Tuesday, 6 March 2012

Panduan bercuti ke Pulau Perhentian

Memandangkan keinginan untuk pergi ke Pulau Perhentian, buat pertama kalinya sepanjang 28 tahun (ooppss...rasa-rasanya baru 18 tahun..hehe) menetap di muka bumi ini seakan menjadi kenyataan. 

So, disini aku ingin kongsikan serba sedikit panduan yang aku rasa harus 'ditelek & dibelek' sebelum merancang untuk bercuti ke Pulau Perhentian.

1. Ambil tahu latar belakang tempat yang korang hendak kunjungi. 
Dalam kes ni- mestilah Pulau Perhentian. Ye tak? Tapi..harus diingat. Pulau Perhentian terbahagi kepada 2 : Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kalau nak kata mana lebih menarik..memang susah nak cakap. Yelah...every person have different perception on things. Some might felt it suites enuff for them..and some may be not. 

Info lanjut : 

2. Kenalpasti senarai penginapan dan aktiviti yang disediakan- chalet/motels/resort yang terdapat di Pulau Perhentian 
                   

3. Rajinkan diri untuk jadi spy
Hehe..cari feedback/komen chalet/motel/resort yang korang dah fall in love (sesuai dengan isi poket & kehendak korang). Macam aku..aku suka usha dalam virtualtourist, and tripadvisor. Just nak tengok visitors' review and their opinions. Yelah..kalau semua kata tempat tu macam hampeh...kenapa masih nak pergi kan? Tapi kalau their review varied..ada yang komplen tak OK..and majority cakap OK. So, tepuk dada tanya selera. Kalau dah selera Beriani Gam tu..takkan lah nak dapat dengan RM1.20 kan? Itu nasik lemak telor suku boleh lah...hehe

Contoh : 

5. Hubungi chalet/resort/motel dalam kadar segera untuk membuat tempahan. Di musim cuti (peak time) biasanya jumlah pelawat meningkat dengan begitu mendadak. So, cepat!
biasanya kawan percutian pulau akan ditutup pada bulan Disember - Febuary di pantai timur disebabkan musim monsun. Kebanyakan services+hospitality providers akan mula beroperasi pada bulan March. Bulan April, May pula merupakan peak season dimana pulau perhentian akan menjadi tumpuan pelancong asing disebabkan musim sejuk di negara diorang. * Masa ni korang akan confuse, aku kat Malaysia ke kat Miami ni?"

6. Rancang perjalanan korang betul-betul  ! How to get there !
Macam biasa, ada 3 kaedahnya : korang nak terbang, naik bas, atau naik kereta...
  • Terbang : 
    • memandangkan Kuala Besut lebih dekat dengan Kota Bahru. So, korang yang dari ceruk dunia mana pun akan dihantar sampai ke lapangan terbang Kota Bahru. dan dari Kota Bahru Airport ke Kuala Besut jetty tu korang kena naik kenderaan darat ; samaada teksi atau bas ekpress. Tambangnya belum dapat dipastikan berapa. Tapi..dengar-dengar RM78 satu kereta. So, pandai-pandailah korang pujuk cik abang teksi tu ye?
  • Naik bas : 
    • KL - Kuala Besut Jetty( Mutiara & ekpress Mahligai ) - 930 pm - 630 am
    • KL - Jerteh (dari Jertih ambil teksi ke K.Besut jetty- 20 minit perjalanan)
    • Shah Alam - Kuala Besut Jetty (Mahligai & Rengit Ekspress) - 830pm - 630am
  • Naik kenderaan sendiri :
    • KL - Karak - Raub - G.Musang - K.Krai - Jerteh - K. Besut (8 hours)
    • KL - Karak - Kuantan -K. Terengganu - Jerteh - K.Besut

* tengok jadual perjalanan anda.. jangan sampai tertinggal bot tau? 



7. Pakaian & barang yang dibawa perlu bersesuaian -
Terutama pada cik adik, kakak-kakak, makcik-makcik.. (termasuk aku...). Sila bawa pakaian dan beg yang bersesuaian. Tak perlu lah luggage yang beroda banyak dan besar gedabak.  Keadaan bot ini tak sama dengan feri ke langkawi. Nasihat aku..janganlah nak pakai heels 3 inch bagai..mau terjelepuk karang. Pakailah yang selesa dan mudah...hehe

8. Ambil langkah-langkah keselamatan awal- 
Pastikan barang yang kita bawa dijaga seeloknya. Terutaman wallet, duit, kamera tu ye?.. Nasihat aku - kalau nak masuk air dan teringin nak bergambar. Belilah waterproof pouch/casing. Macam aku...beli untuk kamera biasa sahaja. Untuk DSLR..harga casing untuk underwater dia..mak ai.. Mahal kedano (kata mak aku....)

One more thing, kalau rasa diri tu cepat ditimpa sakit - macam aku yang selalu sakit kepala bila penat dan cuaca panas. Bawak2lah pil yang berkenaan. 

9. Sediakan cash money yang secukupnya - di Pulau Perhentian ade bank x?
biasannya bilik yang kita book kita bayar deposit je kan? tak wat full payment. So, sediakan cash yang mencukupi. Termasuk untuk aktiviti bersnorkelling...isi perut...mana tahu nak barbeque ke..other fees macam coservation fees tu... dll. Rasa-rasanya kat sana takde ATM machine kan?.. Erkk...kalau resort yang bertaraf bintang tu boleh lah guna kredit kad. Tapi..kalau nak merasa lepak-lepak makan warung tepi pantai tu... perlu bayar cash kan? 





15 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

dulu plan nak gi tetiba flight cancel plak so x jadi gi.. darl dah byk kali terjah...dia ckp cantek....ai yg 3 series ni pow x jejak lagik kat sana taw nangessss

Ce'gu JAERA said...

Info percutian yg amat berguna

MAY said...

plan nak g pulau langkawi..pulau perhentian pun dlm list jugak utk pegi...

Kakzakie Purvit said...

Kakak belum pernah sampai sana lagi. Teringin juga. Betul persediaan cash kalau lupa macam mana ye? Tak kan warung nak accept cc pulak kan...

terpatrisinarabadi said...

kalau nak jalan, memang kene buat details mcmni dulu, baru perjalanan tu terancang kan.. :)

Kancil 8349 said...

info yang menarik...apapun terima kasih

Hanis MY said...

bestnya D nak itutttt.... I loike pulau

Unknown said...

menarik tips ni.. tp lagi menarik kalau kita tak tau langsung.. explore something ourself ;)

Lea Isnawi said...

ada plan nak bercuit situ gak

thanks for da info :)

wahida said...

really gud info..kalau nak pegi nnt, sure aku bukak blog ko balik...

tengs dear!!

dwatyKNY said...

setiap kali saya gi melancong... ada jer yang tak kena... coz tak rancang perjalanan... so, next time kena ikut tips2 ni...

Unknown said...

owh..baru tau pulau perhentian ada 2

[sutera kasih] said...

bestnya dpt pegi becuti...nk ikut hehe

aamalinaazman said...

heeee
ni akak dh g ke niiii
bessshhh nye
nnti wat review pulau pulak eh
hehehehehe

Unknown said...

pulau perhentian..tak pernah sampai lagi...nanti update la yer percutian kat sano...