Friday 30 March 2012

STICKY POST : BKKC nak bagi ole-ole

< BKKC nak bagi ole-ole >

Yey!

Sepanjang BKKC pergi ber'camping' ni nak tinggalkan belog dengan Giveaway
Perhentian Island
Malacca
Cameron Highlands
Langkawi Islands

Tunggu !

Thursday 29 March 2012

Makanan Merangsang Metabolisme

1. 5 cawan teh hijau sehari - merangsang metabolisme dan membakar 200 kalori sehari

2. Amalkan susu soya, tahu dan kacang soya dalam pemakanan seharian. ia mengandungi estrogen yang mampu menyeimbangkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan rasa lapar

3. Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang boleh menimbulkan rasa lapar

4. Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan, tuna, salmon, kekacang dan ayam untuk makan tengahari, daging merah tipis atau produk berasaskan soya bagi makan malam

5. Amalkan makan kekacang antara makan tengahari dan minum petang. badam boleh merangsang kalsium yag diperlukan untuk pembentukan tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang cantik selain bantu mengawal berat badan

6. tukar diet bebas lemak dan karbohitrat kepada diet sihat yang seimbang dengan mengawal peratusan makanan yang diambil

Adab bercuti menurut Islam

Wah !! Bercuti sakan ye makcik gayah ni ?

Bercuti-bercuti jugak...tapi, jangan sampai ter'lagha'
seeloknya adab seorang Muslim harus kita pelihara. 
Ok, disini ada beberapa panduan yang  aku rasa boleh kita kongsi bersama. 


1. Tentukan destinasi
elakkan dari tempat-tempat maksiat kerana ia boleh merosakkan jiwa, terutama kanak-kanak. Pergi berhibur itu tidak salah..tetapi harus diingat, ada batasan yang perlu dijaga


2. Pilih lokasi percutian ikut kemampuan
jauhkan diri dari pembaziran. pilih tempat percutian mengikut bajet dan ekonomi masingp-masing. Jangan mudah terpengaruh dan terikut-ikut gaya kawan-kawan yang lebih mampu dari kita


3. Solat jangan diabaikan
yang membezakan seoran Muslim dengan manusia yang lain adalah solatnya. Solat jamak dan qasar juga boleh dilakukakan mengikut keadaan dan syarat yang telah ditetapkan.


4. Jaga makan minum, pastikan ia bersih dan halal
makan minum perlu diberi keutamaan, kerana ia akan menjadi darah daging kita. seterusnya memberi kesan kepada doa dan ibadah kita sehari-hari. Bila ingin bercuti ke luar negara misalnya, lakukanlah persediaan awal dengan membuat sedikit penyelidikan berkenaan restoren dan tempat makanan halal yang ingin kita tuju. 


5. Amalkan doa musafir dan ikuti panduan Rasulullah
Rasulullah jika bermusafir di tempat tinggi dan berbukit akan menyebut ' Allahuakbar'. Perjalanan menuruni bukit pula beliau akan menyebut ' Subhanallah'. Baginda juga akan membawa dia apabila tiba di satu-satu tempat. Bila balik dari musafir, bainda tidak akan balik pada waktu malam secara mengejut. baginda akan pergi ke masjid, bersolat dan duduk sebentar menunggu hari siang baru pulang ke rumah. 


6. Dalam kenderaan, pasanglah CD yang berfaedah
sebagai manusai kita tidak menjangka takdir yang bakal menimpa. Bahaya datang tanpa dipinta, ajal hadir tnpa mengikut waktu, sebagai umat Islam kita harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan


7. Bawa balik buah tangan
kepada jiran terdekat dan saudara mara. pemberian, walaupun sedikit dan urah adalah tanda penghargaan dan ingatan kepada orang yang baik dengan kita

Wednesday 28 March 2012

Tips pemilihan beg percutiaan

Jika percutian itu sehari dua, satu beg sahaja sudah mencukupi. Bagaimana denga percutian yang berhari-hari lamanya. Ada yang menjangkau sehingga seminggu dua? pasti beg yang akan dibawa akan lebih dari satu. Mungkin dua, mungkin tiga, empat, lima.....??
Membawa bagasi yang terlalu banyak tika percutian pasti mendatangkan sedikit kesukaran kepada kita. penjagaan, keselamatan beg lah..itu ini.. Oleh itu, disini ada sedikit panduan bagi mereka yang merancang untuk melancong lama, tetapi ingin membawa bagasi seminimum mungkin...


