SATU
Perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.""
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.""
DUA
Membaca surah Al Kahfi - tidak kira pada siang hari atau malam hari.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
TIGA
Memperbanyakkan berdoa - terutama sekali pada waktu-waktu mustajab.
“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.” (Riwayat Muslim).
EMPAT
Mandi sunat, berhias diri, memakai wang-wangian - namun mengikut syarak serta memenuhi batasan agama.
Sabda baginda yang bermaksud,
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
LIMA
Memotong kuku
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
5 comments:
Moga dapat dimanfaatkan bersama...
good.alhamdulillah.terima kasih atas perkongsian
jumaa, penghulu segala hari
amalan yg baik
bukan hanya hari jumaat jer khen hari lain pow amalkan la
insyaAllah, thanks :)
Post a Comment