Wednesday, 11 January 2012

Antara chef dan customer.......

selamat pagi semua...
dah breakfast..??

pagi tadi, daku telah berjaya menambahkan timbunan lemak..
bihun goreng plus minus nasi goreng... (sedikit..sedikit OK?)
rancangnya..nak berkematu dalam library..
sebab itu isi tangki penuh-penuh
takdelah nanti..dia meragam mintak diisi...

berbalik kepada perihal makan, selera dan citarasa antara kita amat berbeza-beza..
oleh itu, definisi sedap kini perlu mengikut tekak masing-masing..
ada mengatakan tat telur itu sedap..Yummy.. tapi bagi aku uwekss... NO! Sebab ada telur yang banyak  selalu buat aku loyar..
ada cakap nasi beriyani itu nikmat..tapi bagi aku. Oh NO! Banyak sangat minyak dan haruman...tak suka!

sedap pada lidah dan mulut suamiku - adalah kari melayu (bersantan dan sedikit cair)
sedap pada lidah dan mulut daku - adalah kari ala India/Mamak/Jawa (tanpa santan dan pekat)

sedap pada tekak dan selera suamiku bila asam pedas, (ada campuran sedikit serbuk kari dan daun kari)
sedap pada tekak dan selera daku bila asam pedas , ( rasa masamnya kuat, pedasnya menyengat dan daun laksa/ daun kesom)

Nampak tak? bertapa berbezanya kami.....
dalam rumahtangga, orang kata....gaya masakan akan mengarah ke kehendak si customer (alah...si suami)
Itu orang katalah....ye?
Yang aku kata..lain pulak..

Kerana akulah chef de cuisine- so, 'customer' akan makan apa yang chef masak! (walaupun customer ada dip culinary....)
Hehe.....
Customer boleh request apa sahaja..namun, style masakan..chef yang tentukan....
Hehe.....
Customer boleh complaint kurangkan pedas.. tapi tak boleh langsung tak pedas
Customer boleh complaint kurangkan masin...tapi jangan pulak langsung tak berasa garam
Hehe.....

Note : Kalau 'customer' manyak cakap...'customer' kena exchange job dengan 'chef '.Boleh?

But after few months berkongsi hidup, nampaknya 'customer'dan 'chef' dah boleh lenient towards each other...orang kata give and take. * Walau apepon, nampaknya, chef telah berjaya mempengaruhi 'customer' .


7 comments:

safurara said...

tart telur.ahhh xsuke.takut hanyir.

sailaaf said...

tang asam pedas tu kita sama.
hehe. customer ada dip in culinary?wow.handal la.

Hudalatip said...

tapi tart telur itu sedap..hiks..

Unknown said...

kami ber2 pon saling memepngaruhi..dulu sy x makan skang dh mkn,dulu die x makan skang dh mkn..hehe..;)

Zana Adieyza said...

zana pulak banyak dipengaruhi encik adiey.. so style masak zana ikut customer.. hihihi

Diana @ BKKC said...

cik puan rara : kite samleah..hehe

sailaaf : dip tu wat harta karun simpan dalam gerobok...haha

huda: try makan..yg KFC punya tu masih boleh telan..yg len2..tak mmapu den

nens: tulah..saling give n take

Unknown said...

tat telur umi boleh mkn tapi tak byk nanti muak huhuhu...tu la terpulang pada individu masing-masing kan... (",)