1. Kongsi barang
pabila melancong secara berkumpulan, korang mungkin boleh berkongsi barang-barang asa seperti toiletries ; sabun, syampoo, ubat gigi dll. ataupon jika selesa, boleh menggunakan barang mandian yang disediakan oleh pihak hotel,


2. Susun rapi pakaian
lipat dan susun barang dengan rapi dan kemas. susunan mampu memuatkan semua barang dengan sempurna. Jangan main bantai sumbat ye?


3. Bawa pakaian senang kering
bawa baju lebih tidak sepatutnya di praktikkan sewaktu melancong. bukan apa...baju yang telah digunakan ini akan menambah beban kepada kita ketika pulang nanti.. So, pilih baju yang boleh kita basuh dengan mudah dan cepat kering. Kalau pergi ke tempat yang perlu melakukan rekreasi air, pakaian mudah kering adalah menjadi keutamaan. Ini untuk mengelakkan beban yang lebih berat ketika pulang nanti


4.  Pilih beg yang sesuai
beg yang dibawa perlu mengikut kesesuaian tempat yang ingin dituju. Backpack adalah bagi percutian yang santai dan simple. Beg beroda sesuai untuk tempat penginapan yang selesa dan praktikal. ini mengelakkan kita dari mengusung beg beroda yang berat dan besar kesana kemari.


5. beg khas untuk dokumen penting
important ! pasport, wallet, handphone...dll perlu disimpan dalam beg yang fleksibel dan selamat. biasanya, kita tidak akan meletakkan beg penting ini bersama-sama dengan bagasi pakaian kita..




NUR/ Dis 2010



Seminggu menghilang


Mulai esok malam.. 28/3/2012 - 2/4/2012 tuan punya belog ini akan menghilang...

Jeng Jeng Jeng
Tuan punya belog bersama budak undergraduates dan classmate akan bercamping di Langkawi selama seminggu

Tata belog

imbas kembali ..
" aku orang outdoor yang dah nak dekat pencen.."


camping di Kuala Merong, Taman Negara Endau Rompin Johor

Camping di Teluk Bahang, Pulau Pinang & Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Endau Rompin Selai
Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Lenggong, Perak
Kuala Gula Bird Sanctuaries - Mangrove Planting


* actually banyak lagi experience kami redah hutan tebal....dari National Park ke protected areas..ke wildlife conservation... terlalu indah utk dikenang. disimpan kukuh dalam memori

Tuesday 27 March 2012

Rumah Mawi pulak kena rompak

Masyaallah
Nauzubillah
Macam-macam kes sekarang ni kan?
Manusia dah hilang pertimbangan..
Nafsu dah menguasi akal dan fikiran
Kederat dah taknak digunakan
Hidup senang dengan jalan paling mudah dan sia-sia

Ya Allah, jauhkan lah kami semua dari malapetaka itu...

kediaman Mawi telah dirompak awal pagi tadi (kira semalam lah...26/3/2012) di Bandar Baru Bangi..

Mawi, Ikin dan ibu mertuanya telah diikat oleh sang perompak durjana.. # nasib baiklah tidak diapa-apakan si 'kecik yang baru lahir itu..'

ikin diugut dengan menggunakan parang yang diletak di lehernya..* nauzubillah..nasib baik ikin tak tercedera...

mereka sekeluarga ternyata masih trauma...


terus teringat pada emak dan abah di kampung - beberapa bulan yang lalu musim orang merompak. siap acu senjata pada tuan rumah. ada pakcik yang cedera ditetak di badan dan kepala kerana mempertahankan diri.
rumah kami juga pernah dimasuki pencuri...tetapi pencuri hanya sempat melarikan telepon buruk adik bongsuku kerana mak tersedar ketika si pencuri sedang keluar masuk bilik...lalu mak terus menjerit sekuat hati...


* nak bawak mak balik rumah kami bila abah pergi Umrah bulan empat nanti.. risau nak tinggalkan mak berdua dengan adik perempuan kat rumah di kampung

salah ke beli pregnancy test?

