Hari Pertama : Jumaat
Kami check in awal, lebih kurang pukul 1030am. So, daripada tak tahu nak buat apa.. Kami jalan-jalan tepi pantai.
tengok mat saleh ni...main biar je baby comey ni guling-guling atas pasir...sabau jelah #
depan chalet disediakan hammock. takdelah semua pokok... selang beberapa pokok. itupon utk kategori pokok besar yg elok dan mampu menampung berat 'anak gajah' macam aku..hehe
disebabkan ia cuma ada satu...so, sape cepat dia dapat !
senyum seindah suria...yang membawa cahaya... hehe * jiwang seh...
visitors masih belum ramai....maybe because today is the last school day
esok-esok penuhlah pulau ni...
ape lagi? nilah masa nak berjimba-jimba sakan
nanti bila dah penuh dengan manusia, malu pulak nak bersifat 'keanak-anakan'
mereka bertiga ni dah tak sabar nak main air
my hubby siap bawak google dari rumah gitu...kunun-kunun nak maximizing his snorkeling experience
lepas mandi manda yang tak berapa nak jam tu... perut mula terasa lapaq..
kami pilih untuk makan di Cafe Flora Bay Resort..
* Tips : Jangan tak tahu oalls. Harga makanan kat sini kalah KL tau? Double up prices. Ada jugak yang naik dekat 3 kali ganda.. So, bagi yang datang ramai-ramai, dan nak berjimat sikit. Boleh bawak makanan dari rumah yang tahan lama dan tak mudah basi. Macam sambal ikan bilis ke...rendang daging ke...maggi...air mineral siap-siap
Menu kami petang tu, ala carte biasa je.. Saje nak try sedap ke x tomyam perhentian ni :
3 ice lemon tea + 1 mango juice, tomyam for 2 pax, telur dadar, sayur kangkung, sotong masak pedas. It's cost us RM51. Kalau kat S.alam ni..baru around Rm30..hehe
lepas makan, perut kenyang hati riang...terusss masuk bilik..mandi-manda...tidur daaaa...
dekat pukul 6 ptg jugak kami baru terjaga..siap-siap terus keluar jalan-jalan tepi pantai. sambil tu survey snorkeling trips pakej dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
mak aih, macam pelik pulak.. kalau ikut info dalam belog..harga untuk snorkeling trips biasanya RM35 seorang untuk 3 points..
tapi kat sini, yang kami dapat semuanya RM45 untuk 3/4 points...
pelik - pelik - pelik
last-last we all tak decide nak pilih yang mana satu...lebih baik we all refer pada resort. mana tahu depa ada cadangan yang menarik & tertarik...
sambil itu...apa kata penuhkan memory card SLR ni ngan pics kami semua yang poyo jambu..ahaks
my hubby kata (dia yang kata ye..?) Pergi pulau perhentian, kalau tak pekena fresh juice diorang, macam tak lengkap katanya..
Kami decided minum juice petang-petang hari nak rembang senja tepi pantai..(gila syahdu..hehe)
Seriously, semua juice berharga RM8.00. It's plain orange tau? Just buah oren yang di blend bersama gula pasir dan air masak tu..
#milo ais yang aku minum, guna crystal clear water pulau perhentian kot? it cost me RM4.00. Hamek kau? sape suh tak bawak Instant Milo 3 in 1 tu...padan muka. Dusshhh...
maghrib ke isyak, we all stay dalam bilik je..borak-borak sambil guling-guling menikmati aircond..
memandangkan perut masih kenyang dek tomyam dan fruit juice petang tadi..so, takdela plan nak dinner awal. Ingatkan nak lepak lewat sikit kat cafe..
Dan dan bila kami keluar..semua cafe chalet dah tutup kedai...
lahh...macam ni pulak? Tutup pukul 10pm..!!
nasib baik ada gerai burger dekat-dekat ngan fauna chalet.
burger paling murah berharga rm2.50. tak silap aku tu kategori benjo..
dan yang special mencecah rm 5.00
overall cost, untuk 3 burger + 1 benjo : RM17.00
nasib baiklah burger 'mahal kedano' ni sedap rasanya...
kalau tak..mahu aku menangis kesedihan berhingusan ..hehehe
Untuk baca lebih lagi?
Klik