Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Friday, 18 May 2012

Mudahnya Tanam Cili Padi Sendiri Dirumah

Memandangkan diri sedang dalam 'tempoh' menjadi suri rumahtangga 'separa masa'. So, aku telah merajinkan diri untuk mencuba-cuba bercucuk tanam..


benih cili padi yang aku beli kat Cameron Highlands bulan yang sudah
semai beberapa minggu lalu

* beli tanah campuran yang dah siap kat nursery
* kalau rajin boleh mix tanah sendiri = sabut kelapa + tanah + pasir + batu 
* tips : elakkan tanam biji rapat-rapat macam aku ni.....susah nak pisahkan bila perlu pindah pasu lebih besar
* letak pasu di bawah redup, elakkan panas & hujan

excited kan, tengok kesuburan pokok ni
memang * terbaik lah biji benih ni

setelah enam minggu (lebih kurang..)

bila pokok cili ni dah agak besar dan boleh hidup sendiri
sediakan pasu yang lebih besar saiznya untuk menggalakkan pertumbuhan akar
pasu terpakai - projek pokok aku yang tak mampu nak survived !


isi tanah dalam pasu
*tanah yang dah well mix - hubby aku mintak budak2 kontrak indo & bangla buatkan siap-siap. 


pisahkan anak-anak pokok tersebut. pastikan akar masih melekat elok pada tanah

buat lubang kat tengah-tengah pasu
* pakai lah apa yang patut, jgn jadi macam aku..main taram je guna tangan. aku memang kategori semberono jek...hehe

masukkan anak pokok cili elok-elok

* siram sedikit dengan air dan tabur baja 
* satu pokok untuk setiap pasu supaya dapat mengelakkan persaingan dan mempercepatkan proses tumbesaran..hehe....


jeng jeng jeng
Projek pokok cili padi merah aku
ada empat pasu kesemuanya


Tak sabar nak tengok pokok-pokok ini membesar dengan jayanya.
Harap sangat takde kumbang atau semut yang berkenan

MiSSion Accomplished




Wednesday, 13 April 2011

Veil



bila sebut tentang Veil..semua org suke..excited...
yelah..pakai veIl tu Dah macam si Princess ..so luvely doVey cam cinderella...~~

kerana nak lain,maka taknak lace..taknak Net (same lah tu..)
nak chiffon jugak..jugak
kaler off white~~
harga Rm6-Rm12 se meter (kat bolly ni la..)
aku pon beli..pastu mitak derang jahit tepi
memang lain sgt..
hahaahahaa
dah macam kain tudung la pulak
hahaahahahahahah....
memang lain sgt..

Nikah:
Tudung berowning jek..nak try yg lelain..tapi my future hubby keeps complaining my face will look alike apam- boolat katanyer
dan maybe..tudung nikah aku akan begini _walaupon susah dia nak mencium pp nanti
hahahaahah

kredit to : maZni PuTeri

Berinai:
Tudung Berowning ag~~tp nak try Improvisehed ngan Lacey ...

credit to : canteksekali

maybe kaler Gold+coklat begini..

khatam Quran: 
nak jugak ala-ala ARAb + Morocco ni..
tak kiralah muka bulat ke bujur ke..apam ke...
nak jugak
coz nak ada pic macam ni~~~

credit to : sigaunputih

inspirasi aku dari kkcollection
so, plan
1. beli inner kaler putih
2. tambal beads+ jahit pearl


nak carik kaler pink lembut__soft pinky

Monday, 11 April 2011

Do it yourself, babe

Konon terrer dan pandai~~
hik..hik..
macam projek bunga yg tak menjadi aritu.. (ntah paper jek...)
ni nak try DIY

veil..
inspired from : theStoryofLarasigaunputih, dan ramai lagi...
209005_214291511917707_100000105806467_983690_8246605_n
theStoryofLara
yg ni aku korek2 kat guugle

yg ni pun
yg ni..tu ade watermark..hehehe...

Flower pomanders-
yg ni pon aku nak try wat..
macam bes jek guna crepe paper (puas aku cari paper ape tu...rupa2nya..paper yg dolu2 org guna wat sarung telor)
jimat kan?
kalau beli bunga..mau duit lagi...

hand bouquets
yg macam ni..lain dari len,..hehehe
yng kipas ni unik..tak pernah jumpa

thank you tags

Wednesday, 6 April 2011

~ DIY bilik pengantin~~ ye..ye lah tu

kenapa aku tak kreatif??
kenapa aku STUCK!!!

huhu...
malam tadi ajak sidia pusing2 kamdar Klang..nak cari material nak hias bilik pengantin macam ni~
(hehe..ni bukan aku nye yek? ni aku cilok mana entah.. sumber: google)

sweet tak?
hehe..
sebeonar eh..kaler thema aku ni gold
tetapi memandangkan omak den terbeli langsir kaler dark peach
maka den nak padankan lah tabir tu ngan peach+gold (cam serabut jek..kate si dia)

masalahnyer
abah aku dah cat kaler bilik tu ngan kaler kunig air cam ni
tapi cam ok je..peach ngan kunig kan..kan...

aku pujuk sidia..aku kata
dinding kuning
langsir dark peach
tabir kat atas tu light peach la..
kan mak dah de day curtain (lebih kurang cam kat bawah ni..)
tabir kaler pink tu kita tukar lah peach...
mm..dia kata tak Ok
aku ish...
KO

aku nak buat tabir kat belakang katil tu cam gini jek
kaler peach+day curtain cream
atau
day curtain peach jek..

si dia kata..buat lah macam tu je..
tapi masalahnya bilik aku tu agak luas lah (boleh letak meja kecik kat kiri kanan lagi)
so..tabir kat belakang tu perlu empat ikatan (erkk..betul ke?)

mmm..kalaulah dapat kaler peach malam tadi..semua dah settle
tapi kaler peach ni~~susah tul nak jupe..geram !!!!

So, misi petang ni balik keje nak terus p Nagoya Plaza Alam Sentral..
nak cari day curtain/organza kaler peach..
harap2 jumpalah nanti