Pregnancy test?
Sape Pregnant? Sape? Sape?
ala ala cik joyah kepoh yang sebok hal luar dalam kain orang lain..
Bukan saya Ok.... 
Makcik ni belum ada rezki nak timang cahaya mata (doakan ye? biaq kami cepat-cepat dapat baby..hehe)


Tadi terbaca kat FB member,
terus berdesup type kat google...
Hmm..masih Hot lagi,...baru keluar dari oven
berita sensasi katanya


Sensasi sangat ke bila seorang lelaki bergelar suami pergi ke farmasi untuk membeli pregnancy test?
Tak sensasi sebenarnya jika si lelaki yang bergelar 'suami' itu adalah 'suami' kpd manusia macam aku..
Tapi jadi tumpuan & perhatian ramai bila si lelaki yang baru bergelar 'suami' untuk kali kedua itu adalah 'suami' kepada seorang retis yang vavavoom..meletops...glamer...seantero Malaya #


korang tahu ke sape yang diorang duk borakkan kat forum tu?






# ada kajian menunjukkan, cuaca boleh membantu pasangan untuk mendapatkan anak. sebab tu..ada orang kata..nak dapat anak. pergi lah tempat sejuk-sejuk.. Macam Switzerland tu... Ooppsss..

Monday 26 March 2012

Kes culik kucing berleluasa

 
huhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

sedihnya..
Mocha kesayanganku telah tidak pulang-pulang sejak semalam

Mocha !
Kemana perginya dikau
kemana?
kami buat-buat macam biasa..dalam hati..Rinduuu rasanya
biasanya pagi-pagi lagi dia dah bising..kejutkan kami awal pagi
mintak my hubby bg dia makan..


dalam kita sebok nak gi keje
dia sebok nak keluar...


bukan kita taknak bagi dia keluar...
tapi, tengoklah..apa jadi pada dia skang?


cepatlah Mocha balik...
Mummy dah beli makanan dan pasir baru untuk Mocha tau?

huhu
mesti ada orang yang kurung Mocha dalam sangkar ni
kalau tak Mocha mesti dah cabut lari balik rumah

Mocha..gigit tau tangan pencolek tu..
Jangan bagi dia bawak lari Mocha lagi...
huhu

Mocha
Baliklah...






Sunday 25 March 2012

Destinasi Cuti di Pulau Perhentian 3

Hari Kedua : Sabtu

bangun pagi, gosok, cuci muka, terus mandi...hehe... 
memandangkan hari ini hari snorkeling sedunia (lah sangat..), kami bangun dengan rasa eXcited terlebih-lebih.
apa yang penting? isi perut dulu lah.. 
our breakfast yang ala-ala mat salleh lah sangat ni cost us RM37.00 uolls... hehe
takde choice, terpaksalah order..kalau kutahu...awal-awal aku bawak bekal roti sedozen..

kami amik snorkeling trips dengan fauna chalet (jiran flora chalet..)
it costs rm45 per person
biasanya diorang akan memuatkan about 10 peoples in one boat - memandangkan kami terlambat book, so..kami dapat boat hanya utk kami berempat
super eXcited OK? atas boat aje...hehe..
 
kami pilih 3 points :
turtle points
fish points (taman laut)
shark points




menanti penuh debar....abang yang guide snorkeling trips kitorang tu..muka dia ada ala-ala Yus Jambu...hehe

Point pertama : turtle point
kat sini supposedly kita akan nampak penyu besar. we olls pusing-pusing jugak..tengok-tengok kalau ada penyu yang sudi nak tunjuk muka.. Ada. tapi tak sempat nak terjun. penyu dah blah macam tu aje.. Pemalu betoi penyu sekor ni..
aksi memanggil penyu dengan jayanya..heeheee

Point kedua : fish points
masa kitorang sampai..boat dah sedia ramai. Macam pesta air..masing-masing tengah syok 'skodeng' ikan... Subhanallah..cantik sangat taman laut ni. Sekor-sekor ikan kita nampak..jelas gitu..siap boleh pegang (kalau korang rasa korang terrer nak tangkap guna tangan)

kat sini...gambo tak sempat nak amik. Kamera bateri habis. Hancusss...harapan my hubby yang konon2 nak posing sakan. kami pulak..sempat bawak sebijik kamera je...tepon kami tak teringat nak bawak..DSLR aku yang besar gedabak memang tak rasa nak bawak gi snorkeling..



