Thursday, 25 August 2011

Masuk sekolah balik

tadi kat sini...
baru daftar masuk sekolah

sorry for unable skodeng2 korang...



Wednesday, 24 August 2011

Wordless? No lah.....

maaf tak sempat nak berblog walking~
sehari dua ni busy kemain
mengalahkan PM lah gayanya
kesana kemari

me'nyetelkan sebeban dokumen biasiswa
macam-macam hal..
bak kata akak yang duk urus scholarship ni..
" orang nak bagi kita duit dik, takkan senang macam tu je. Kena susah sikit..."

takpelah...
yang scholarship..harap semua dokumen OK..settle dan diterima dgn aman damainya..
tanpa ada kesilapan lagi
tak larat den nak turun naik tangga ..
kalau body boleh jadi cam Ziana Zain takpe..ni lagi sakit belakang
walaupon orang kata..alah bisa, tegar biasa...
tapi aku....

alah bisa, badan sakit-sakit pulaknya





p/s: teingin pulak nak bercerita perihal scholarship aku ni...tapi masa tak berapa nak ada (ceh, poyo president)
p/s/s : bukan ape..buat panduan adik2 yg bercita2 nak jadi pendidik satu hari nanti...mana tahu..boleh bagi inspirasi ke? Tapi rasanya cik puan Hanis ni lagi layak kot nak berstory telling...
p/s/s/s Pepon..esok aku nak pi daftar sekolah balik. Sekolah baru..tak sama macam sekolah dulu-dulu...



Tuesday, 23 August 2011

Baling tinggi-tinggi sampai Allah

angin dah sepoi-sepoi syahdu....
nampak awan gelap yang tak berbintang..
ah, nak hujan ni..
kata hati aku..
petua abah.." kalau malam2 takde bintang, tandanya esok hari nak hujan"
entahlah betul @ tak..
tapi selalunya...memang betul-betul terjadi...

tengok anak-anak jiran dihalaman,
leka dengan bunga api, berlari kesana kemari..
bestnya kalau ada anak..terdetik kat hati yang dalam (sedalam kapal titanic yang tenggelam kat laut Atlantic)
tapi, cepat-cepat sedar diri..
Diana oi...u just get married 3 months, takkan lah nak expect anak ko dah main kejar-kejar kat laman tu?

adik    : abang..cepatlah. Adik nak jugak
abang aka fahrin  : alah...abang punya...bukan adik punya
anuar zain* : yelah.... ko ni fahrin*  cepatlah baling
fahrin aka abang * : yelah..aku baling ni.

lalu melancarkan roket berpandu yang naik elok ke udara..... bila jatuh masing-masing duk kejar untuk mendapatkan benda tersebut yang dah kembali menjunam ke bumi..

Kemudian, si Kapten fahrin* yang aku agak-agaklah big bos (dek saiz badan dan usia yg lebih besar dari yang lain)..melancarkan sekali lagi roket mini apollo ke udara..

lalu masing-masing bertepuk tgn tanda seronok..bersoraklah mereka dgn girang...

dan sekali lagi, bila ia jatuh menyembah bumi, maka bertempiaran lah kanan-kanak kecil tersebut mendapatkannya...

adik    : nak lagi..nak lagi
abang aka fahrin  : OK

sambil membuatkan persiapan utk melancarkan roket ke angkasa.. pergghhh..kalah apollo 3 ni


adik    : baling lagi..baling tinggi-tinggi sampai Allah...
anuar zain*: aah..tinggi lagi fahrin..tinggi lagi
adik: tinggi lagi..sampai Allah


p/s: tersenyum aku..bila si adik mengungkapkan benda yg sama beberapa kali...lalu aku memandang ke langit yang gelap...lapang. Semestinya dia seperti kita kecik-kecik dulu..diajar tentang DIA...DIA ada disana...di atas. Dan mereka menafsirkan disebalik langit yang lapang itu..ada DIA yang melihat gerak geri kita. 

Budak -budak pon tahu. Masakan kita tak?

pesanan penaja: * bukan nama sebenar ~


Monday, 22 August 2011

Apalah nak jadi

hari minggu kebiasannya..sekeliling rumah aku dah ramai budak-budak
cucu pakcik dpean rumah..balik berbuka puasa..
maka,
meriahlah budak2 bermain dihalaman..
sejak dua menjak..bunyi mercun dah bersilih ganti dengan irama gendang (..maklumlah tak berapa nak jauh dengan tokong cina)
dua tiga hari ni..tokong tersebut nampak sibuk dgn perayaan 'sesuatu'..
kata Dr. P..perayaan menghalau hantu lapar - oleh Masyarakat Cina

dum..dam..dum dam...keceper (bunyi mercun + gendang gendut)...
memang meriahlah...
ditambah pulak dengan karaoke yang bergema di bazaar ....
lagi meriah......
kekadang tu pulak..serabut...Karaoke melampau2 lah pulak kuatnya...hmm..masjid dah lah dekat-dekat..
apelah nak jadi (sambil menggeleng kepala)

Kalau tokong tu..aku boleh pahamlah...
merayakan sesuatu yg berkaitan dengan kepercayaan agama lain...
ni yang tak berapa nak paham ni...
dung..dang..dung dang....

aduhai.....




