Monday 5 March 2012

Waterproof zip pouch – Persediaan untuk posing dalam air di Pulau Perhentian

Excited nak main air. Yey...seronok!

Ok. Memandangkan kami amat gila kamera (especially daku & my mischievous sisters itu...).maka kemana sahaja kaki kami melangkah, pasti ada sedozen dua ( ntah berapa G memori SLR aku ni..) gambar yang terabadi dalam hardisk laptop aku.

So, untuk percutian kali ini....kepala asyik memikir. Bagaimana caranya nak mengabadikan gambar kami yang seronok sangat nak masuk air?

Alah....macamana ni? Takkan nak angkut DSLR yang gedabak tu? Siapa pulak yang nak usung kamera kesana kemari? Itu belum tolak tambah risiko kamera ‘terkena air laut’... Yelah...risiko itu perlu difikirkan. Ye tak?

Waterproof casing untuk DSLR memang ada. Tapi...harganya. Tak berapa nak ada. Yelah..kami bukan photographer tegar..nak berbelanja ribuan ringgit semata-mata nak cari waterproof casing untuk DSLR...hmm... Tak berbaloi..

So, semalam..kami keluar cari barang untuk outdoor kali ini... Excited sangat! Pergi survey outdoor gear... Masih teringat zaman muda remaja dahulu – bercamping..trekking..ber backpacking segala.. (STOP !! jangan nak melalut..). We drop by at DEUTER stockist..  Usha punya usha. My hubby kata..dah jumpa benda yang dicari. Nak tahu apa?

Ini dia.....tadaaaaa...
waterproof zip pouch ni brand Hypergear..
Harga : RM50-RM80 (depend pada brand dan kecekapan korang tawar menawar)

Mesti bagi yang tak tahu terpinga-pinga dengan menda alah ni kan? OK....purposely menda ni dibuat daripada soft matte PVC. This is 100% waterproof. Dalam ertikara lain..kalis air..




  • Simpan benda-benda berharga termasuk camera/PDA/telefon/GPS dan lain-lain.
  • Juga sesuai untuk menyimpan barang berharga seperti passport. Wallets dan kunci.
Waterproof zip pouch ni di seal sebanyak 3 layers.. just to ensure. it good enuff to protect menda-menda yang kat dalam ini drpd air...
sebelum berani..nak letak telefon..waima camera cabuk dalam ni..dan campak dalam air. Apa kata kita buat eksperimen sikit. Yelah....kalau lah leaking ke...kat mana-mana bahagian. tak ke naya nanti..
so, rendam lah waterproof zip pouch dalam baldi semalaman. nak tengok ada mana-mana bahagian berlubang tak...

Since, its properly seal...it's float easily. Hmmm..kalau terjatuh ke dalam laut. Insyaallah...menda ni akan terapung. Tapi..kalau berlubang dan masuk air...mesti lah tenggelam. Ye tak?

At the end, eksperimen berjaya !! Yay !!
Dah tak sabar nak applied kat Perhentian nanti....

7 comments:

wahida said...

bila nak gi ni? jelesssss!!

Diana @ BKKC said...

hehe...kamis ni..

BERT said...

waaaa besssnye!! beskan dapat posing dlam air skali...

Unknown said...

wahhh cun ni!!! :D

Asmara said...

oh maknanya boleh petik2 gambar dlm air la ye. camne nk pgng tu ye? hihi.. tgh imagine. :D

Unknown said...

Stokis deuter kt mane ye?

Unknown said...

Stokis deuter kt mane ye?