ni aje yang sempat terakam...sebelum bateri habess..

super duper eXcited hubby...hehe..sempat snap sebelum bateri habis..

aku yang pura-pura seronok..padahal dah kalut semacam..tak bergerak-gerak langsung ! aku phobia pada kedalaman laut Ok?

point ketiga: shark point
point ni tak jauh dari point pertama dan kedua tu. bezanya..kawasan ni lebih dalam.. Takutnyaaaaa....
kan aku ni kategori fobia pada kedalaman laut..so, terjun air tu pon sebab terpaksa. Orang kata dah membayar...takkan tak nak cuba kan?
rezeki kami nak jumpa shark besar2 takde nampaknya. nampak anak-anak shark je...ee..gamat pon ada tau? gemuk-gemuk lembik...

habis je shark point, abang yang ala-ala Yus Jambu tu bawak kami ke Air Berani... Ni kira cam anak sungai kat tepi pantai. airnya sikit je..tapi sejuk dia. Mak ai..macam mandi air dalam peti sejukkkkk... 

tengahari buta aktiviti snorkeling dah sudah... 3,4 jam tu rasa singkat sangat. kalau ikut hati, nak sangat berlama-lamaan kat Fish Point area tu. Pemandangan dasar laut dia terlaluuuu cantik yang sukar nak ku gambarkan dengan kata-kata. Serius...korang kena tengok sendiri. Dan lepas tu korang akan bersetuju dengan konsep konservasi marine park yang sedang giat dipromosikan.  Setakat nak belanja RM5.00 untuk conservation fee tu..small the matter the kacang lah!




klik sini untuk baca lagi :
Destinasi cuti di Pulau Perhentian Besar

Susahnya jadi orang gemuk

 
  1. Asyik perabih duit, tak pasal-pasal kena beli baju baru jek (bukan setakat baju besar...pompuan, paham2 jelah...semua datang dalam satu set..parah nak ganti semua) - huhu...baju last month dah sedikit sendat..itu belum baju yang bermonths sebelum ni...mesti masuk lengan, badan dah macam sarung nangka. OMG..OMG
  2. Kete senget sebelah - jadi mangsa usikan. lagi-lagi kalau tayar yang kita naik tu pancit. maka, adalah suara comey yang kata.." ni kak na lah punya pasal..."
  3. Jalan cepat mengah - tak disangkal lagi, bila berat badan meningkat, beban dah bertan-tan menyebabkan kita cepat mengah. padahal baru jalan tak berapa cm jek...
  4. Sakit kakilah..sakit pingganglah - ye..betul. lutut kita akan mudah rasa sakit. sebab? segala beban tubuh kita jatuh kat kaki, maka sendi kena menampung berat tubuh. mahu dia tak parah.. 6000gram tu..hehe.
  5. Muka sedulang - ni istilah adik aku menggelarkan bentuk wajah aku yang dah mengembang macam dulang....sabau jelah
  6. Hilang daya imbangan - tak caye? cer korang yang chubby dubby cam aku ni lalu atas titi....Ko tengoklah betapa payah manusia macam kita ni nak mengimbang berat badan...adoooiii..
  7. Segan nak menumpang - kes ni masa aku belajar dulu... kira macam yang chubby dubby nak tumpang moto kapcai member. pulak tu member halusss cam lidi... Mau tak terhuyung hayang..tu belum lagi 'keazaban' motor tu nak panjat bukit..
  8. kos dobi meningkat - aiyak..kenapa baju aku banyak? haha...lupa diri Ok? baju ko kan saiz L semua.. member sebelah ko tu saiz S, ngan XS..mana sama jisim nya? Harga kan ikut kilo...sekilo 4 hengget.. Kau punya kan berkilo-kilo.....huhu
  9. Jadi mangsa pandangan sinis - aku tak tahu lah aku ni perasan sendiri..tapi bila makan kat kedai..aku jeling2 jugak orang lain...rasa nak ter'malu kalau ambil lebih..maklumlah..nanti orang cakap, mana tak gumuk..makan sepinggan penuh..
  10. low self confident - terutama sekali if pasangan uolls kurus, selim melim.. lepas tu ada sahaja manusia yang buat perbandingan antara uolls...huhu...mahu tak terasa kecik jek diri, even badan besau cam 'anak gajah'


*no offense ok? this is my truly experience sepanjang hidup aku bergelar manusia bernama Diana. Dan kini aku semakin gumuk...oh mak...!!!

