yang pedas -pedas, yang masin-masin, yang masam-masam = kegemaran dan kesukaan aku
yang manis-manis = tak suka
yang tawar = lagilah tak suka
yang hanyir = selalu buat aku muntah
kerana kurma dikategorikan dalam makanan manis-manis, maka secara teorinya, akal dan lidah aku menolak serta merta! Masa aku kecik-kecik dahulu, kurma adalah pilihan terakhir bila berbuka puasa. Sudah diusulkan abah, didesak emak berkali-kali... Namun, tekak tak boleh nak menerima.
Elergik??
"Oh, please...kerang yang kau alergik kan tu boleh pulak kau bedal?"
" yang sunnah dan tidak memudaratkan ni, tak nak pula kau paksa rela..." hati besar dan kecik berdebat...
Bertahun-tahun berpuasa...aku masih begitu...meninggalkan yang sunnah kerana tidak suka, dan tidak menerima..
sedangkan hadith ada menyebut,
SUNAT BERBUKA DENGAN KURMA
SUNAT BERBUKA DENGAN KURMA
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”.
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)
sources: affif rosli
Hanya selepas aku masuk ke universiti, seseorang memberikan aku...sebiji kurma..buat berbuka puasa. Saat itu, dalam suka dan tidak suka..kutelan ia perlahan-lahan.
"Sedapnya kurma ini...." terdetik dihatiku. Kenapa kurma yang abah belikan dahulu tak sama dengan yang ini??
Naifnya aku!!,hahaah..rupa-rupanya kurma ini banyak kategori... berjenis-jenis pulak tu...Tentulah rasanya berbeza-beza mengikut kategori dan harga... Yang sedap tak semestinya mahal... ada yang suka kering-kering, ada yang suka juicy dan basah-basah macam aku..ada yang suka makan bila masih ditangkai.... Nak explain dan cerita, satu jenis kurma pun aku tak tahu ape namanya? Kalau rasa dan brand, mungkin aku boleh katakan...
sources: HutanTropis
p/s: kita tidak dapat menerima sesuatu, bukan kerana kita cuba menafikan dan menolak kebaikannya
p/s/s: tetapi kita sedang cuba mencari dimana serasinya
p/s/s/s: yang pasti aku dah jumpa kurma yang serasi !!!
16 comments:
makan kurma yusoff tayub
sedap..
Kakak rasa ramai kalangan kita yg berbuka dgn kurma Yusuf Tayyub kan...
dah cuba baru tau kan...
kurma sedap tau...dia bukan manis gula..tapi manis dia byk khasiat...
Suka CHOCODATE!
Kenapa kau letak diorang dalam BLOGLIST??!
Tak jumpe lagi kurma di bumi Auckland neh..huhuhu pos cikit kat kami^^ hihih
haha...selalu aku bedal jerk segala jenis kurma..tapi suka yg kering..:0
kurma ajwaf yang best..hehe
sy suka kurma yg kering2 kedut tu hehe... yg fresh masih di tangkai pun besh tapi kalau lembut dan lembab tu hmmm tak berapa leh terima...
zana & husband suka kurma.. kalau x puasa pun, try jugak cari kurma.. sedap!!
kurma apa lah yg menjadi pilihan tu yer??
Teringat kumpulan sepah biler baca pasal kurma ni
Ader Kena mengena ker???
Ngeeee
kurma yusuf taiyoob sedap hehe,eh hari ni dpt kurma free drp bos,oh sukenye,xsabar nak tggu berbuka nk mkn kurma sedap itu :)
betul tu kak..
klu kite tak rase kite tak suke la..
wanie dulu pn x suke makan kurma..
skang ni suke la tp suke yglembut2 je..:)
anis...errrkkk..tak suke makan kurma..heeeee..
saya suka kurma madu yusuf taiyuub dan kurma bustambam... manis2 buah dan lembut gitu..
i just loooooooove kurma :)
Post a Comment