Monday 21 November 2011

Menggigil tengok duit

gigil tengok duit?
pehal pulak si diana ni kan?

nak tanya korang, pe perasaan korang mase first time ptptn masyuk dalam akaun korang?
gedebuk....selepuk...
mase tu, korang check tengok-tengok akaun yang kosong kering kontang dah berisi rm3 ribu ++ (degree)..
musti korang suka kan?
siap hoyeh..hoyeh lagi!!

masa tu, bermacam menda lah terbayang kat kotak kepala..
1001 menda rasa nak listkan atas papaer..
nak beli itu..ini..
belanja itu...ini..
kan..kan...
yang pompuan kaki melaram tu, habislah dah plan nak cari baju sedondon tudung..
siap kaler lipstick nak sama-sama gitu.....

yang lelaki pulak..
dah congak-congak nak beli motor...
downpayment mintak mak ayah tokok tambah kan?
bulan-bulan...?
omak bapak ekau jugak kena membayarnya...

tapi, perasaan itu tak sama saat ini..
perasaan seronok tu jadi macam...entahlah.....
jadi BEBAN kot...
ek..nape cakap beban pulak..?? elaun dah masuk riban-riban lagi..
sedebuk 6 bulan ..Yup 6 bulan!!!!!!

dan angka 6 bulan tu yg menyebabkan hati aku kurang senang...
memanglah angka kat dalam akaun berdigit-digit..
tapi....
yang berdigit-digit tulah buat aku mengigil....seriau...

duit, bermaksud tanggungjawab
tanggungjawab bermaksud amanah...
amanah ni....(serasa nak mengigil tangan ni...pegang amanah..)
amanah yang perlu disiapkan within 24 months...
'my research'..............
and i have another 21 months to go....


Ya Allah, permudahkanlah urusan ini.....








Mood Bola !!!!!!!

SAVE THE DATE !

ISNIN
8:00 malam

Malaysia Vs Indonesia
Penentuan EMAS bolasepak SUKAN SEA

Puss in Boots


assalamualaikum semua....
hari ini Monday - so, jangan BLUES..blues ye? Kita buat Monday ni lebih bersemangat, lebih ceria...

weekend buat apa ye?
hehe...kami berdua just hanging out, usha2 barang2 kat Jaya Jusco, Bukit Tinggi..
Motif?
nak tengok lokasi baik utk bershopping sakan pada 23 November nanti...
Motif?
23 November 2011 dan 24 November 2011 adalah Hari Jusco Card ? Jcard Day di JJ Bukit Tinggi, Klang !

so, siapa yang berminat dan rasa diri berdekatan dan ada sedikit peruntukan utk membeli belah ni..
sila jangan malu-malu
SERBUUUUU!!! (dah macam jurucakap JJ pulak kan?)

so, kerana men 'target' Jcard Day ...kami pun memang tak beli apa-apa semalam...
without plan, terus ke TGV, sebab dah rasa lama benor makcik tak tengok muvie...
kami tengok PUSS in BOOTS
hehe..kerek gila muka puss ni..dah macam muka mocha pulak..hehe

macam biasa, citer kartun,  majority audience a/l kanak-kanak bersama famili mereka....
suara comel mereka berselang seli dengan meow'an pusss...



citer ni comel.... out of 10, aku bagi 7.8... boleh?


Saturday 19 November 2011

hahahahahaahaha


hahaha...
gelak-gelak tengok orang cuba melawak
hari jumaat malam sabtu..

minggu ni, story morry pasal cinta cintun, yelah secara reverse osmosis nya yang grup takde pompuan tu akan mewujudkan karakter pompuan..
bagi menyempurnakan jalan cerita katanya...
supaya nampak lebih real..


alahai
kemunculan para pelakon yang mengenakan pakaian ala-ala wanita membuat penonton tergelak...
hahahaahahah..gelak besar
hihihihi....gelak kecik



walaubagaimanapun, kaedah meniru karakter org lain,
lebih-lebih lagi melibatkan jantina atau cara berpakaian dan pembawakan diri ni
pernah menjadi satu isu satu ketika dulu..
masa itu, public duk komplen dan tegur,
apa keperluan seorang lelaki berdandan seperti perempuan...?
even untuk tujuan suka-suka dan membuat orang ketawa...



sekarang?
dah tak berapa nak dengar komentar-komentar telus berkaitan ini...
kenapa ek?
norma begini sudah diterima masyarakat ke?
atau
kita sudah semakin 'tak kesah'?