10 lokasi perlancongan perak yang mesti dikunjungi


1. Pulau Pangkor dan Lumut *
dikatakan berasal daripada perkataan Thai, 'Pang Ko' yang bermaksud Pulau yang cantik. Kawasan pantai menjadi tarikan utama disini. Teluk Nipah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara, kerana disini korang boleh melakukan aktiviti air seperti bermain jet ski, banana boat, snorkeling dan lain-lain lagi. Juga boleh mendapatkan bot untuk ke Pulau Sembilan, 'syurga' bagi kaki pancing. Ataupon yang paling best, korang boleh sewa kereta atau skuter untuk bersiar-siar di sekitar kawasan pulau.. 

2. Zoo Taiping
terletak berhampiran pusat bandar Taiping. yang istimewanya zoo ni..mengadakan perkhidmatan Night Safari Zoo.Night Safari beroperasi seawal jam 8.00- 11.00 mlm pada hari biasa. Dan tutup 12.00 malam pada hari Sabtu & Ahad

3. Hutan Paya Bakau Matang *
berkeluasan sekitar 20 hektar yang diselia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Terdapat 2 spesis utama bakau ; bakau kurap dan bakau minyak. 'Boardwalk' disesiakan sepanjang 1.4 km untuk memberi peluang kepada pengunjung mengalami sendiri pengalaman berada di dalam hutan paya bakau. Pengunjung juga boleh mendapatkan informasi di Pusat Interpretasi Hutan Paya Laut Matang yang terletak di tengah-tengah laluan boardwalk tersebut. 

4. Kuala Kangsar
merupakan bandar diraja yang mempunyai ikon perlancongan seperti Masjid Ubudiah. antara lain tarikan di Kuala Kangsar adalah ; pokok getah pertama & tertua di Kuala Kangsar di tanam berhampiran Pejabat Daerah Kuala Kangsar, pembuatan keris, dan pembuatan labu sayong.

5. Tokong Sam Poh Tong
merupakan kawasna untuk membeli buah limau bali  atau dikenali sebagai Buah Tambun.

6. Taman Herba Negeri Perak
terletka di Jalan Simpang Pulai -Batu Gajah, Kampung Kepayang Gopeng ini dibuka untuk orang ramai. terdapat juga kolam bagi mereka yang gemar memancing. kemudahan lain, seperti tempat BBQ juga disediakan bagi mereka yang ingin mengadakan majlis keraian.

7. Pulau orang Utan
tarikan unik di Bukit Merah Laketown Resort yang terletak di Daerah Kerian, Perak. Para pengunjung yang datang ke Bukit Merah Laketown boleh ke pUalu Orang Utan dengan menaiki feri yang mengambil masa 15-20 minit. 

8. Hutan Belum ( Taman Negeri Royal Belum)
dilabelkan kawasan 'suci' kerana bebas daripada sebarang aspek penerokaan dan pembangunan. Dikatakan usianya lebih tua berbanding Hutan Amazon, yakni 130 juta tahun. Orang awam tidak dibenarkan masuk, melainkan telah memperolei permit yang sah. 

9. Gua Tempurung
terletak di Gopeng.namanya diambil daripada rupa bentuk gua yang menyerupai tempurung kelapa. gunung ini dikatakan istemawa dengan terdapatnya sebuah terowong yang dikenali sebagai Terowong Angin yang membuatkan pengunjung berasa seolah-olah berada di puncak gunung. keadaan ini berlaku akibat pertembungan udara panas di luar gua dan udara sejuk di dalam gua sehingga menghasilkan wap air. 

