... Ni hah, sekarang. Jadi macam ni..." 
" Nak buat macamana. Benda dah jadi.. Kan dugaan ni namanya.." sekali lagi dia menenangkan aku.
" Memanglah...tapi, aku terkejut. Kereta nak pakai..Duit nak guna..Elaun tak masuk lagi..." bagai budak kecil.   Satu persatu aku cerita...Bila dah jadi musibah, serasa segala perkara datang bertimpa-timpa. 

Baru merancang, nak masak tadi.. Baru berfikir-fikir malam ni nak sambung study.. Menimbang-nimbang nak basuh baju yang dah sebakul...

Tapi...

" Dahlah..jangan nangis. Kau kira bernasib baik. Kalau yang langgar kau lori macamana?.... Kau takde apa-apa kan? Semua Ok kan?" dia memujuk aku lagi. 
" Yelah...nasib baik...."akur aku. Bersyukur.

" Dahlah..Kau ni...selalu macam ni..." Sempat dia tergelak.. 
Peel kakak sulongnya yang satu ini. Cengeng tak sudah-sudah..

" Nak call mak tak? Nak call Oli tak?" 
" Takpelah..nanti mak pulak yang terkejut. Malam sikit aku call lah..." 

telefon di letakkan. Lega. Serasa marah semua hilang...




Lokasi : Tol Sg. Rasau. 
Kenderaan Terlibat : 3
Solution : Sama-sama setuju, buat report di Balai Seksyen 9, Shah Alam..
Effect : Kereta masuk bengkel...berbulan jgk kot.

Wednesday 19 October 2011

Malam ni emosiku terganggu

terganggu sangat
YA ALLAH
dugaan

remuk rendam hatiku
seremuk kereta comeh loteh aku yang dah beradu di dalam bengkel....

Segmen : Saya , blog dan pembaca

Santai Bersama BEN ASHAARI
SAYA
&
BLOG
&
PEMBACA

kalau ada saya, tapi takde blog,  
biasalah tu..

kalau ada saya, ada blog 
 istimewa sikit lah aku..

ada saya, ada blog tapi takde pembaca 
serius syok sendiri namanya

Tuesday 18 October 2011

Nak OLe - OLe Korea dari yanayassin.blogspot.com

macam semua orang yang mengimpikan bercuti sambil guling-guling ke destinasi
begitu jugak aku
0.01% tak terkecuali keinginan yang tersimpan dalam hati

carta teratas takhta hati aku - 
mestilah nak berkunjung ke 
JEPUN
serius...suka sgt dengan suasana+cultures kat JEPUN

lepas tu....
terpengaruh ngan drama korea
nak makan angin Ke
KOREA pulak

lepas three...nak rasa pi NEW ZEALAND

four nak pergi AUSTRALIA

five nak....six..seventh...hehe..mau seantero dunia aku nak pusing..
punyalah tamak...macam lah ringgit berkepuk dalam kocek....hehe..

Nway, tak mustahil kan?
cita -cita dimulai dengan impian... impian datang dari mimpi dan berangan-angan
yang penting..usaha..jgn buat dek jek kan....

dipendekkan cite....
sertailah GA di atas..
kalau teringin nak dapat hadiah dari KOREA....

SEKIAN



nak tagged sape ek?



ai tagged yang gegurl jelah ye?.,..yg boyboy ai tau uolls  tak minat kan menda-menda korea ni......hehe...tahu..siap kutuk2 kan?....eleh.sebenarnya jeles tak dpt buat engine kat Korea kan? kan?.... sila jgn sentap*

1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!

klik kat banner utk turut serta 
mana tau dapat hadiah besh-besh

ex my coursemate a.k.a my junior buat GA
harus join ni...

You are beautiful = Ikemen Desu Ne

adakah 

You are beautiful

§  Title: 미남이시네요 / Minami Shineyo
§  Also known as: He's Beautiful / You're Handsome
§  Genre: Romance, comedy
§  Episodes: 16
§  Broadcast Network: SBS
§  Broadcast period: 2009-Oct-07 to 2009-Nov-26
§  Air time: Wednesday & Thursday 21:55

A.N.JELL
§  Takimoto Miori as Sakuraba Mio (Male) / Sakuraba Miko (Female)
§  Furutachi Yura (古舘優空) as young Miko
§  Furutachi Kuu (古舘玖優) as young Mio
§  Tamamori Yuta as Katsuragi Ren
§  Tanaka Riu (田中理勇) as young Ren
§  Fujigaya Taisuke as Fujishiro Shu
§  Yaotome Hikaru as Hongo Yuki


&

Ikemen desu ne
mempunyai persamaan?

§  Title: 美男ですね
§  Title (romaji): Ikemen desu ne
§  Format: Renzoku
§  Genre: Drama
§  Episodes: 11
§  Viewership rating: 9.94%
§  Broadcast network: TBS
§  Broadcast period: 2011-Jul-15 to 2011-Sep-23
§  Air time: Friday 22:00
§  Theme song: Everybody Go by Kis-My-Ft2
§  Related TV show: You're Beautiful

A.N.JELL
§  Jang Geun Suk as Hwang Tae Kyung
§  Kang Soo Han as young Tae Kyung
§  Park Shin Hye as Go Mi Nam (Male) / Go Mi Nyeo (Female)
§  Jung Yong Hwa as Kang Shin Woo
§  Lee Hong Ki as Kang On Yu / Jeremy