Friday, 19 August 2011

Masaku Emas


Masa ku EMAS hari ini
mahal - berharga - bernilai -

dan boleh gadai time sesak..hehehehe

kena isi borang perjanjian betul-betul - sebab aku dah rosakkan yang pertama, so, yang baru ni..kena pastikan semua betul. Takde salah kat mana-mana. Memang aku bermasalah bila terpaksa menghadap berhelai-helai borang yang perlu diisi. Ada je yang tak kena. Ada je yang silap...

dapatkan cop hasil - nak ke LHDN Plaza Perangsang. Shah Alam

nak cuci gambar passport - nampaknya lebih dari 4 keping kena cuci

nak hantar semua dokumen ke JPBSM - kena pastikan semua borang complete. Diorang kata KPT nak meeting next week. Harap-harap elaun KPT masuk di awal sem :: diorang lagi kata - dapat 3 bulan gedebuk... (sekali arung..)

nak siapkan keje - sejak jadi RA lecturer accountancy, aku yang asas planning  ni dah reti tengok bursa saham. oh Papan kedua di pangggil ACE sekarang....Baru aku tahu...sedikit bangga.hehe






So.
salam blogging




p/s : few post aku ada ceritak an, kekonfusan aku utk membuat pilihan..setelah berbincang dgn dekan..menimbang tara segala baik buruk ..ekonomi dunia dan uitm, jugak kewarasan dan kesungguhan aku utk belajar - dan memnuhi kehendak dan keperluan fakulti ~ antara uitm dan upm ; akhirnya dalam pasrah aku memilih?..........




glosari : 
LHDN - lembaga hasil dalam negeri
JPBSM - Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
KPT -Kementerian Pengajian Tinggi
Papan Kedua/Second Board - Bursa Saham Kuala Lumpur

Thursday, 18 August 2011

WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 2


nak join bloglist librarian gojes ni?
Klik jelah banner kat atas...


Sumpah
She sooo sweet

Rokok Masam, Rokok Fresh

jangan kelentong aku ek? dengan bagi alasan...
ni bau pagi tadi..
atau
bau dah melekat kat sini berkurun lamanya

jangan kentutlah temberanglah...
aku tahu benar
yang mana satu masam..yang mana satu fresh!

yang ni bau fresh..
baru sudah melepas
baru sudah menghembus
ye kan?

kalau tak kenapa kau menunduk?
kalau tak kenapa kau buat-buat jawab telefon?
eleh..nak cover line lah tu konon...

oh please...
kau dah kantoi....


sila jgn bohong aku..
kerna aku hidup bersama dengan seorang perokok..okay?




p/s: situasi pagi tadi dibawah tangga..tersorok..Satu lokasi yang aku rasa, aku sendiri pon tak terfikir nak lalu...
p/s/s: kan dah terKANTOI

Falsampah ~









Kecurangan, bukan untuk dibalas dengan kecurangan









Tuesday, 16 August 2011

Senario Sebentar tadi.....

lokasi : PTAR 1
mood : ~~(",)
masa: berjam-jam sampai kematu..
hasil : satu menda pon tak dapat













p/s: PTAR 1 stands for perpustakaan tunku abdul razak....

Sana Sini Babi.....ooopppssss

Salam Ramadhan

Selain Golden Churn Butter yang disahkan tidak halal oleh JAKIM, 
hari ini telah di reveal' lagi satu produk yang dikilangkan di tempat yang sama..
cuna nama produk dan pengimport berbeza...
nama dia aku lupa lah....tak pe jap-jap lagi tersebar lah kat forum-forum...


teringin nak selidik produk-produk dari babi...(ooopppssss....Ba....Alif..Ba...Ya..) yang harus kita awasi..

comey kan? ....ee...


Seperti yang kita ketahui... produk daging babi tidak dibenarkan dijual secara terang-terangan/terbuka samaada di pasat atau dimana-mana, bersama-sama ayam, ikan, sayur dan lain- lain (tak tahulah kalau ada  degil yang amat..yang dilarang tu lah paling best kalau kita buat..tak gitu?)..

dan orang Islam..yang kita tahu totally aware tentang menu @juadah yang dihidang direstoren/gerai2 non Muslim terutamanya Cina...So, dah terang lagi bersuluh..tergamak ke, waima nak menikmati kopi di kedai non muslim

Sorry to say...aku pernah berada dalam situasi dimana kenalan kepada kenalan aku order makanan dari stall non Muslim.. aiyak!! takde sorang pun yang menyedia, membakar, dan menghantar hidangan tu aku tengok kulitnya ala-ala aku yang tak cerah mana...Sepet pulak tu. Serius terkejut!. Jangan cakap kat aku lah bertahun aku hidup di bumi Malaysia ni..aku tak kenal dia bangsa ape...kau agama apa..mereka makan apa????