10. Felda Residence Hot Spring Sg Klah *
mengambil masa hanya kira-kira 70 minit dari Kuala Lumpur menggunakan lebuhraya utara selatan.  dibuka 800am - 10pm setiap hari dengan harga tiket yang berpatutan. merupakan salah satu kolam air terpanas di Malaysia dengan suhu sekitar 102c. terdapat beberapa jenis kolam dengan suhu berbeza. yang menariknya, pengunjung boleh merebus telur secara semulajadi di dalam kolam air panas. bagi pengunjung yang ingin bermalam, chalet dan villa juga disediakan. untuk maklumat lanjut Felda Travel - residence


yang bertanda * tu..makcik dah pernah pergi  dan aku recomend sangat-sangat  untuk yang berminat menerokai negeri Perak

inikah tunang Irma Hasmie?

 
* kesahihannya belum dapat aku pastikan lagi....gambar ni aku terjumpa kat page fb kawan aku....




kalau betul...betullah ye? kalau salah...sowwi..hehe

Saturday 24 March 2012

Perempuan rogol lelaki! What the....

Trauma melanda pengembara kaum Adam di Zimbabwe
Lelaki takut diperkosa wanita..
what the...?? first impressions aku masa baca Kosmo tadi...

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.
media melaporkan, beberapa lelaki yang ditemui di lebuhraya telah diberikan ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau, diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirgogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan ...# mak ai..ganasnye...

kumpulan perogol ini dikenali sebagai 'pemburu sperma'...pernah disiarkan di akhbar pada tahun 2009.

polis berjaya menahan tiga wanita bersama beg plastik berisi 31 kondom terpakai. mereka di dakwa memperkosa 17 lelaki. 3 yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie, Netsai dan Rosemary. 
 
nilah wajah 'pemburu sperma'..hati-hati lelaki di luar sana. polis menasihatkan pengembara agar tidak menumpang mana-mana kenderaan persendirian yang dipandu oleh wanita terutamanya.

polis mempercayai sperma tersebut diambil bagi tujuan amalan sihir dikenali sebagai 'juju' atau upacara pembawa tuah termasuk bagi tujuan melariskan perniagaan, mendatangkan kekayaan, dan mengelak penjenayah daripada dikesan. 

'pemburu sperma' tidak sesekali mengambil sperma keksaih atau suami mereka. kerana percaya ia akan memudaratkan lelaki tersebut..# pulak? sayang jugak kat suami ye..








p/s : macam-macam kes kan? kat Malaysia pon ada yang masih mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat macam ni.. tapi takdelah spesifik guna sperma melalui kaedah 'paksa& rogol ' ni.. tapi kaedah lain sperti mencuri pakaian dalam wanita yang telah digunakan untuk disihir... Nauzubillah

Thursday 22 March 2012

Destinasi cuti Pulau Perhentian Besar 2

Hari Pertama : Jumaat

Kami check in awal, lebih kurang pukul 1030am. So, daripada tak tahu nak buat apa.. Kami jalan-jalan tepi pantai.
tengok mat saleh ni...main biar je baby comey ni guling-guling atas pasir...sabau jelah # 

depan chalet disediakan hammock. takdelah semua pokok... selang beberapa pokok. itupon utk kategori pokok besar yg elok dan mampu menampung berat 'anak gajah' macam aku..hehe
disebabkan ia cuma ada satu...so, sape cepat dia dapat !

senyum seindah suria...yang membawa cahaya... hehe * jiwang seh...

visitors masih belum ramai....maybe because today is the last school day 
esok-esok penuhlah pulau ni...
ape lagi? nilah masa nak berjimba-jimba sakan
nanti bila dah penuh dengan manusia, malu pulak nak bersifat 'keanak-anakan'

mereka bertiga ni dah tak sabar nak main air
my hubby siap bawak google dari rumah gitu...kunun-kunun nak maximizing his snorkeling experience

lepas mandi manda yang tak berapa nak jam tu... perut mula terasa lapaq..
kami pilih untuk makan di Cafe Flora Bay Resort..
* Tips : Jangan tak tahu oalls. Harga makanan kat sini kalah KL tau? Double up prices. Ada jugak yang naik dekat 3 kali ganda.. So, bagi yang datang ramai-ramai, dan nak berjimat sikit. Boleh bawak makanan dari rumah yang tahan lama dan tak mudah basi. Macam sambal ikan bilis ke...rendang daging ke...maggi...air mineral siap-siap

Menu kami petang tu, ala carte biasa je.. Saje nak try sedap ke x tomyam perhentian ni :

