Friday, 9 September 2011

Bila Batuk Datang Lagi....

-assalamualaikum-
huk..huk.(background muzik)

-selamat pagi-
huk..huk..(background lagi)

ehem..ehem...menaip entri sambil melegakan tekak,
lantas teh panas kuhirup pelan -pelan...

dah beberapa hari batuk-batuk..inipun sejak menjejakkan kaki ke bumi S.alm/Klang ni...
sebelum ini elok sahaja, sehat ceria lagi beraya sakan di Johor..
tup..tup..

entahlah, adakah tahap 'kemurnian' udara Key El semakin tercemar dek 'asap dan debu' yang dibawa dari seberang? eh..korang tahu kan, kat seberang nu ada kes 'pembakaran terbuka' lagi...

 dah lah  cuaca panas dan kering dek perubahan Monsun Barat Daya...adududu...

Mengikut telekan nujum pak Belalang aku ni. batuk secara general boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1 - Batuk berkahak
2 -Batuk tak berkahak 

dan situasi aku sekarang ni, jatuh kepada jenis ke2- Batuk tak berkahak.. Korang pernah alaminya kan? Perit..kering..gatal tekak sampai rasa nak masukkan tangan ni utk garu tempat yang gatal tu..

dek kerana kedegilan dan kekerasan tempurung kepala otak aku ni, aku masih betah untuk tidak mengambil ubat batuk, dengan harapan dapat pulih secara super power natural. Dan macam terbayang-bayang kat mata bulat aku ni, nak buat preskripsi sendiri.. terasa nak try petua yang pernah aku amalkan dulu...

-Petua Mengurangkan Batuk - 
1 ) Minum madu - ada orang kata letak dalam air suam,tapi bagi aku. The best and  perfecto is minum madu macam tu aje. Ei..janganlah korang togok sebotol pulak. Pakai sudu..barang 2 sudu ke.. Masuk terus ke anak tekak. Biarkan beberapa saat, sebelum minum air masak...

2) Teh + Limau/ Lemon - buat teh pekat-pekat. Perahkan limau ke dalamnya. Minum terus. Oooppsss...tapi jangan pulak korang taram teh o ais Limau kat kedai Mamak nu...lagi dahsyat batuk korang nanti

3) Kicap + Limau - yang nipun aku pernah buat masa kecik-kecik dulu..tak tahu lah sape yang mengajarnya.. Tiba-tiba dah tahu jek..hehe....mungkin sebab selalu dengar orang pesan macam tu. Apa yang logiknya kicap dgn batuk pon aku tak pasti lagi. Kicap kaya dengan protein..dan adakah protein membantu merawat batuk?...cik puan profesor, sila buat research ini ye?




pesanan penaja: sebenarnya banyak lagi petua untuk menghilangkan batuk. To be honest, 3 kaedah di atas yang selalu aku cuba. And believe me, yang paling suksess sekali adalah kaedah pertama tu. Sebab daku pernah batuk berbulan-bulan, sampai terpaksa buat x ray paru-paru untuk pastikan bukan tibi atau penyakit lain. Tapi , tak tahu apa punca, dah keluar masuk klinik dan spital..at last, someone advice me Madu aka Honey... alhamdulillah..sehari makan je.. Batuk tak berkahak aku pulih. Dengan Izin Allah....




p/s kalau boleh cari madu asli..bukan madu buat kuih tu...bukan apa, kekadang madu ni dah tak ori..ada yg ditokok tambah dengan nanas lah...mcm2 lah.. (aku masih tak jumpa madu asli..pasal itulah batuk aku tak hilang lagi..)
p/s/s batuk aku tak baik-baik sebab aku selalu 'terminum ais  bila beraya kat rumah orang. Sungguh pantang digoda si Diana ni...hehe


17 comments:

Shuhaida Subri said...

sy pun tgh batuk gak..
hr tu balik kg ayah suruh minum madu + ngan cuka nipah.. sedap gak.. tp x lega pun.
sama la kita patang di goda ngan ais sket.. terus cair.. huhuhuhu

whitecappuccino said...

Akak pun tengah batuk dan sakit tekak..tak mo minum ais dah ..

Zana Adieyza said...

dear, zana x batuk pun minum madu.. hihihi.. tp kalau minum madu tu, guna sudu plastik k, jgn guna sudu besi sebab khasiat madu tu x sampai..

kawan husband zana jual madu asli.. ayah dia ambik dr org asli, tu yg zana rajin order madu.. hihihi

Shuhaida Subri said...

zana, mahal x madu tu? leh order jugak?

Unknown said...

minum madu + asam limau..insyaallah menjadi..biasa yg botol kecik tu rm 45..sy slalu beli n amalkan ms pegnen ag..sbb ms pegnen xleh mkn sebarang ubat..so madu la ubatnye

Unknown said...

smoga cpt smbuh :)

BERT said...

sy plak sakit tekak.. ooo tamo batok2.. nanti perit.. get well soon dear.. sy kalo batuk makan fidherman je.. bolehla lege sket ehehe

Atiqah Wadiah said...

x suka jugak batuk..sakit..perit..

NM02 said...

sekarang ai selalu amalkan minum madu.. makin surut dah sikit batuk ni

Niena Muhammad said...

utk ilangkan batu, amik sesudu kicap then perah asam limau sebiji, InsyaAllah batuk ilang,... amlkan selalu...


telur penyu mmg best la... hehe, biasanya org xbiasa makan geli sbb dia cam berlendiri.. tpi yg tu la sedapp

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

mkn la ubat :)
get well soon...

Dkna Abza said...

sakit itu menghapuskan dosa..semoga cepat sembuh :p

najihahfara said...

bas mmg ade ari ktm..tapi kene tunggu la..
o akak buat master ke?
nyway selamat berjumpe nanti hihi..

JelinaJoli said...

makan ayam madu.... boleh? haha

fazrulnoor said...

aku selseme...x sama la..batuk time nak tido je :)

Unknown said...

musim la skrg. kat opis pn ramai kena batuk2. hati2 keluar jerebu skrg ni

aamalinaazman said...

=]
madu tu penwar yg mujarab kan?
heeee
bagus2..
moge dah baik la batuk tu ye?
heeee