mungkin takde (sambil tersenyum sinis) ...mungkin..mungkin kot....unsur-unsur ke'babi'an itu..Tapi...takkan jauh nun di lubuk hati yang maha dalam tu tak terdetik langsung sedikit rasa geli geleman. Ello...Ello...Paling tak pon..ragu2 dan was-was.... Kita bukan nak menuduh. Tapi berhati-hati tak salah. Tak rugi manapun..Manalah tahu..dalam selit menyelit bahan-bahan basah tu....ada daging ba alif ba ya...sopan pulak aku ni.. Tak ke haru tu?


kalau kita ragu-ragu diantara halal dan haram itu dinamakan syubhah...


Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.



(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)








Monday, 15 August 2011

5 Perkara Romantis buat suami

1 Berpakaian cantik – suami akan senang bila isteri mereka pandai menyesuaikan gaya pemakaian dengan selera suami. Of course, akan tertarik dengan dandanan yang rapi dan kemas. Oh wow! Pabila melihat isteri yang selalu berbalut kain batik tetiba menukar kepada gaun tidur yang seksi. Tetapi awas, seksi hanya dihadapannya!!

2 Menyentuhnya -  mengelus tangan sewaktu beriringan  kemana-mana..sesekali memaut pinggangnya. Jika mempunyai ketinggian yang hampir sama, mengapa tidak sesekali menyentuh bahu ketika berjalan. Nampak sempoi dan spontan !!

3 Membiarkannya bebas – berkahwin tidak bermakna aktiviti bersama member2 dia totally STOP. No....No...No.... Tidak salah sekiranya sekali sekali bagi dia ruang utk hang out bersama teman-temannya. Melepak di mamak sambil menonton perlawanan bola, atau bermain futsal sebagai contohnya. Dia akan  berasa sangat dipercayai dan dibahagiakan oleh isterinya.

4 Memuji – lelaki jugak seperti wanita yang suka dipuji. Lagi-lagi pujiaan tentang kelelakiannya. Mengapa tidak dipuji..wah!! hebatnya abang boleh angkat 2 tong gas serentak? Dahsyat tu.... hehe...Sila jangan berlebih-lebihan ye?..nanti terasa macam dipersendakan pulak oleh isterinya. Pujilah yang logic lagi diterima akal. Kalau sidia chubby, pujilah 1 pax dia yang comey tu...heheehee

5 Buat aktiviti bersama – hujung minggu bersamanya. Kalau boleh berbeza setiap minggu. Sesekali menanam pokok bunga bersama, ataupun menemaninya menonton perlawanan bola. Kalau ada bajet, outing bersama-sama. Ke tasik jika dia suka..ataupun...menunggang basikal di Taman Pertanian Bukit Cerakah misalnya... Tentu seronok....






p/s dalam proses meromantis'kan diri yang brutal manja ini....






Mencedok idea drpd : Mingguan Wanita – Bil:1409
Mengarut (researcher) oleh : aku




Segmen Promote Blog Bermula !!

Segmen Kotak Bulat Melanda...
aku ditempatkan dalam group muda remaja gitu....Kump 4




so, check it Out
siapa yang kena..


http://nisagadis.blogspot.com
follower ke 61
blog pinky ni simple...sweet sangat untuk teenager...CIk NIsa jugak amik tempahan doodle dan tab comey2..





Kembara Jalanan
follower ke 206
bukak bukak.....dah tau..duta herbalife. Sangat terserlah..





...mate saya bulat...
pinky and sooo flowery..ex student uitm yang bermata bulat...


this is sweet 16 punye blog (tetiba terasa diri tua bebenor..heheh)
erra siska..the sabahan gurl....
kenal-kenallah





Url ....unik sangat
empunya blog nama Alya Arif
blog simple..dihiasi background pics teddy bear dn mcm2 lagi





Solicious StoriNori
rasa-rasanya dak UKM ni....going to Be 22 yrs old... (tetiba teringat zaman muda2ku dolu)
erk....pinky jugak ke?
simple je blog ni...takde lah banyak sgt widget yg berat dan menyakitkan mata




Ape Pon B0leh

o mak kau!!!...terkejut tengok header.....
nampak sempoi jek....cam boleh layan..
jom korg terjah





.stanza blog.
Stanza blog...hehee,,dah macam stanza cinta lah pulok
simple..mmm..tak sempat nak selak-selak
ke'busy'an melanda
i will come back!!

p/s : dak upm ke?? leh roger2 me....future student upm....





kaler blog ni pink ke..purple ke...kundang ke..tak pasti
tapi background putih (eh...byank pulak guna white background kan?)
dah rasa macam raya pulak..
masuk-masuk je..ada Header memberi ucapan 'Selamat Hari Raya'




Sekian Sudah...




p/s :Camne? taknak gegar blog derang ke??