 3 ice lemon tea + 1 mango juice, tomyam for 2 pax, telur dadar, sayur kangkung, sotong masak pedas. It's cost us RM51. Kalau kat S.alam ni..baru around Rm30..hehe

lepas makan, perut kenyang hati riang...terusss masuk bilik..mandi-manda...tidur daaaa...
dekat pukul 6 ptg jugak kami baru terjaga..siap-siap terus keluar jalan-jalan tepi pantai. sambil tu survey snorkeling trips pakej dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
mak aih, macam pelik pulak.. kalau ikut info dalam belog..harga untuk snorkeling trips biasanya RM35 seorang untuk 3 points..
tapi kat sini, yang kami dapat semuanya RM45 untuk 3/4 points...

pelik - pelik - pelik
last-last we all tak decide nak pilih yang mana satu...lebih baik we all refer pada resort. mana tahu depa ada cadangan yang menarik & tertarik...

sambil itu...apa kata penuhkan memory card SLR ni ngan pics kami semua yang poyo jambu..ahaks

my hubby kata (dia yang kata ye..?) Pergi pulau perhentian, kalau tak pekena fresh juice diorang, macam tak lengkap katanya..

Kami decided minum juice petang-petang hari nak rembang senja tepi pantai..(gila syahdu..hehe)
Seriously, semua juice berharga RM8.00. It's plain orange tau? Just buah oren yang di blend bersama gula pasir dan air masak tu..

#milo ais yang aku minum, guna crystal clear water pulau perhentian kot? it cost me RM4.00. Hamek kau? sape suh tak bawak Instant Milo 3 in 1 tu...padan muka. Dusshhh...

maghrib ke isyak, we all stay dalam bilik je..borak-borak sambil guling-guling menikmati aircond..
memandangkan perut masih kenyang dek tomyam dan fruit juice petang tadi..so, takdela plan nak dinner awal. Ingatkan nak lepak lewat sikit kat cafe..

Dan dan bila kami keluar..semua cafe chalet dah tutup kedai...
lahh...macam ni pulak? Tutup pukul 10pm..!!
nasib baik ada gerai burger dekat-dekat ngan fauna chalet. 

burger paling murah berharga rm2.50. tak silap aku tu kategori benjo..
dan yang special mencecah rm 5.00
overall cost, untuk 3 burger + 1 benjo : RM17.00

nasib baiklah burger 'mahal kedano' ni sedap rasanya...
kalau tak..mahu aku menangis kesedihan berhingusan ..hehehe



Untuk baca lebih lagi?
Klik




5 cara hargai isteri

Isteri adalah pelengkap kehidupan rumahtangga. Isteri juga seharusnya menjadi pendorong kepada kejayaan suami. Tidak dinafikan, isteri memainkan peranan penting dalam mengurus anak-anak, dan segala bentuk hal ehwal rumahtangga. Baik remeh, ataupun tidak...

Justeru itu, kewajaran untuk menghargai isteri perlu menjadi keutamaan para suami. Mengapa tidak melakukan sesuatu yang mampu mengukuhkan satu-satu ikatan. Kita inginkan ianya berpanjangan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dipenuhi rasa bahagia yang tak terhingga. 

Apa kata mulakan sesuatu. Tidak rugi mencuba. Selagi ia belum terlambat !
  1. anggap isteri diri sendiri - suami menginginkan segalanya dari isteri. belaian yang tidak berbelah bagi, penjagaan diri yang diutamakan, kasih sayang yang berpanjangan, jugak sedikit penghargaan. mengapa tidak melakukan hal yang sama. isteri juga seperti suami. ada saatnya, biarlah mereka menjadi ratu hati anda.
  2. bantu isteri ringankan tugas - sama-sama berkerja, sama-sama merasa penat bukan? seorang isteri yang berkerjaya mampu menjalankan kerja-kerja rumah sesempurna mungkin. mengapa tidak dibantu mereka. mulakan dengan hal sekecil membasuh pinggan. Sudahlah isteri memasak, mengemas dapur. mengapa tidak dibantu dengan memcuci dan menyusun pinggan mangkuk. Susah sangatkah?
  3. ciuman isrimewa buat isteri - kuasa ciuman seorang suami amat istimewa. jangan hanya praktis ketika 'ingin bersama'. dalam hal-hal lain..anda membiarkan dia. hadiahkan ciuman tanda ucapan tahniah. mungkin sesekali boleh curi-curi menciumnya. dalam keadaan yang dia tak jangka,pasti membuat dia tersenyum. 
  4. penuhi hajat isteri - tidak perlu berbela nja besar. cukuplah jika anda mampu, hadiahkan sesuatu yang 'amat dia idamkan' pada hari-hari bahagianya. Seperti sambutan ulangtahunnya?
  5. bawa isteri bercuti - riadah dan menenangkan fikiran salah satu cara membina aik hubungan mesra sekeluara. jika 24/7 kita terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan dan anak-anak, mengapa tidak diperuntukkan satu tempoh masa untuk percutian yang berkualiti. sekejab tapi bermanfaat!


