Sunday 25 March 2012

10 lokasi perlancongan perak yang mesti dikunjungi


1. Pulau Pangkor dan Lumut *
dikatakan berasal daripada perkataan Thai, 'Pang Ko' yang bermaksud Pulau yang cantik. Kawasan pantai menjadi tarikan utama disini. Teluk Nipah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara, kerana disini korang boleh melakukan aktiviti air seperti bermain jet ski, banana boat, snorkeling dan lain-lain lagi. Juga boleh mendapatkan bot untuk ke Pulau Sembilan, 'syurga' bagi kaki pancing. Ataupon yang paling best, korang boleh sewa kereta atau skuter untuk bersiar-siar di sekitar kawasan pulau.. 

2. Zoo Taiping
terletak berhampiran pusat bandar Taiping. yang istimewanya zoo ni..mengadakan perkhidmatan Night Safari Zoo.Night Safari beroperasi seawal jam 8.00- 11.00 mlm pada hari biasa. Dan tutup 12.00 malam pada hari Sabtu & Ahad

3. Hutan Paya Bakau Matang *
berkeluasan sekitar 20 hektar yang diselia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Terdapat 2 spesis utama bakau ; bakau kurap dan bakau minyak. 'Boardwalk' disesiakan sepanjang 1.4 km untuk memberi peluang kepada pengunjung mengalami sendiri pengalaman berada di dalam hutan paya bakau. Pengunjung juga boleh mendapatkan informasi di Pusat Interpretasi Hutan Paya Laut Matang yang terletak di tengah-tengah laluan boardwalk tersebut. 

4. Kuala Kangsar
merupakan bandar diraja yang mempunyai ikon perlancongan seperti Masjid Ubudiah. antara lain tarikan di Kuala Kangsar adalah ; pokok getah pertama & tertua di Kuala Kangsar di tanam berhampiran Pejabat Daerah Kuala Kangsar, pembuatan keris, dan pembuatan labu sayong.

5. Tokong Sam Poh Tong
merupakan kawasna untuk membeli buah limau bali  atau dikenali sebagai Buah Tambun.

6. Taman Herba Negeri Perak
terletka di Jalan Simpang Pulai -Batu Gajah, Kampung Kepayang Gopeng ini dibuka untuk orang ramai. terdapat juga kolam bagi mereka yang gemar memancing. kemudahan lain, seperti tempat BBQ juga disediakan bagi mereka yang ingin mengadakan majlis keraian.

7. Pulau orang Utan
tarikan unik di Bukit Merah Laketown Resort yang terletak di Daerah Kerian, Perak. Para pengunjung yang datang ke Bukit Merah Laketown boleh ke pUalu Orang Utan dengan menaiki feri yang mengambil masa 15-20 minit. 

8. Hutan Belum ( Taman Negeri Royal Belum)
dilabelkan kawasan 'suci' kerana bebas daripada sebarang aspek penerokaan dan pembangunan. Dikatakan usianya lebih tua berbanding Hutan Amazon, yakni 130 juta tahun. Orang awam tidak dibenarkan masuk, melainkan telah memperolei permit yang sah. 

9. Gua Tempurung
terletak di Gopeng.namanya diambil daripada rupa bentuk gua yang menyerupai tempurung kelapa. gunung ini dikatakan istemawa dengan terdapatnya sebuah terowong yang dikenali sebagai Terowong Angin yang membuatkan pengunjung berasa seolah-olah berada di puncak gunung. keadaan ini berlaku akibat pertembungan udara panas di luar gua dan udara sejuk di dalam gua sehingga menghasilkan wap air. 

10. Felda Residence Hot Spring Sg Klah *
mengambil masa hanya kira-kira 70 minit dari Kuala Lumpur menggunakan lebuhraya utara selatan.  dibuka 800am - 10pm setiap hari dengan harga tiket yang berpatutan. merupakan salah satu kolam air terpanas di Malaysia dengan suhu sekitar 102c. terdapat beberapa jenis kolam dengan suhu berbeza. yang menariknya, pengunjung boleh merebus telur secara semulajadi di dalam kolam air panas. bagi pengunjung yang ingin bermalam, chalet dan villa juga disediakan. untuk maklumat lanjut Felda Travel - residence


yang bertanda * tu..makcik dah pernah pergi  dan aku recomend sangat-sangat  untuk yang berminat menerokai negeri Perak

1 comment:

Unknown said...

satu pn tak prnah smpai, g perak g lost world tambun je..huhu