Ce teka

tak perlu disebut kan..tarikh gambar ni dimeterai
tu
2005
dah hampir 7 tahun berlalu...
tak sangka, pejam celik pajam celik masa berlalu...
meninggalkan momen diploma yang penuh manis & pahitnya

manisnya...terlalu indah untuk dikenang
pahitnya...aduhai..kalau boleh ku buang dari ingatan..
alangkah bagus




sebenarnya, nak mintak korang teka....agaknya yang ne satu ek, Cik Puan Diana ni?

Friday 18 November 2011

Mochachinno nak dimandulkan?

selamat malam....


dia buat hal da....
yup...sampai menaikkan temperature si 'mama' bila dia dah berani :
kencing atas buku dan fail2 mama dia atas meja
pancut sesuka hati tepi heater mama dia
jugak tinggalkan jejak kat depan sliding door
itu belum lagi nampak penyapu jatuh, terus jadi jamban dia

ada sekali tu...
mama dia tengah kusyuk menghadap journal,
dia datang sebelah mama dia
dengan lagak nak bermanja
dia gesel-gesel kat tepi mama...
lalu dia kuis-kuis beg sekolah mama..
tak sempat mama nak buat apa..
dia dah cittttttt.... atas beg dan sleeping bag mama dia.....!!!!!!!

malam tu jugak, pukul 1 pagi...
terpaksa mama 'selesaikan' apa yang patut....

mama dah tak boleh tahan sabar..
mama datang dekat dia..
piat telinga dia
tanda bagi amaran & pengajaran
jangan buat lagi....

tapi!
dia tetap buat hal lagi.....
jamban dia kat mana-mana dalam rumah
nasib baik mama kunci semua pintu bilik...
kalau tak?


hari-hari mama kena mop rumah..
Mocha.... 
Mocha...
orang kata, bila dia dah menggatal nak mengawan..
rupa gitulah jadinya..
katanya nak 'tanda tempat'
nak pikat betina...
hhmmm
entah sapelah yang nak berkenan kat dia
garang kemain...

Mocha
Mocha

apa harus mama buat?

Thursday 17 November 2011

Sedih....tak dapat hadir JEMPUTAN ke MC PITH

SEDIH....
baru check belog..
tak perasan semalam Mak Dara dah update list nama yang dapat jemputan ke Mc PITH....

kalau tahu..
mesti hari ni aku CANCEL nak pergi kelas
POSTPONE nak jumpa advisor
......

aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
SEDIHNYA...



aku dah verangan lama nak jadi penulis...tak kira lah penulis novell ke? penulis drama ke... penulis sekerip ke...penulis kertas peperiksaan ke....penulis jurnal ke... penulis buku teks ke.....@ penulis yang tak diundang...


huhu



hidup ini, terkadang ada impian yang terlalu sukar untuk jadi kenyataan 

Gejala tak siap keje sekolah

assalamualaikum...


hehe..entri pagi ini sebeanrnya ada kena mengena dgn tuan empunya belog, cik puan diana...
yang ekcekli dah seriau dah kecut perut, sebab keje sekolah tak siap...
hahahaahaaaa


Maka muncullah gejaa seperti ini....try korang imbas zaman sekolah korang...
apa yang korang rasa bila keje sekolah tak siap?



  1. gejala sakit perut - gejala ni memang serta merta..tup..tup dia datang...Hehe..masa tu mula lah rasa perot bagai bergodak semacam. Rasa tak sedap lah..itulah..inilah.... 
  2. gejala debaran  di dada yang taknak berenti. Kalau buat test nadi, nescaya...orang duduk pon mcm berlari pecut 200 m 
  3. gejala tak senang duduk, ni punggung pon serasa mcm duduk atas bara api...panas..semacam
  4. gejala sibuk nak carik idea, nak bagi alasan ape ek nanti?
  5. gejala....'ting! menghilang serta merta..." Ni..memang tak dapat dikesan.....

hehe.....tuan empunya belog nak mengadap en Advisor harini..dengan keje yang tak sempurna.....adoyai...