modified from seridewi keluarga/jan 2011



Wednesday 21 March 2012

Flora Bay Resort Pulau Perhentian Besar

Kenapa Flora Bay Resort? Kenapa bukan  yang lain?....
Plan pada awalnya, kami nak stay kat Perhentian Kecil. Sebab semua kata ia happening dan horey-horey. Sessuai untuk kepala yang tak berapa skema.  Perhentian Besar untuk ibu-ibu, bapa-bapa dan anak-anak sekeluarga ya..hehe... Kami decide nak book Sha ri La. .Tapi apekan daya, nasib tidak menyebelahi..Sha ri La fullhouse! Fully Booked. OMG. Budak-budak cuti sekolah da...

Plan berubah ke Perhentian Besar..So, mata pun berpinar me 'review' semula chalet. Calculator main peranan. Yang mana lebih berpatutan..yang mana rasa-rasa OK. Kami pilih. At last..kami called Flora Bay Resort. cuma ada satu bilik family room di Flora Bay Resort 1. Hubby macam teragak-agak. Nak buat rundingan konon-konon. Yelah...kami bawak sepasang adik perempuan. Kalau boleh...biarlah bilik yang agak sessuai untuk berempat. So, kami called semula Flora Bay Resort 1. Kira nak confirm lah jadi book.. Tahu apa staff tu cakap. " Encik....baru je tadi ada orang book bilik tu.. So, bilik dah penuh. Kalau encik berminat, boleh amik seaview deluxe. Harga rm210 semalaman.."

RM210 semalam. Kalau dua malam..mahu RM420.. Itu belum masuk cost snorkelling, makan segala..!!!!

kami pun pot pet pot pet dengan minah tu dalam telefon. last-last dia offer kami bilik kat Flora Bay Resort 2. Kira derang ni kembar le..Tapi kembar terpisah dek Fauna Resort..hehe...* lega rasa hati..

Seaside View Aircond
RM170 semalaman x 2    =  RM340
tambah mattress           =  RM50
TOTAL                         =  RM390

 
nampak tak kat mana chalet aku? ....

kalau tengok dari map. nampak macam isolated kan? macam takde orang je.. macam tak meriah.. Tapi, orang kata..apa yang baik untuk orang, tak semestinya baik untuk kita (erkk..macam tu ke?).. Nantilah..ada masa aku cerita kenapa tempat ni jadi baik dan sesuai untuk kami-kami berempat..
ada 1 queen bed. boleh tambah mattress.. ada freezer, aircond..
bilik overall clean and tidy..
kalau ada pasir tu..biasalah..kaki kita yang bawak dari luar. nama pun pantai
tapi..derang dah siap-siap letak penyapu kat dalam bilik

condition bilik air agak memuaskan..ada water heater sekali..

seaside view - bilik yang paling hujung sekali, betul-betul sebelah laut (yang tersidai towel pinky2)

pemandangan dari tingkap bilik kami...nampak tak pondok kecik tu? betul-betul depan laut

bilik kami menghadap cafe - petang-petang ramai mat salleh lepaking sambil minum-minum lepas penat diving..ohseeemm

kalau rasa nak layan mata petang-petang..duk aje depan beranda ni...angin sepoi-sepoi bahasa

bilik ni no 201. best port ever in flora... bagi aku lah. 
bilik-bilik yang lain agak terkebelakang sikit. So, deruan ombak tu mungkin akan jadi sipi-sipi je kat telinga...hehe

Nak tempah? Klik sini :

Nak kepoychi.? Tekan sini :