Monday 9 January 2012

Warna Warni Masterchef Malaysia

semenjak menjadi penganggur terhormat (sebab sudah study sepenuh masa - ) hari-hari indah aku banyak dihabiskan di hadapan Tv berserta laptop dan buku-buku yang melambak di depan mata. hehe..
sampai terkadang ter' confuse ' ..aku ni study ke? tengok TV ke? layan korea ke?....
hahaha...
Punyalah tak concentrate...
dan di saat itulah, mata ni mula asyik melayan realiti siri masakan Masterchef...
dari Masterchef Australia - ke Masterchef yang ada Chef Ramsay tu.. (Hell Kitchen)

Warna Warni Masterchef Malaysia :

- Masterchef Malaysia ni lebih cool, tenang, calm.... jika dibandingkan Masterchef US. Yelah, Chef Ramsay, mak ai..tersangatlah tegas orangnya. Kritikan yang diberikan...kena tahan telinga. Kalau yang hati tisu macam aku ni.. dah sah-sah mengalir air mata.
Masterchef US

Masterchef Malaysia

- starting Masterchef yg agak penuh kontroversi - isu 'overstating' VC yang dilakukan oleh Chef Riz hangat diperkatakan. Sana sini orang duk kutuk dan perli...ada jugak yang mengur dengan cara terang-terangan. Bak kata bijak pandai " berani buat , berani tanggung..". Permohonan maaf beliau diterima... dan aku selaku peminat MC tidak meletakkan 'kekurangan' itu sebagai satu perkara ' besar' yang boleh mengurangkan rasa minat aku nak menonton... Yelah, we have other two chef yang berkaliber... So...layankan..

- kritikan Chef Wan yang mengatakan MC Malaysia ini agak ber'drama.... hehe... Tak mahu ulas panjang. Sebab everything end up well...

Mohammad Danial Firdaus
-Daniel , the youngest contestant! He really impressed me... Selalu tertanya.. Dia ni anak tukang masak ke? anak chef ke?.. Semuda ini boleh memasak dengan baik.. Ya, im admit. aku sendiri pun tak pandai nak cuba-cuba resepi baru...terutama Western..lebih selesa dengan skill memasak kampung yang tak seberapa ni..
So, Daniel.. kalau suka memasak. Gi lah amik sijil masakan or yang relate dengan bidang ni macam kulinari ke..hotel ke...  Mana tahu one day awak boleh jd Chef hebat... macam idola awak ..Jamie Oliver...

Nilah dia, JUARA Masterchef Malaysia Pertama

dentist yang pandai memasak... dah lah pandai (kalau tak..takkan jadi dentist, ye tak?)..terrer memasak pulak tu...Jelous ai...
Si empunya nama Ezani, berusia 26 tahun adalah contestant yg paling aku suka - SEBAB? dia tersangatlah tenang orangnya... Semasa sesi cabaran bersama Chef , Ezani nampak relax..tak kelam kabut. Chef yang sorang lagi tu pulak kalut untuk pastikan Ezani memasak dengan betul... 

and one more, Ezani ni terrer bab desert...(itu yang diorang warwarkanlah dalam MC ni...)
So, Ezani won RM100k and chances to write and publish her own cooking/recipes book..tersangatlah bertuah. 

5 comments:

fizafantagiro said...

Byk terlepas episod MC ni .. tp kemenangan ezani mmg dijangkakan =) suke dia .. cool =)

Diana @ BKKC said...

tulah fia..D pon sgt kagum dgn ezani ni..under pressure still boleh ber'tabah.. kalau D...dah lama meletup..

cik fadh said...

hehe fadh pown pengikut setia MC malaysia . sokong sgt ezani menang, suka die !

Unknown said...

kat umah xdak astro..tp tau ler skit2 bile budak2 opis cerita..hehe..dh la pandai,pandai masak plak tuu..best!

Zana Adieyza said...

a'ah.. ezani ni jenis cool.. x kelam kabut.. rm100k, banyakkkkkkkkkk.... macam2 boleh buat..