Wednesday 16 November 2011

Memperkenalkan....mochacinno

hai, my name is mocha but my 'mama' simply put my name as 'mochachinno'
coz
she loves to drink cappuccino - the ice blended one with pearl inside....

this is my routine, almost everyday - no..almost every single hour..haha
sleep

coz 
i got nothing better to do than this...SLEEP
both of them (mama+papa) wont let me go outside...
huh
boring

waaa...so soft and comfortable my mama's pillow.. her bantal busuk soo busuk...
seldom basuh, because she loves the 'strong' smell. The originality from her childhood time...


hehe.....
sometimes, i disturb my mama coz she sticks the whole day with this kind of white paper - full with alphabet which i cant read..hehheee

Mama..LOVE U

Tuesday 15 November 2011

Terjebak dengan thread misteri...

cuaca kat luar dah mendung, menandakan hujan sebentara lagi akan turun
dan daku yang masih berkematu di bangku library ni sedari pagi tadi
mula gatal tangan nak layan cerita di forum CARI...


rehat sekejab setelah seharian cuba memerah idea...
dalam forum CARI, thread yang paling aku suka bukak adalah Misteri, Paranornal dan Sakti
siapa yang pernah bukak thread ni mesti pernah nampak senarai cerita2 misteri yang diwujudkan oleh ahli forum..
dan aku mula terjebak dek menda2 begini sejak tahun lepas lagi...
tu pon sebab tengok betapa kusyuk teammate aku membaca satu demi satu cerita...


Seram...Macam2 cerita ada...
honestly, aku ni bukanlah manusia berani sangat, atau berhati seekers or ghostbusters,,,
aku kan jenis manusia yang sukakan sesuatu yg misteri...yang perlukan jawapan....heheheheeeee


So, sejak tahun lepas,
aku cukup suka meneliti thread Kisah-kisah Seram di Hotel
sebab lepas ni..kalau nak pergi mana2 tempat percutian, aku akan review thread ni dulu...
nak pastikan tempat/hotel yang bakal aku duduki nanti 'bersih' dari sebarang gangguan...


yelah, taknak jadi macam housemate aku dulu...
nak dapat penginapan murah punya pasal...
dapat resort scary lagi ...
tak pasal-pasal kena kacau...


kan susah macam tu....

Kesedaran tentang bahaya kolestrol

assalamualaikum ;p
hehe
salam ceria..

bila tengok tajuk entri, musti rasa...dah mula dah cik puan ni nak membebel..
dah mula lah tu 'gejala' yang boleh buat orang malas nak baca ye...;p
pepon, this is trully my community service - nak baca...baca...tak nak takpe...

berbalik kepada satu laporan akhbar hari ini berkenaan Malaysia berada di tempat 'teratas & pertama ' (sabas & tahniah...hehe) carta yang menghadapi masalah obesiti tertinggi di kalangan negara Asean.

Seperti biasa, Hot fm pagi tadi telah membangkitkan isu ini...maka ramailah yang memberi komen dan pandangan. Namun, daku tetibe terasa harus memberi 'sepatah dua kata' tentang tahap Kesedaran Masyarakat Tentang Bahaya Kolestrol (dah macam tajuk thesis pulak ye?)

seorang pemanggil (seorang wanita, ibu) mengatakan bahawa dia dan anaknya merupakan penggemar tegar makanan segera/fast food. Boleh dikatakan, hampir setiap hari dia akan menikmati makanan segera bersama-sama dgn anaknya. Mungkin dia merasakan dia berada dlm zon 'OK' dan 'selamat' dengan mengatakan, cara pemakanan tersebut tidak menjejaskan berat badan beliau - yakni berat bandan still maintain pd tahap standard dan pada kadar  BMI yang sepatutnya....

tetibe daku rasa nak membebel ;

akak..meh saya cakap ni....
perkara yang perlu kita fikirkan disini adalah kadar kalori yang tinggi..bukan OBESITI akak...

kebanyakkan drpd kita, hanya melihat masalah obesiti yang harus ditangani, 
Persepsi kita..orang OBES..mesti banyak KOLESTROL...
orang OBES mesti akan menghadapi risiko penyakit serious seperti serangan jantung dll...

padahal kite terlepas pandang terhadap orang kurus yang slim melim yg  tidak menjalani gaya pemakanan & gaya hidup yang sihat..

secara theory , jika kita mengamalkan cara pemakanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi, ini akan menyebabkan berlakunya pemendapan kolestrol pada dinding salur darah. So,keadaan ini akan menyebabkan inding salur darah menjadi sempit dan menyukarkan aliran darah ke jantung. Untuk berfungsi dengan baik, jantung harus mempunyai oksigen yang mencukupi. So, boleh korang bayangkan tak..kalau jantung kita tak cukup oksigen?... Mau berhenti serta merta....takutnya...


Menurut Dr. Yap Sau Peng, (Pakar Kardiologi Hospital Pakar Puteri Johor Bahru ), 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah.


Beliau berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari.proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia",

So, apa lagi...SAYANGI JANTUNG KITA...awasi corak pemakanan jugak ( mengingatkan diri sendiri...)


