Friday 16 September 2011

filem 'bini-biniku gangster' : suratan atau kebetulan?

filem Bini Biniku Gangster

pelakon: dah terang lagi nak disuluh dengan lampu picit - Saheizy Sam, Intan Ladyana dan Norliyana
genre: komedi + aksi maksi
Plot: dah tajuk isteri-isteri..mesti lah banyak bini ye tak?....bini yang masing-masing gangster....
poster filem....bini biniku gangster...

- Suratan atau Kebetulan ???-

my wife is a gangster
2001
cerita ni memang aku ingat - kelakar babe...hehe

Eu Jin dan Yu Jin, sepasang adik beradik yang terpisah sejak kecil - Eu Jin membesar sebagai seorang gangster - dengan nickname Mantis. Yu Jin menghidap kanser kronik - hajat terakhirnya adalah untuk melihat Yu Jin berkahwin. Dengan hati yang berat Eu Jin pergi blind date  - dalam pergelutan yang tak dirancang - Kang Soo Il - seorang lelaki baik yang agak lurus bendul telah menyelamatkan Eu Jin - end up - mereka berkahwin - ingatkan everything semua dah Ok - yelah...dah kawen kan?... Tiba-tiba plak Yu Jin request sesuatu - Yu Jin nak anak buah!!! Means - Eu Jin yang mafia gila tu..perlu melahirkan anak buat memenuhi permintaan akhir Yu Jin....so, Eu Jin cubalah 1001 cara untuk mendapatkan anak - (sensor sikit-sikit..but totally .....KELAKAR)... hahahaha
sebenarnya Soo Il tak tahu langsung - wife nya ketua gangster - dan mintak Eu Jin cuci tangan - tapi Eu Jin mestilah taknak coz ada perhitungan yang perlu diselesaikan antara dia dengan White Shark - 
Zap..zup..zap..zup..adegan pergaduhan Eu Jin & White Shark...ketika itu Eu Jin keguguran - (sebenarnya dia pegnant tapi dia tak bagi tau Soo Il )
Eu Jin kena pukul bertubi-tubi kat perut oleh Nanman - serius....sadis jugak....huhu..
Masa kat hospital - ketika Eu Jin dirawat - Soo Il dapat tahu perbuatan Nanman terhadap isterinya - apalagi Soo Il menjadi marah dan berhasrat untuk membalas dendam-

The Ending was
Soo Il yang lurus bendul turut menyertai geng-geng Eu Jin. 
So, Lakibini jadi gangster...


2003
pelakon :Shin Eun-Kyung - Cha Eun-jin dan Park Jun Gyu - Yun Jae-cheol

cerita ni dimulakan dengan pergaduhan - zap..zup..zap ..zup...atas rooftop...
ketika bergaduh Eu Jin diserang dan terjatuh dari bangunan - Eu Jin selamat - TAPI -hilang ingatan - orang kata ape ke nama dia? -amnesia - 

dia dijumpai oleh Jae Chul -tukang masak restoren Cina - end up Eu Jin bekerja sebagai pengantar makanan utk restoren tersebut - hiduplah aman damai - simple dan biasa-biasa aje tanpa gangguan - sehinggalah dia dianugerahkan Brave Citizen Award - kerna berjaya menggagalkan cubaan untuk merompak - ini telah menyebabkan identiti Eu Jin diketahui oleh White Shark yang sememangnya amat berdendam dengan Eu Jin

Eu Jin diperangkap untuk satu pertarungan - so, mereka bertarung sehingga ke titisan darah yang terakhir


2006
pelakon : Shu Qi dan Lee Beom Su

Han Ki Chul, diarahkan oleh bosnya untuk menjaga Lim Aryong (Shu Qi) seorang gangster yang datang dari Hongkong. Dek kerana tidak tahu berbahasa korea, seorang penterjemah ditugaskan untuk sentiasa bersama Aryong - Yeon Hee - 

mereka diburu oleh pemburu upahan - Han Ki Chul yang konon-konon gangster menyangkakan pembunuh upahan tersebut ingin membunuhnya - padahal pembunuh upahan tersebut memburu Aryong kerana ayah Aryong dipercayai telah membunuh seorang ketua gangster yang lain 

cerita ni agak romantik sket - sebab instead of gaduh-gaduh -gaduh - Aryong balik ke Hongkong - tetapi nasib tidak menyebelahinya- apabila ayah Aryong mati dibunuh - Aryong tak puas hati -so, dia nak balas dendam tanapa mengendahkan nasihat Ki Chul yang telah meluahkan perasaan cinta padanya. 

Ki Chul cuba menyelamatkan Aryong ketika dia sedang bertarung dengan musuh - namun, Ki Chul cedera ditembak - namun Aryong berjaya mengalahkan musuhnya dan kini dia adalah big boss kepada kongsi gelap milik ayahnya.

ketika Ki Chul dalam perjalanan menuju ke airport untuk meninggalkan Hong Kong- Aryong telah datang bersama konco-konconya - mengahalang Ki Chul dari meninggalkannya - lalu melamar Ki Chul dihadapan semua anak buahnya. 


p/s: tajuk , same ke tidak?..tak berapa nak sama tajuk . Plot cerita..tak berapa nak sama rasanya

p/s/s tapi apa yang sama???....keseluruhan konsep filem ni...kenapa mesti bini aku gangster? ..kenapa tak bini aku tukang masak? bini aku mak bidan? bini aku tukang kebun?.... 

p/s/s/s adakah ini..suratan atau kebetulan??.....




maapkan daku atas review pilem yang tunggang langgang ni...

12 comments:

Aida Azryn said...

nampak cambest je cte bini2ku gengster. hehe.. t nak tgk la. ^^

lavenderlover said...

tu la kan..tajuk citer ni lebh kurg sm lak kan..my wife is a gangster 1-3 semua sy dah tgk n mcm awk kata mmg kelakar..harap2 cite melayu ni pon best!

aamalinaazman said...

hmmmmmmmmmmmm
agak susah nak jwb ni kak sebb sume x pnh tgk lagi
hihihihi
tapi betolla
cam sama
tak sape ikot sape..kikiki

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

mmg celok dari K drama la
actually byk la movie or drama gini kat korean dan tajuk pow sama....

anumuchan said...

first time dgr yg tajuk melayu tu.yg tajuk korea tu mmg penah dgr.huhuu

Solihin Zubir said...

my wife is a gangster tu prnah tgok yg lakonan shu qi tu ja.. best! hehe..

Unknown said...

x dpt bygkan kalo wife den gengster...haha

[sutera kasih] said...

hehe..sy pon xtgk lagi..

m said...

yelah. ada sikit persamaan. konsep dah sama. then lagi persamaan, "anak" jadi subjek. dlm bini2ku gangster si yana tu suh sam kawin len sb nk anak. tp yana tu sesuai la gak belakon aksi, mcm fit jugak. tp pelik dgn pemilihan intan ladyana? dia nampak soft.

aiEz said...

bini sy gangster...fuhh takut,heh...

tjuk macam lebih kurang,tp apa2 pun kena tgk jalan cerita bini2 ku gangster tu nanti...:)

LuN@_aiDi said...

My wife is a gengster tuh, iolls ader ler layan jugek..
mmg kelakar giller^^_

farhana said...

Huihhh, sampai 3 dah My Wife is Gangster...
Mungkin yang bini2ku gangster ni berciri kemelayuan..
yg pastinya pelakon2 smua best =)