Wah !! Bercuti sakan ye makcik gayah ni ?
Bercuti-bercuti jugak...tapi, jangan sampai ter'lagha'
seeloknya adab seorang Muslim harus kita pelihara.
Ok, disini ada beberapa panduan yang aku rasa boleh kita kongsi bersama.
1. Tentukan destinasi
elakkan dari tempat-tempat maksiat kerana ia boleh merosakkan jiwa, terutama kanak-kanak. Pergi berhibur itu tidak salah..tetapi harus diingat, ada batasan yang perlu dijaga
2. Pilih lokasi percutian ikut kemampuan
jauhkan diri dari pembaziran. pilih tempat percutian mengikut bajet dan ekonomi masingp-masing. Jangan mudah terpengaruh dan terikut-ikut gaya kawan-kawan yang lebih mampu dari kita
3. Solat jangan diabaikan
yang membezakan seoran Muslim dengan manusia yang lain adalah solatnya. Solat jamak dan qasar juga boleh dilakukakan mengikut keadaan dan syarat yang telah ditetapkan.
4. Jaga makan minum, pastikan ia bersih dan halal
makan minum perlu diberi keutamaan, kerana ia akan menjadi darah daging kita. seterusnya memberi kesan kepada doa dan ibadah kita sehari-hari. Bila ingin bercuti ke luar negara misalnya, lakukanlah persediaan awal dengan membuat sedikit penyelidikan berkenaan restoren dan tempat makanan halal yang ingin kita tuju.
5. Amalkan doa musafir dan ikuti panduan Rasulullah
Rasulullah jika bermusafir di tempat tinggi dan berbukit akan menyebut ' Allahuakbar'. Perjalanan menuruni bukit pula beliau akan menyebut ' Subhanallah'. Baginda juga akan membawa dia apabila tiba di satu-satu tempat. Bila balik dari musafir, bainda tidak akan balik pada waktu malam secara mengejut. baginda akan pergi ke masjid, bersolat dan duduk sebentar menunggu hari siang baru pulang ke rumah.
6. Dalam kenderaan, pasanglah CD yang berfaedah
sebagai manusai kita tidak menjangka takdir yang bakal menimpa. Bahaya datang tanpa dipinta, ajal hadir tnpa mengikut waktu, sebagai umat Islam kita harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan
7. Bawa balik buah tangan
kepada jiran terdekat dan saudara mara. pemberian, walaupun sedikit dan urah adalah tanda penghargaan dan ingatan kepada orang yang baik dengan kita
4 comments:
Alhamdulillah kakak rasa kakak dah ikut tips yg diberi dan moga boleh terus diamalkan ketika bermusafir/jenjalan...
n3 yang bagus
remind us
bgs ni jd panduan utk bercuti :)
bagus!!dn belog awk sgt cute!!boley bg pnduan x mcm mna nk dcorate belog mcm awk??x pyah nk pkai template yg blogger punya??ala2 mcm dcorate sendiri..senang crita mcm awk la...hehehe..
Post a Comment