KURANGKAN KOLESTROL DALAM MAKANAN
TAMBAHKAN OKSIGEN DALAM JANTUNG (erkk..cam tak kena je moto ni...)


Monday 14 November 2011

Watak Antagonis Sekarang Semakin Menarik.....

selamat malam semua!!!!


kenal dia ni?

Si empunya nama Izara Aishah ni, bagai meletap letup namanya di dunia hiburan sejak akhir-akhir ini. 
makan hati berulam jantung ye tak?
rasa nak gigit-gigit jek telinga comel ni...
takpon rasa nak bagi pelempang laju-laju....
kalau boleh nak cubit pipi dia bagi lebam....
semuanya kerana Fiona...

siot..setan...kuang hajau...nyampah.... dan sbgnya macam nak keluar jek dari mulut ni melihat kejengkelan Fiona

watak antagonis sekarang :

tak perlu nak tengking-tengking jerit pekik telolong nak maki mak bapak, sedara mara. Cukup buat muku kerek lagi tak boleh blah

muka tak perlu calar balar sana sini dek lebam kena pukul atau jatuh poko. Cukup dengan pakej cantik lagi ayu yang menggoda lagi menggiurkan

tak payah nak zoom kat muka sejibik-jibik sampai nampak lobang idung semata-mata nak bagi orang tergamam dek reaksi pelakon


watak Izreen dalam Tentang Dhia boleh tahan jugak....
Si Melly yang amat menjengkelkan hati....

Saturday 12 November 2011

Camne nak mengglamer'kan belog?

camne nak meng' glamer' kan belog?
boleh bagi idea tak?


idea terbaik...
akan menerima hadiah...
berupa....


tiket percutian...
3 hari 2 malam di...
Bilik Ko Rumah Ko Sendiri Resort, Maurecheus....


satu set lengkap Xbox
beserta dengan LCD tv jenama Ko Punya Sendiri....


satu laptop Toshibaha
beserta external hardisk SamSungi....






pasang niat, nak buat GA..
agak-agak ada orang Join tak nanti?
seganlah...daku tak femes....nanti nan hado orang..
malu..



kantoi, apa nak buat ye?

terfikir sesuatu sedang duk melayan masterchef malaysia..
tahu..musti korang fikir daku cuba mengaitkan sesuatu dengan seseorang kan? kan?


bab kantoi ni - memang dah biasa kita dengar..
pernah jd saksi member ter.'kantoi bawak toyol dalam exam hall...
jugak ada bf kengkawan ter'kantoi masa duk berkepit ngan aweks lain kat shopping mall....
pernah satu masa ni geng mesyuarat tingkap ter'kantoi masa syok ngumpat..hahaha...pompuan-pompuan...


bila dah terkantoi, serius muka malu tebal berinci-inci...
terus rasa muka nak masuk dalam batal busuk yg penuh ngan kekabu yang dah penyek...
nak keluar bilik pon siap usha line berkali-kali....taknak bagi orang perasan...
MALU !


malu tak malu...nak buat macam mana ye?
hidup perlu juak diteruskan..untuk esok lusa dan hari yang berikutnya..
kalau mati pun, tak dapat nak menyelesaikan keadaan....


So, nak buat apa lagi..hadapi je kenyataan...


kalau kena sindir - buat-buat pekak telinga
kalau kena marah - tebalkan jek muka
kalau kena pulau - buat-buat tak kesah


hahaahahahahahahaaha



Sabtu : memang Hari Hindustan ke?

motif. buat tajuk entri kayak gini?....
sebab hari ni hari sabtu - tu hah..mata aku tertancap pada LCD depan mata yang duk tayang cerita ni
anjaana anjaani...

 
honestly, aku bukan peminat hindustan tegar..
kebiasaannya aku akan tertengok cerita hindustan kat tv dan ter'suka bila hero dan heroin menambat mata & hati aku... 

Contohnya : filem anjaana anjaani ni ada Heroin - pryanka chopra - ex miss world yang memukau mata aku...

dan seperkara yang aku perasan =

pada hari sabtu TV2 akan tayang cerita hindustan sebelum pukul 2
dan TV3 selepas pukul 2.. (lebih kurang macam tulah...)
kalau kat johor, aku dapat channel singapore..Vasantham Central (stesen tamil) yang jugak menayangkan hindustan pada hari sabtu - (hari lain2 cerita tamil...)

Kerana Rokok, Lelaki Sanggup Buat Apa Saje...

Hahahahaa....serius...tajuk dah memanaskan punggung ye cik abang?
tak kesah lah....ini pendapat peribadi wanita yang dikelilingi perokok -perokok...
samaada perokok tegar, perokok separa tegar...atau perokok tidak begitu tegar...


apa yang lelaki sanggup buat demi rokok ?



  1. menggagahkan diri merokok dalam toilet yg serba hanci** baunya.. 
  2. buat- buat pekak bila bini dah membebel pagi petang siang malam dek bahaya rokok yang boleh menyebabkan jantung, rahang, anak tekak, lidah, paru-paru menderita..
  3. buat buat tak nampak gambar yang 'elok' terhias di kotak-kotak rokok..serius tak insap-insap
  4. kalau pokai sekalipon, bahagian untuk membeli rokok tetap diadakan....paling koman pun sebatang...
  5. sanggup kena tinggal awek demi rokok - yelah, first date awek dah bg hint tak berkenan kat perokok..so, dek kerana awek tak dapat 'menerima diri apa adanya'..... So, get lost!
  6. hah yang kat bawah ni.....serius bukti diri perokok tegar lagi setia
depp actor actors celeb celebs celebrity celebrities
sanggup beli pesawat peribadi sebab mudah senang dan selesa nak merokok  
hadoooi.....macam ni pon ade kan? Rokok punye pasal.....Johny Johny....


CONFIRM takde orang warning, marah atau tengok dia dgn gaya slek lagi menjengkelkan...

Perata vs Roti Canai

assalamualikum
Yey Sabtu hari ni..
(macam beza sgt je weekdays ngan weekend...hehe...)
dah tentu hari-hari..
makan buku - tidur buku - minum buku - haha..minum susu...


so, breakfast pagi tadi apa ye?
daku breakfast parata....atau di pronounce dalam gaya bahasa Johor - perata...sebut betul-betul pe' OK...
Kalau korang perasan kan, orang Johor kan suka kan menekankan ayat a dihujung perkataan ..sehingga berbunyi e'... kerete'....suke'...make'.....mate'....ape'.....harte'...
kalau tak percaye' cube' korang perhatikan kawan2 korang bersembang sesame' mereke'......
selain itu, mereka, aku dan johor2 sekalian suka melengkapkan ayat penyata dgn ek' dibelakang. Sbg contoh:


Mak kite' kan, dia kan pergi Kote' naik kerete'. Mak kau pergi kote' naik ape' ek?


stopped! Sorry....daku telah termembebel dgn jayanya -sebenarnya nak cakap - pagi tadi daku breakfast Perata Telor. 
orang-orang sini panggil roti canai / roti telor...

Adakah Dhia seteguh Soffiya?


Lakonan : Nora Danish, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Izreen Azminda, Ady Putra, Tasha Shilla

Episod 1

Dhiya dan Raffi berkawan rapat semenjak kecil. Namun dalam diam-diam Raffi menyintai Dhiya sehingga dewasa. Azmi yang tinggal di bandar berpindah ke kampung mereka kerana kematian ibu bapanya. Hendak dipendekkan cerita, Dhia menjadi semakin rapat dengan Azmi, Keadaan ini menyebabkan rasa kurang senang Raffi - maka berlaku salah faham apabila Dhia menolak cinta Raffi dengan alasan mereka sudah terlalu lama bersahabat, dan Dhia benar-benar menganggap Raffi sahabat baiknya.

dek kerana kecewa, Raffi mengambil keputusan melanjutkan pelajaran di luar negara - Raffi pergi meninggalkan Dhia tanpa sebarang ucapan.

5 tahun berlalu - Raffi pulang ke kampung dan bertemu Dhia, dengan harapan dia masih berpeluang untuk memiliki hati Dhia. Namun, terkejut apabila mengetahui Dhia bakal menjadi tunangan Azmi

Dhia dan Azmi bertunang. Dan Raffi? Bagaimana pula penerimaannya nanti?
dan apa akan terjadi bila Melly yang sememangnya seorang gadis nakal mula menyukai Azmi?
nantikan...sambungannya Isnin nanti




cerita ni, pada episod pertama - belum menunjukkan konfliks yang berat seperti mana drama Soffiya. Watak Dhia yang sedih dan kecewa dengan penerimaan Raffi terhadap penolakkannya tidak dikembangkan secara terperinci. Dhia digambarkan tidak mempunyai apa-apa kesan mendalam selepas pemergian Raffi -
dan cerita cinta antara Dhia dan Azmi yang berputik dan berkembang tidak ditunjukkan secara jelas - 

mungkin episod seterusnya bakal ada konflik tegar yang akan melanda...
Siapa tahu?

mungkinkah Dhia seteguh Soffiya?